Ello.... Nie ada lah yang paling latest yang aku cuba buat dan jadi seperti ini. Korang tengok la eh.... Kalau nak pesan sila inbox saya di Facebook. Nak tengok lebih lagi di profile like Jejari Halus ada di sidebar kiri blog nie. tQ
Tuesday, March 29, 2011
Sunday, March 27, 2011
Logo Jejari Halus
Ehem ehem....Menteri Dalam Blog nak mulakan upacara perasmian..... Dengan ini....Saya Diedie Yana owner blog nie mengistiharkan dengan secara rasmi nya..... Bahawa dengan ini merasmikan Logo JeJari HaluS adalah seperti di bawah (tengah-tengah malam aku wat perasmian). hahahahaha ada bakat tak? Ok sekali lagi..... test lagi.... Saya berasa, begitu bangga kerana kehebatan seni my bestfriend bernama Kay sotong. Logo ini adalah rekaan belian yang cun lagi cute macam sotong dan bijak macam sang kancil di rimba. huahauhaua kita kasi air cond kat dia bagi sejuk ckit hihihi..... Saya lagi bertambah bangga kerana logo ini sememang nya di bayang-bayangkan oleh bebola mata saya dan mengikut citarasa saya. (cewahhh piiiwiitttt). Sekali lagi di ucapkan supa dupa "in" juta juta terima kasih kepada beliau yang sudi design my own logo Jejari Halus tak sia-sia mak pak dia hantar blajar tinggi gunung. (sapa2 nk suh dia design sila kan ye tertakluk kepada budi bicara). Thanks buddy! (ok speach dah hbs sila tepuk tangan semua)
Weh apa ni gambar peluk...hahahahaha (purak-purak tak suka pada hal suka kekekeke :p)
Friday, March 25, 2011
Jejari Halus-hot item
Kali ni Dd nak tampil kan dengan hot item yang baru..... Ni design Dd yang latest punya dan paling unik sekali.... Hari nie Cik Bunny yang comel lote nie akan menemani anda semua ye.... nak tengok? Nie ha kat bawah nie sila la meneropong ye.... :p
Nama dia cik bunny....kawan dd telah tempah 3 cik bunny nie dengan baju yg berlainan dan belum siap lagi. tinggi cik bunny nie 6.5cm....lebar dia 3cm. Cik bunny nie boleh change baju. Kalau kawan-kawan berminat sila inbox facebook Dd (jangan add). Atau boleh pergi terus ke like profile ni...http://www.facebook.com/pages/Jejari-Halus-felt-craft/191625407543404
Wednesday, March 23, 2011
Cik Sotong
Piss pisss....shuuutttt (nada berbisik) saya nak bagitau kamu semua yang menerong blog saya nie.... meh dekat ckit...ckit je.... hari ni saya biarkan CIK SOTONG menemani anda semua ye....... Tapi...tapi tapi.....Diedie nak kasi kredit pada kawan Dd Kay Sotong kerana memberi design sotong yang cute nie....Ok bubye....selamat berkawan dengan cik sotong hehehe sinnn ciinnnn cauuuuu
Monday, March 21, 2011
Jejari Halus
Yang ini nama dia cik bunny...dan yang bulat-bulat tu donat. Buat banyak ckit sebab ramai orang request
Haa... Baju pink ni pun banyak oranag request jadi Dd buat lagi ye... yang nie meoww....
Yang hijo tue Forgie.....dan yang sebelah itu Mr.Bear
Ini Mr.Penguin..... dan itu kegemaran kawan dd nama Kay dan Dd...nama dia Cik Sotong hehehe....
P/s: Sebarang pertanyaan sila e-mail nurdyna_29okt@yahoo.com atau inbox Dd di Facebook. Jangan Add facebook Dd. Sorry di atas kesusahan semua. Tengkiu
Friday, March 18, 2011
Tora datang lagi... (jejari halus)
Dulu kecik-kecik kalu tengok iklan tora mesti cepat2 lari nak tengok barang mainan apa plak yang tora iklan kan....dalam iklan nampak wow! tapi bila pi beli alohhhhh tak sama pon cam dalam iklan.... ok lupakan tora itu...just iklan dan intro saja.... kali ni Dd tampilkan dengan yang baru.....kalau sebelum ni Dd buat jejari halus tempat gantung handphone atau dimana-mana saja.. kali ni dalam bentuk pin plak.... baru siap dalam 6...yang lain akan menyusul kemudian..... ok tengok ni.....
ok papai semua sinnn cinnn cauuuuuuu...................... sila tepuk tangan hihihihi
Thursday, March 17, 2011
Special Thanks
Tq pada my best friend kay "sotong" <------------- dia perempuan tulen ok...nape dia di panggil sotong? hihihi "itu kami je yang tau" ai je boleh panggil dia sotong orang lain tak boleh ok.
