My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Wednesday, December 28, 2011

Lamanya tak hupdate

Aloohaaaaa lama bebenor tak update belog nie.... bukan takdak idea tapi seriously ai memang busy sangat-sangat-sangat-sangat........... tapi tahu takde sape pon rindu kita kat belog nie...... cedeynya :(  

&
Lama juga tak pegi melawat belog kekawan yang selalu saya ikuti..... agak2 diaorang masih tulis belog lagi tak eh? japgi ada masa nak pi intai lah......

Lama jugak tak buat jejari halus........

tapi tapi tapi tapi tapi heheheheheheheh...............

MAKE UP itu hari-hari hahahahaha i shukeeee laaaaa make up...... coming up story maybe pasal make up kot......... tungguuuuuuuuuuuuuuuu........................ bila? ENTAH bluuuweeeekkkkkkkkkkkkk :p

ok lah adiosssssaaanaraaaaaa ;)


Friday, September 23, 2011

NEW: Headband

Salam hye lama nya tak hapdate... dd nak perkenalkan satu produk baru ni. nama dia headband shawls... idea ni datang lepas melihat kain lebihan yang tidak digunakan alih2 jadi la headband nie..... sekarang dah jual kat kedai di kawasan padang serai.... sapa nak boleh datang ke kedai or boleh tempah on9 :)

Nie patung pakai, nak pakai di kepala atau di sanggul pun boleh ye

 Yang nie kalau tak pakai...boleh digayakan dengan bermacam2...yang tak pakai tudung pon boleh pakai.... bawah ni dd cuba pakai..... ok tak idea nie?




PRICE HEADBAND: RM5.00

Friday, September 2, 2011

Monday, August 8, 2011

Sahur aku mak yang buatkan

Dedikasi ini aku tujukan kepada emak..... Emak, hari ni masuk hari ke 8 umat islam berpuasa,  dan sepanjang 8 hari ini dan sepanjang dewasa ku ini emak yang hidangkan sahur, kecuali ketika aku berusia 14 tahun aku bangun hidang sahur sendiri sebab emak berkerja sampai lewat pagi.  Itu kali terakhir aku sediakan sahur hampir-hampir baju ku di sambar api dapur gas.  Tetapi sejak aku tinggal di sekolah berasrama ketika umur 16tahun aku sudah tidak lagi sediakan sahur dan perkara ini berlanjutan sehingga sekarang.  Kebiasaanya aku tidak akan makan ketika sahur hanya minum je.  Kenapa aku tidak makan? sebab aku ada sejenis penyakit di mana sekiranya aku makan, siang keesokkannya perut aku akan rasa pedih dan tekak rasa berlendir, korang penah rasa tak betapa peritnya tekak dan perut yang pedih?  Sejak bila perkara itu berlaku aku tak sedar.  

Setiap kali emak kejutkan aku untuk bangun sahur, aku akan bangun dengan @__@ masih ~___~ (perkataan di rahsiakan), malas!.  Pernah sekali dahi ku terhantuk ke dinding dan kaki tersadung semua ini kerana aku berjalan sambil @___@ ~_____~.  Emak selalu ketawakan aku melihat gelagat aku yang berjalan seperti zombie tu, tetapi ahhh berat betul @___@  aku ni nak ^____^  biar pun aku di gelakkan oleh emak.  Tetapi dua tiga hari ini aku sedar, usia ku sudah cukup dewasa untuk bangun menyediakan sahur dan membantu emak.  Aku terlalu di manjai oleh emak, memang aku manja pon!  Dan seketika itu aku terfikir mungkinkah ini ramadhan terakhir emak menyediakan sahur untuk aku.  Jadi aku gagahkan juga untuk makan makanan yang emak sediakan walaupun aku sebenarnya mengalami simptom yang tidak menyenangkan disiang hari, tetapi oh damn!!! aku masih lagi makan dengan @___@ yang ~___~, emak ketawa lagi melihat gelagat aku... ahhhhhh sampai bila nak jadi macam nie? aku terfikir tidak lama lagi anak dara emak ni akan mengakhiri zaman bujang tetapi ahhh aku masih macam tu lagi susah benar @_@ nak ber ^____^..... tak kan nak suruh laki aku nanti yang sediakan sahur plak???? hahahahaha...... En.Tunang anda sudi tak ganti emak saya????


