My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Friday, May 27, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides 3D

 
Ahad lepas aku pegi tengok cerita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, aku pilih 3D punya.  Aseyy dah basi lah cerita nie ahad lepas.  Takpe aku nak cerita gak.  Aku pegi dengan ehem ehem hihihi :p  (malu).  Ni 1st time aku tengok 3D kata orang penang chempeqa :p

Lokasi pilihan wayang aku, aku amik GSC punya panggung di Sunway Carnival Seberang Jaya, masa 6.00 petang.  Harga tiket RM16.00.  Masa nak masuk dekat pintu kami di beri cermin 3D dan kena pulangkan balik time nak keluar nanti even nak pegi toilet pon kena pulangkan sebab ada tagg sensor tak boleh bawak keluar.

Sebelum cerita bermula

Pekerja 1 (lelaki) : ayat dia lebey kurang camni dalam loqhat penang nya "Semua selepas tengok cerita ni cermin mata 3D nie perlu pas ke kiri dan tunggu sehingga arahan baru boleh keluar, hampa faham dak?"

Asey abang ingat cakap dengan adik-adik ke?

Suara sumbang:  "Bodohhh aihhhh"

Aku:  Eh sapa yang kata bodo tue?  (rupanya ada orang sebelah aku lelaki)

Semasa Cerita

Wahhh lakonan Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow memang best dan dia sangat-sangat sesuai dan selesa melakonkan watak itu dengan relex nya.  Dan dia seorang yang kelakar.  Part lawak yang aku suka time dia tengok kapal Black Pearl dalam botol and ada monyet tue sekali dalam botol hihihihi.  And part yang paling aku suka tengok time diorang nak panggil duyung tue, waaa duyung timbul depan mata babe..... Dah la cantik suara nyanyian pun merdu.  Terpesona seketika aku melihat hihihi.  And part 3D yang aku suka time pedang tue betul-betul cam nak tikam mata aku nie..... Aku taknak cerita banyak-banyak tengok sendiri la eh.  Tapi ending dier aseyyy selalu takde kesudahan yang pasti... menciii ada sambungan kot.  Tapi cerita nie memang lama rasanya 2jam lebey gak duk dalam panggung tue.

Selepas habis

Lelaki Pekerja 1:  Semua tolong tunggu dulu bla bla bla......

Suara Sumbang lelaki:  Hampa cakap bek bek skit boleh tak?  Ingat kami ni adik-adik hampa ka bla bla bla jumpa kat luar siap hampa. bla bla bla.  Ingat bagus sangat ka kerja panggung wayang nie? Gaji tak sampai seribu.  Ingat kami tak bayar ka?

Hahahahahaha gaji tak sampai seribu tue aku nak tegelak kikikiki.  Lelaki pekerja tue silap la gi cakap tak bape sopan camtu kat customer.

http://en.wikipedia.org/wiki/Pirates_of_the_Caribbean:_On_Stranger_Tides

No comments:

Post a Comment

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^