Hai hai Malaysia....awal plak aku on9 pagi ni.... dah 2 hari aku tak on9... sekarang aku dekat ampang, rumah abang aku... Ari rabu 18hb 5 aku ada interview dekat LHDN... aku cuma nak cakap interview dekat LHDN interview paling terbaik punya penah aku pegi berbanding SPA. Mula-mula aku rasa tak nak pegi... tapi semua orang paksa aku suruh pegi jadi aku dengan berat hati pun pegi.. Tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang paksa aku pegi sebab interview LHD yang paling tidak ala balai punya interview. Nak tahu kenapa?
Mula-mula sampai je diorang suruh daftar dulu.... then tulis no.k/p besau besau punya... untuk apa tulis no.k/p besar-besar nie? aku pon pelik. dah daftar kehadiran diaorang bagi taklimat. Banyak-banyak tempat aku pegi interview LHDN je yang bagi taklimat pasal interview. Bagus betul! Lepas taklimat kitaorang di panggil sorang-sorang untuk ukur berat dan tinggi. Berat aku 43kg... dan tinggi aku 152cm tanpa sepatu. (aku berfikir kenapa berat aku kurang? selalu 45kg maybe sebab aku buang air besar 2 kali kot sebelum tue hahahaha) Then aku diminta untuk amik gambar sambil pegang no.k/p yang aku tulis besau-besau tadi tue. (dalam hati owhhh sebab nak amik gambar ke...cam pesalah berat or seseorang yang hendak pegi audition bakat plak). Lepas itu sijil-sijil kitaorang pon di periksa oleh urus setia...Ishk ishk macam nak daftar masuk IPT plak dah jadi nya. Then setelah semuanya selesai kami menunggu giliran nama untuk di interview.
Masa waktu menunggu. Aku kena dekat panel 5 and sebelum aku masih ada girl nie interview...mak aihh lama giler calon ni di interview (aku kata dalam hati dah sejam aku tunggu, apa yang diaorang tanya) aku dah la ada penyakit gugup nie sejuk habis tangan dan kaki, tapi muka masih boleh control cun cam takde pape yang berlaku. Then tiba turn aku, aku disoal perhhhh macam kilat je rasa nya dah habis interview ada calon nie yang sedang tunggu turn dia kata kat aku, lama nya interview sejam (aku senyum dah macam penah je aku dengar ayat tue). Pastu dia tanya aku, panel tanya apa, aku kata relex diorang yang terbaek and ok punya panel. Akceli aku berpuas hati cara dan prosedur LHDN lakukan interview. Ok lah da lapar lahh nak pi makan jap papai....
saya pun ada interview next week...boleh tolong kongsi apa yang diorang tanya x??kongsi ye...thanks
ReplyDeletenazra....tak da apa pun semua saya dah cerita kat atas tue....macam tue la tentang soalan sy kena dekat panel yang banyak tnya mengenai kerja yg penah sy bt and sedikit pasal kerja di lhdn.
ReplyDelete