Tapi apa-apa pon emak adalah yang terbaik, aku sedar emak sebenarnya mengomel dalam hati dia sudah tua tetapi anak perempuan dia yang sorang ni masih lagi liat..... kesian emak coz tak dapat makan makanan yang disediakan oleh si anak ketika bersahur.  Terima Kasih emak kerana sediakan sahur untuk saya.

Thursday, August 4, 2011

Coklat and Cheese tart

Salam Ramadhan semua, agak lama saya tak update blog gara-gara internet masuk ayaq.... kali ni dd nak perkenalkan sesuatu yang baru di blog dd.  Ai pun baru je menjinakkan diri dalam dunia masak memasak ni.  jadi taknak lah gebang banyak2 di bulan mulia ni jadi kita terus roll vi teeee

COKLAT

Yang ni 1st dd buat.. tiada inti di dalam

Yang ni 2nd dd buat untuk incik tunang tersayang hehehe, berintikan badam dalam dia nyummm

 Yang ni hantaran pertunangan jiran, inti dalam dia masih lagi badam

 Dan ni paling latest sekali baru bt semalam, inti dalam dia Oreo....sedap oooo (glupp tertelan air liur)


CHEESE TART

 Yang ni sudah di packing, yg ni 1st time buat

 Yang ni plak 2nd...macam2 corak yang di conteng....

 Ok lah dah jamu mata kan sekarang selamat berbuka puasa, petang nanti ye bukan sekarang.....


Wednesday, July 13, 2011

Saya masih hidup lagi tau

Haii lamanya tak update....mesti korang ingat saya dah tiada kan dan dah give up untuk menaip blog nie lagi.... kekeke korang silap..... ada beberapa kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada saya...... Saya nak pergi bercuti dengan menaiki kapal cruise menuju ke singapore....saya menaiki kapal tue di pelabuhan Penang.  Wahh pengalaman naik kapal tue sangat best.... sedang saya melayari internet tiba-tiba kami di kejutkan dengan siren amaran menandakan kapal yang kami naiki dalam keadaan bahaya di tengelami air.... semua penumpang panic termasuk juga dengan saya....kekecohan berlaku macam dalam cerita titanic tu....tidak berapa lama air melimpah sangat laju sehingga menenggelamkan diri saya yang rendah dan tidak tahu berenang nie, saya hilang arah dan di hanyutkan air deras.....tiba-tiba seseorang lelaki menyambar tangan saya dan saya terpana dan kaku melihat lelaki yang kacak lagi handsome muka ala-ala fernando torres..... kemudian dia kata u'll be save with me... dan saya pon berkata thank you dalam keadaan masih terpana.  Saya berpaut pada lehernya yela saya tak tahu berenangkan.  Kemudian saya kata kat dia...ehhh muka awak ni macam torres lah.... dia kata saya memang torres pon....saya berkata lagi...pandai plak torres cakap melayu, kemudian dia kata owhh saya nie kan one world, kemudian dalam keadaan kekecohan itu saya ternampak laptop saya sekali modem sudah MASUK AIR......dan saya berkata pada Torres alaaa lepas ni tak boleh nak ber blog dan ber muka buku dah...... hahahahahaha....... wekkkkkk terkena lah kamu semua hahahahaaha

Saturday, June 25, 2011

T34Mw0RK T4L3NT (photography & Make Up)

Hai sekarang nie malas la nak update blog, dd bz dengan tempahan dan aktiviti outdoor.  Selasa baru-baru ni 21 June 2011 dd dengan sepupu dd telah bergabung di mana dia menyediakan pakej fotografi dan dd make up, jadi modelnya kami telah pilih dua orang gadis nie, salah seorang adalah awek photographer hihihihi..... dan hasilnya adalah seperti ini.


Picit di picture untuk pengemukkan


Ok siapa berminat nak jadi model photography dan make up sila inbox dd di facebook,  Tetapi hanya di area berdekatan PENANG, SUNGAI PETANI, KULIM dan PARIT BUNTAR yang berdekatan sahaja.

Wednesday, June 15, 2011

Kalau Aaron Aziz Jadi James Bond??

