My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Tuesday, May 17, 2011

Juvana

Sapa suka tengok cerita JUVANA di TV3 pada pukul 9.00 malam setiap Isnin? Wahhh cerita ni memang best lah.... Aku sanggup tak mandi lagi semata-mata nak tunggu cerita ni habis pada jam 10.00 malam.  Orang kata mandi malam-malam tak bagus tapi takpe biar lah nak tengok juga cerita ni coz cerita nie mengingatkan aku pada kisah aku zaman sekolah dulu....tapi aku bukan sekolah juvana ye hihihihi cuma sekolah aku je tepi sekolah juvana.  

Aku dulu sekolah kat Teknik Butterworth dan sebelah sekolah aku ni adalah sekolah juvana...nama sekolah tue tak perlu la kot aku sebut sapa yang duduk area Telok Air Tawar Butterworth mesti tahu sekolah tu nama apa.  Dan kebetulan nama sekolah tue ada di sebut dalam cerita Juvana kat TV3 baru-baru nie dan terus membuatkan aku teringat kejadian pada ketika itu.

Aku dulu aliran vokasional kos pengurusan perniagaan atau lebih di kenali sebagai budak PPN.  Kelas kita orang dapat kelas di bangunan lama (mentang2 kita orang budak vokay) bersebelahan dengan sekolah juvana nie.  Jarak kelas kita orang dengan bangunan sekolah juvana ni cuma sebesar padang bola so korang tahu la kan besar padang bola macam mana.

Satu hari....entah macam mana tah budak-budak sekolah juvana nie ada lepak dekat pagar yang menjadi penghalang antara sekolah teknik kita orang dengan sekolah dia orang.  Aku dan kawan-kawan aku time nie baru habis exam and kami time nie form 4 tahun honeymoon kata kan...jadi camne tah kita orang saja je gatai tangan lambai-lambai tangan kat diorang tengok-tengok diorang pon balas sama... Tapi kami tak berani pegi dekat diorang yela juvana la kan takut di apa-apakan sebab kami ni pumpuan dan duduk di hostel plak time tu. hihihi. Tapi kami masih boleh bercakap-cakap dengan cara buat isyarat tangan tulis huruf besar-besar.  Cara tue la kami berinteraksi dan borak-borak.  Salah seorang dari diorang nama IZAR dan aku bagitau nama aku YANA.  so aku banyak berinteraksi dengan IZAR nie sehinggakan entah macam ne tah aku dan dia boleh bertukar nombor telefon.  Berani tak aku?  aku pon tak sangka boleh buat perkara macam tue.

Cuti sekolah pun bermula....so satu hari IZAR ni ada kol aku....time nie nombor rumah je handphone tak fames ketika ini maklum la student sekolah miskin.  So aku pon beborak dengan IZAR nie... Dari cerita dia, dia masuk ke sekolah tu sebab dia curi kereta/moto (da tak ingat).... dan dia dah duduk dalam tue selama satu tahun.  Owh lupa nak cakap IZAR nie sama umur dengan aku so aku form 4 time ni dia pon form 4.  Dia cerita diorang duduk je dalam sekolah pemulihan tu tapi waktu sekolah berjalan dia orang pegi sekolah lain macam kita juga.  Izar nie dia orang langkawi.  Dia cerita lagi budak paling kecil dalam tue usia 6 tahun sebab mencuri duit.  Kesian kan.

Bagi aku dia orang takde la jahat sangat pon biasa la time nie jahat cara budak-budak la kan cuma malang nya tertangkap dan bertuah sebab maybe cara ni diorang dapat berubah.  Aku masuk form 5, aku dah tak berhubung dah dengan IZAR nie coz aku nak tumpu pada SPM.  And last aku cakap dengan dia... Dia cakap dia nak keluar lagi 2 tahun.  Maybe dia dah keluar sekarang ni dan hidup macam orang biasa atau sebaliknya aku sebagai kawan sentiasa mendoakan hidup dia yang terbaik.  Tapi tapi aku masih simpan nombor telefon rumah dia cuma tak penah aku cuba-cuba nak hubungi lagi.  hihihi ok lah papai....


2 comments:

  1. cte tu best tp cm skolah henry gurney tu ade ke cikgu perempuan? haha.. cm xde je..sbb membe kpd membe masuk skolah tu die ckp sume ckg2 lelaki mmg cm askar rambo.

    btw, suke tgk cte ni dalam keadaan busuk eyh..? hahaha

    ReplyDelete
  2. henry gurney tak tahu lah tapi sekolah pemulihan sebelah sekolah teknik tue mmg semua laki la takde pmpuan tak penah nampak pon hihihi....

    hahahhaa ha'ar mmg suka bucuk2 nie hahahahha :p

    ReplyDelete

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^