My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Friday, June 10, 2011

Make Up Latifah (E-day)

Hari ni dd pi make up seorang customer nie, dia nak bertunang, nama dia latifah, sebenarnya latifah nie kawan sekolah rendah dah lama kami berpisah, lepas tamat je darjah 6, memang tak pernah berhubung langsung sampai la ke hari ini kami di pertemukan semula oleh seorang rakan.  Dia minta dd make up kan dia.  Wahhh dah lama tak jumpa rasa nya kalau jumpa kat luar sebelum ni pun memang dd tak kan kenal dia.  Dia pun kata perkara yang sama dd dah berubah.  Slalu orang kata dah lama tak jumpa rasa kekok kan tapi kami berdua rasa macam slalu jumpa je pada hal dah berbelas tahun tak jumpa, maybe masa dulu kami duduk sebelah menyebelah kot.  Ok lah ni muka latifah sebelum di make up dd.

Maaf ye kualiti gambar kurang memuaskan sebab time ni hujan dan suasana gelap.  Yang dalam cermin tue dd ye "terinterframe" skali plak hihihi.

Ok gambar semasa make up tidak sempat di ambil, dan hasil selepas make up di bawah nie.


Gambar ni di ambil jarak jauh ckit sebab kamera dd kamera "cokiaa" "koman" kata orang penang.  So bila ambil gambar dekat flash dier terlalu terang dan menyebabkan muka kawan dd ni jadi putih tak nampak apa.  Jadi terpaksa jarak kan skit.  Kawan-kawan boleh zoom ye,  dd malas dah nak cut edit picture perbesarkan.  Bawah nie dd edit kasi jadi black and white


Kebiasaanya dd selepas make up dd akan balik terus tapi di sebabkan kawan dah lama tak jumpa dd gagahkan juga duduk sampai semuanya selesai, jadi sempat la ambil picture time cincin di sarungkan.


 Asey mata terpejam plak hihihi sory ye.....

Ni dah selesai sarung cincin.  Lepas je majlis sarung cincin dd di jamu mee udang.... walahhh sedap wehhhh udang besar tue, agak malu gak nak makan hihihi tapi nasib baik di paksa oleh Latifah, pastu time nak balik siap bagi bekal mee udang, tapai dan kek lagi wahhhh kek pon sedap.... TQ latifah dan keluarga.  Latifah ada kata rasa sayang plak nak tanggalkan make up ni, and dia kata nak amik dd lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi ye latifah

No comments:

Post a Comment

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^