Haii nampaknya Nora Elena dah nak sampai ke penghujung jalan cerita last esok kan.... And selepas ni mungkin takkan ada orang bercerita lagi pasal cerita Nora Elena.  Watak Aaron Aziz sebagai Seth Tan memang membuatkan dia menjadi sebutan dan impian semua gadis-gadis dan wanita di Malaysia nie mana tak nya wataknya di gambarkan seorang yang romantik, penyabar dan penyayang.  Tapi tadi dd perasan sesuatu dari lakonan Aaron Aziz nie, dia membawa watak dengan cool dan tenang, begitu juga dengan cerita beliau yang lain.  So masa tengok Nora Elena tadi dengan adik(lelaki) dd, terpacul keluar dari mulut Dd, "Ehh adik, dia belakon nampak tenang je, napa tak biar dia jadi James Bond Malaysia je.... hauhauahuahauhau..... Adik dd pon bersetuju....

Camna kalau Aaron Aziz belakon jadi James Bond??? Hahaha dd tau ini agak gila tapi cuba tengok betul2, rupa cam James bond dah ada... Muka kasanova tue errr adik dd kata dah ada .. Body pon dah boleh tahan tue jadi ejen risikan 007 hahahaha...



Cuba kalau picture Aaron Aziz nie di letakkan bersama-sama pelakon yang penah berlakon sebagai James Bond? Agak-agak cunn tak?????



Tapi agak-agak Malaysia boleh tak buat cerita cam James Bond nie????

Monday, June 13, 2011

Make Up Syamzila (mai kazen)

Nie dd make up sepupu, sebenarnya ni dah lama awal bulan 5 aritu, tapi baru hari ni dapat picture dia sebab masa dd make up dia aritu tak sempat amik picture.  Dia ni cikgu :) hari ni hari dia bertunang.  Kulit dia hitam manis and sebenarnya nie 1st time dd dapat make up orang kulit hitam manis jadi ada beberapa kelemahan skit.  Minta maaf ye kalau hasilnya kurang cantik :)



Owh yeah gambar sebelum pon tak sempat amik huhuhuhuhu sorry

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Terengganu Juara Piala FA

Hahahaha 1st dd nak ucapkan tahniah kepada pemain muda Terengganu dan penyokongnya kerana telah memenangi Piala FA yang terakhir.  Dd suka Terengganu menang and memang dd nak Terengganu menang.  Adakah sebab dd ni orang terengganu? hahaha jawapannya sah sah la TIDAK.  Cuma support team terengganu dari belakang.  Mula2 lagi beberapa saat nak habis memang rasa Kelantan nak menang tapi tak sangka saat2 akhir apabila penyokong Terengganu nak meninggalkan stadium terus Goallllll hahahahaha walaupun goal sendiri, rezeki yang telah di tentukan oleh Nya menyatakan Terengganu yang menang malam semalam.  Tapi kalau tak goal sendiri pon rasanya akan goal jugak sebab masih ada 2 orang lagi pemain terengganu di sebelah pemain kelantan tue.  Tapi serious rasa kesian plak kat pemain kelantan yang kasi masuk niat dia murni nak halang bola tue dari masuk gawang goal tapi apakan daya dah ketentuan dan rezeki Terengganu.  Tapi pape pon hahahaha "AKU SUKA TERENGGANU MENANG dari kelantan". hahahahahahahaha

Friday, June 10, 2011

Make Up Latifah (E-day)

Hari ni dd pi make up seorang customer nie, dia nak bertunang, nama dia latifah, sebenarnya latifah nie kawan sekolah rendah dah lama kami berpisah, lepas tamat je darjah 6, memang tak pernah berhubung langsung sampai la ke hari ini kami di pertemukan semula oleh seorang rakan.  Dia minta dd make up kan dia.  Wahhh dah lama tak jumpa rasa nya kalau jumpa kat luar sebelum ni pun memang dd tak kan kenal dia.  Dia pun kata perkara yang sama dd dah berubah.  Slalu orang kata dah lama tak jumpa rasa kekok kan tapi kami berdua rasa macam slalu jumpa je pada hal dah berbelas tahun tak jumpa, maybe masa dulu kami duduk sebelah menyebelah kot.  Ok lah ni muka latifah sebelum di make up dd.

Maaf ye kualiti gambar kurang memuaskan sebab time ni hujan dan suasana gelap.  Yang dalam cermin tue dd ye "terinterframe" skali plak hihihi.

Ok gambar semasa make up tidak sempat di ambil, dan hasil selepas make up di bawah nie.