Tadi buka fesbuk...tiba-tiba tengok ada picture tagged dari my best friend sotong, yang telah merajinkan jari-jari dia "meng edit" picture pertunangan dd. Tq sotong... sayang hang. nak tengok hasil dia? jap eh nak tunjuk....
Cantik tak? Si sotong kawan Dd nie memang berbakat (kipas jangan tak kipas) cantik....cun...seyes ai cakap...dan masih single kekeke amik engkau sotong.... ayat kat picture tue tak boleh blahhh hahaha tapi ai sayang u tau sotong muahs muahs. Once again tq kay di atas kerajinan yang tidak di sangka-sangka.
p/s: Pesanan wat kay sotong: aku nak pixca ang...picture kita dua time ni..
Wednesday, March 16, 2011
Selesai Stage Pertama + Kisah Aku dan En.tunang
12hb 3 2011, Sabtu...hari itu adalah permulaan dalam hidup aku yang bergelar tunang kepada Encik Tunang yang di sayangi dan di cintai... kita jiwang sket ye...hihihi... dan aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah telah ketemukan aku dengan dia yang baik buat aku....and aku harap dia akan jadi suami yang baik juga buat aku. Masa mula-mula kenal aku rasa ahhh kawan je nie tak mungkin bersama lah.... tapi jangan kata ar.....JODOH semua di tangan Allah. Terima Kasih Ya Tuhan ku kerana membuatkan majlis ku berjalan dengan lancar seperti kehendak hambu Mu ini.
Macam mana aku kenal dengan Encik Tunang? ada aku ceritakan dalam video sebelum nie...kalau sudi sila klik Story
Tapi nak tahu kisah macam mana aku rasa En.Tunang memang my mr.right? Dulu aku study di perlis....Sapa penah pi perlis atau duduk di perlis mesti tau medan selera dekat esso. Dulu aku selalu pi makan dekat situ coz duk umah sewa masa buat praktikal, time nie aku kawan biasa je dengan En.Tunang dan rasa suka tue ada la skit hahahaha (gatal lah aku ni) So aku selalu pesan makanan kat situ dan nape tah memang aku ni jenis suka buat wish ikut suka aku je...alahhh wish macam cerita bila tengok tahi bintang jatuh tue.... tapi aku tak penah lg la tengok tahi bintang jatuh. Nak tahu apa yang aku wish?
day 1: kalau aku nampak seseorang yang aku kenal lalu depan mata aku dekat sini memang dia di jodoh kan untuk aku. (time ni aku mmg solo hahaha) elok aku wish nie je kan dalam 1-2 minit En.tunang lalu naik moto ngn baju merah dan beg balik kampung nya warna merah. aku mula cuak...eh yeke ni? ahhh mengarut lah....
day 2: aku wish yang sama. kali ni lama ckit 5 minit aku wish En.tunang lalu depan aku. (arghhh lagi la tak keruan aku dibuatnya dah 2 kali dah ni)
day 3: nie bukan kat medan ye, korang tau kat pekan arau trafic lite nak ke pauh tue? haaa aku wat wish kat situ plak. Time nie aku dekat trafic lite nek skuter aku tue nak balik poli ( kali ni cepat skit...tiba-tiba En,tunang dan konco-konconya berhenti di trafic lite dari arah pauh dan aku dari trafic lite arah highway). Time nie dia wat aku gilaaaaaa kenapa dia? cepat-cepat aku wat tak nampak dia. lampu trafic lite tukar hijo je aku jalan wat dunNo tak nampak dia, dia nampak aku, dia dan konco-konco nya bunyikan hon kat aku. Ceh wat malu aku je...ingat diorang je ada hon aku takde? tapi aku wat tak tahu je biar padan muka dia hahahahaha.....tapi dalam hati mula rasa suka dia hahaha
pastu terus aku tak buat dah wish nie...... and kami semakin rapat dan terus rapat kikiki wekkkk.... by da way ini hanya permulaan banyak lagi dugaan yang perlu aku tempuhi untuk terus kekal bersama Encik Tunang tersayang. Aku dah tunang dengan dia dan automatik keluarga dia dah sebahagian dari keluarga aku. dan menyangi keluarga dia sama aku sayang keluarga aku. Harap aku yang tidak seberapa nie dapat di terima oleh keluarga Encik Tunang. Here some pixca for My E-Day
Make Up
Pengalaman make up sendiri pada my e-day, owhhhh sangat ketaq dan make up pon comot...pasni taknak make up sendiri untuk event sendiri. tangan ku ketar tau takk.....
Jejari Halus ku beraksi lebih berani
Tuesday, March 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)