Gambar ni di ambil jarak jauh ckit sebab kamera dd kamera "cokiaa" "koman" kata orang penang.  So bila ambil gambar dekat flash dier terlalu terang dan menyebabkan muka kawan dd ni jadi putih tak nampak apa.  Jadi terpaksa jarak kan skit.  Kawan-kawan boleh zoom ye,  dd malas dah nak cut edit picture perbesarkan.  Bawah nie dd edit kasi jadi black and white


Kebiasaanya dd selepas make up dd akan balik terus tapi di sebabkan kawan dah lama tak jumpa dd gagahkan juga duduk sampai semuanya selesai, jadi sempat la ambil picture time cincin di sarungkan.


 Asey mata terpejam plak hihihi sory ye.....

Ni dah selesai sarung cincin.  Lepas je majlis sarung cincin dd di jamu mee udang.... walahhh sedap wehhhh udang besar tue, agak malu gak nak makan hihihi tapi nasib baik di paksa oleh Latifah, pastu time nak balik siap bagi bekal mee udang, tapai dan kek lagi wahhhh kek pon sedap.... TQ latifah dan keluarga.  Latifah ada kata rasa sayang plak nak tanggalkan make up ni, and dia kata nak amik dd lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi ye latifah

Sepit Bunga untuk selendang

Hai arini dd nak perkenalkan sepit selendang dalam bentuk bunga plak.  Dua sepit bunga ni sangat laris sekarang di kedai tumpangan jejari halus.  Sebenarnya tak terlintas pon nak buat bunga tapi one customer ni datang dia kata boleh tak dia nak sepit selendang dalam bentuk bunga besar.  So dd pon terfikir macam mana la tue ye, then dd pon buat la satu contoh takut tak laku plak buat banyak-banyak kan, akhir nya ramai plak yang nak, ada yang nak button shine shine ada yang nak button biasa je so dd ikut je.  Bawah ni pixca bunga yang dd maksud kan.  Ok lah papai dd nak siap-siap untuk make up customer tunang plak pukul 1.00 nanti.


Apsal lak terbalik nie eh? pada hal dd dah rotate tadi.... hehehe maaf di atas kesulitan kekekeke

Thursday, June 9, 2011

Cara Mudah Dapat Duit? EK?

Baru-baru ni aku ada dapat messages di inbox facebook dari....... I_ _ ?_ _ A _ _, tajuk messages dia, "Dd nak dapat duit cara senang?"  dia kasi link bagaimana cara mudah nak dapat kan duit, dekat link tue ada tunjuk account statement duit masuk.  Dia kata kat situ ni bukan skim cepat kaya,  and bagitau perbezaan skim cepat kaya dengan cara business online dia tue.  Tapi aku send messages balik dekat dia kata aku tak berminat and thanks.  Tapi hari ni aku buka balik link yang dia bagi and aku tengok eh??? kenapakah sudah tiada? dekat sini aku nak bagitau, 

1st) aku tak percaya dengan semua skim-skim yang di tawarkan ini and seriously aku takde langsung perasaan minat terhadap semua tue.

2) Aku hidup bukan nak jadi hamba duit atau kejar duit, aku wat craft and make up orang coz tue aku minat and just nak dapatkan balik modal yang aku guna.

3) Aku memang kedekut pasal duit...so what? hahaha

4) Aku takdak duit pon nak masuk skim-skim nie.

5) Hello, aku takde la terdesak sangat dengan duit, aku takde duit pon aku usaha sendiri biar la aku susah dengan usaha sendiri.

6) Aku di lahirkan tidak mempercayai insan-insan seperti mereka. hahahaha the end

p/s: mana ada benda senang dalam dunia nie, nak merompak pon ada risiko, nak ke toilet pon kena bayar......

Tuesday, June 7, 2011

Sepit Selendang

Hai nie dd buat lagi sebab ada permintaan di kedai...thanks to my mum coz tolong promote....sapa2 nak pesan inbox me k. wholesaler di alu-alukan

Ni adalah sepit untuk selendang tapi di sebabkan ada request nak dalam bentuk pin kata nya nak pakai dengan tudung yang bukan selendang, so dd ikut je lah kehendak customer.  So ada dua la dalam pin dan sepit

Sunday, June 5, 2011

Pin dan Sepit Ribbon Besar

Sekarang ni ada rasa skit malas nak buat benda ni tetapi memandangkan ada permintaan jadi ku gagahkan diri ku yang sememangnya rajin lagi gagah buat pin ni hihihihi.  Mak aku kata "Cek buat besar skit ada customer nak saiz besar".  So aku pun buat besauuu besauuu tue..... tak nak cakap banyak la zasssss...... kualiti pixca kurang memuaskan sebab time nie battery kamera dah low dah.....kamera handphone plak jahanam...ngerrrrr geram je.....




Friday, June 3, 2011

Awak dah gemuk saya taknak awak lagi

Dia bertanya kepada saya................


Awak, saya dah gemuk tak sama macam 5 tahun dahulu semasa kita kenal. Awak nak saya lagi tak?

Saya menjawab


Taknak lah awak dah gemuk tak encem macam dulu lagi dah tak jambu.  (nada bergurau)


Betul ke? Sampai hati (nada sayu)


Saya memujuk


Awak, walaupun awak gemuk dan tak encem macam dulu, saya tetap dengan awak sebab, rupa paras bukan ukuran yang pasti saya tahu awak yang terbaik buat saya dan sentiasa sayang saya.


Thanks sayang......


Tapi kalau sekarang kita kenal dan tengok awak gemuk macam ni saya taknak lah hahahahahaha wekkkkk.

Thursday, June 2, 2011

Cinta

Hai pagi ni terasa nak buat satu entry pasal Cinta, aku dah perolehi cinta tapi...............

Cinta,
Sesuatu yang sukar untuk di ertikan
Sesuatu yang bukan mudah untuk semua orang miliki
Apakah itu Cinta?

Cinta,
Kebahagian,
Kegembiraan,
Kemewahan
Tangisan
Hormat

Cinta
Apabila kita rasa sayang, itulah cinta
Apabila kita sedih kehilangan sesuatu, itulah cinta
Apabila kita ketawa kegembiraan, itulah cinta

Cinta,
Kepada Allah
Ibu bapa
Sahabat
Kekasih
Anak-anak
Diri sendiri

Cinta Kepada Ibu Bapa
Sekiranya anda rasa hormat
Dan sayang kepada ibu bapa
Berbanggalah anda sememangnya punya cinta

Cinta Kepada Sahabat
Sekiranya anda gembira apabila bersama sahabat
"Outing" bersama, berkongsi cerita
Anda rasa sayang akan persahabatan itu,
Tahniah anda dapat cinta lagi.

Cinta kepada kekasih,
Sesuatu cinta yang murni yang diberikan Allah untuk hamba Nya
Sekiranya anda punya kekasih
Pasti perasaan sayang itu ada,
Pasti tawa dan air mata itu ada,
Cinta yang suci anda perolehi
Hargailah ia tidak semua orang perolehi

Cinta kepada anak-anak,
Percaya kah tidak,
Tangisan pertama bayi itu adalah kegembiraan kepada ibubapa 
Sekali lagi anda perolehi cinta
Dari benih cinta yang bahagia itu.

Cinta kepada diri sendiri
Kita hiaskan diri kita cantik dan kacak
Kita beli barang yang kita inginkan untuk kepuasan
Kita jaga kesihatan diri kita
Itu tandanya kita cinta akan diri kita sendiri.

Cinta Kepada Allah
Kita katakan kita cinta kepada Nya.
Benarkah begitu? anda pasti?
Penahkah kita menangis apabila kita meninggalkan suruhan Nya
Penah? Pasti Tidakkan!

Kita perolehi cinta kepada ibu bapa, sahabat, kekasih, anak-anak, diri sendiri
Kita menangis apabila kehilangan mereka
Kerana kita cinta kepada mereka.
Tetapi adakah kita menangis apabila tinggal suruhan Nya?
...................................Cinta kah kita kepada Nya?????

Aku bukan hambanya yang soleh, ilmu agama ku hanya senipis kulit bawang yang mudah hancur, yang mudah melayang di tiup angin,

Oh ibu dan bapaku,
Oh sahabat ku,
Oh kekasih ku
Oh diriku
Bimbinglah aku perolehi Cinta yang satu itu,
Sememangnya aku akui aku masih lagi jauh mencintai Nya yang satu

Wednesday, June 1, 2011

1 June 2011

Entry ni berkaitan dengan 1 June...... isu panas berkaitan penipu....roll bawah ckit untuk lebih tahu.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Sebenarnya tiada apa-apa pon cuma nak kabo hahahahaha anda di tipu bolat-bolat oleh saya kekekeke.....Sekian. Jangan Marah ehhh.... :p
Jangan lupa bagi tindak balas dengan contest survey itu ye :)

Monday, May 30, 2011

Make Up Wedding

Ai ni dd make up wedding ye, taknak terang banyak-banyak sebab nanti hihihi tuan pixca marah.  Sorry ye pixca sebelum make up tak dapat di letakkan disini nanti kena marah huhuhu.... Ok  ni satu lagi my port folio


Make Up Pengantin Lelaki dan Perempuan

Saturday, May 28, 2011

Cuba teka

Pixca nie muncul ketika aku sedang surf internet.....so aku copy je la rasa menarik plak.  Kamo rasa berapa ekor hewan ada dalam pixca nie? Aku nampak 2 ekor rusa..... betul tak?


Friday, May 27, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides 3D

 
Ahad lepas aku pegi tengok cerita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, aku pilih 3D punya.  Aseyy dah basi lah cerita nie ahad lepas.  Takpe aku nak cerita gak.  Aku pegi dengan ehem ehem hihihi :p  (malu).  Ni 1st time aku tengok 3D kata orang penang chempeqa :p

Lokasi pilihan wayang aku, aku amik GSC punya panggung di Sunway Carnival Seberang Jaya, masa 6.00 petang.  Harga tiket RM16.00.  Masa nak masuk dekat pintu kami di beri cermin 3D dan kena pulangkan balik time nak keluar nanti even nak pegi toilet pon kena pulangkan sebab ada tagg sensor tak boleh bawak keluar.

Sebelum cerita bermula

Pekerja 1 (lelaki) : ayat dia lebey kurang camni dalam loqhat penang nya "Semua selepas tengok cerita ni cermin mata 3D nie perlu pas ke kiri dan tunggu sehingga arahan baru boleh keluar, hampa faham dak?"

Asey abang ingat cakap dengan adik-adik ke?

Suara sumbang:  "Bodohhh aihhhh"

Aku:  Eh sapa yang kata bodo tue?  (rupanya ada orang sebelah aku lelaki)

Semasa Cerita

Wahhh lakonan Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow memang best dan dia sangat-sangat sesuai dan selesa melakonkan watak itu dengan relex nya.  Dan dia seorang yang kelakar.  Part lawak yang aku suka time dia tengok kapal Black Pearl dalam botol and ada monyet tue sekali dalam botol hihihihi.  And part yang paling aku suka tengok time diorang nak panggil duyung tue, waaa duyung timbul depan mata babe..... Dah la cantik suara nyanyian pun merdu.  Terpesona seketika aku melihat hihihi.  And part 3D yang aku suka time pedang tue betul-betul cam nak tikam mata aku nie..... Aku taknak cerita banyak-banyak tengok sendiri la eh.  Tapi ending dier aseyyy selalu takde kesudahan yang pasti... menciii ada sambungan kot.  Tapi cerita nie memang lama rasanya 2jam lebey gak duk dalam panggung tue.

Selepas habis

Lelaki Pekerja 1:  Semua tolong tunggu dulu bla bla bla......

Suara Sumbang lelaki:  Hampa cakap bek bek skit boleh tak?  Ingat kami ni adik-adik hampa ka bla bla bla jumpa kat luar siap hampa. bla bla bla.  Ingat bagus sangat ka kerja panggung wayang nie? Gaji tak sampai seribu.  Ingat kami tak bayar ka?

Hahahahahaha gaji tak sampai seribu tue aku nak tegelak kikikiki.  Lelaki pekerja tue silap la gi cakap tak bape sopan camtu kat customer.

http://en.wikipedia.org/wiki/Pirates_of_the_Caribbean:_On_Stranger_Tides

Cup cake dan sepit rambut craft

Syukur dapat lagi aku tempahan hihihi.....(dah la time takde duit nie) Bebanyak terima kasih ye sebab mempercayai orang yang bernama Diedie Yana nie.  Bukan senang nak dapat kan kepercayaan.  Pesanan ni dari seseorang hamba yang aku tidak kenali, tapi kawan aku kenal dia, so thanks pada kawan aku Cik Bulan kerana mempromosi kan barang craft aku nie hihihi. Akceli aku memang suka buat benda-benda nie cuma yang malas nyer tue ha time nak bentuk kan huruf-huruf tue.... haiyooooo malasssss betul ma..... tapi takpe asal aku dapat siapkan udah ler... ok lah nak pegi mandi jap....sapa nak ikut mandi? lalalalalala 



 Suka dengan craft ini inbox me di facebook yeah and by da way don't forget like jejari halus ;)