My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Thursday, June 2, 2011

Cinta

Hai pagi ni terasa nak buat satu entry pasal Cinta, aku dah perolehi cinta tapi...............

Cinta,
Sesuatu yang sukar untuk di ertikan
Sesuatu yang bukan mudah untuk semua orang miliki
Apakah itu Cinta?

Cinta,
Kebahagian,
Kegembiraan,
Kemewahan
Tangisan
Hormat

Cinta
Apabila kita rasa sayang, itulah cinta
Apabila kita sedih kehilangan sesuatu, itulah cinta
Apabila kita ketawa kegembiraan, itulah cinta

Cinta,
Kepada Allah
Ibu bapa
Sahabat
Kekasih
Anak-anak
Diri sendiri

Cinta Kepada Ibu Bapa
Sekiranya anda rasa hormat
Dan sayang kepada ibu bapa
Berbanggalah anda sememangnya punya cinta

Cinta Kepada Sahabat
Sekiranya anda gembira apabila bersama sahabat
"Outing" bersama, berkongsi cerita
Anda rasa sayang akan persahabatan itu,
Tahniah anda dapat cinta lagi.

Cinta kepada kekasih,
Sesuatu cinta yang murni yang diberikan Allah untuk hamba Nya
Sekiranya anda punya kekasih
Pasti perasaan sayang itu ada,
Pasti tawa dan air mata itu ada,
Cinta yang suci anda perolehi
Hargailah ia tidak semua orang perolehi

Cinta kepada anak-anak,
Percaya kah tidak,
Tangisan pertama bayi itu adalah kegembiraan kepada ibubapa 
Sekali lagi anda perolehi cinta
Dari benih cinta yang bahagia itu.

Cinta kepada diri sendiri
Kita hiaskan diri kita cantik dan kacak
Kita beli barang yang kita inginkan untuk kepuasan
Kita jaga kesihatan diri kita
Itu tandanya kita cinta akan diri kita sendiri.

Cinta Kepada Allah
Kita katakan kita cinta kepada Nya.
Benarkah begitu? anda pasti?
Penahkah kita menangis apabila kita meninggalkan suruhan Nya
Penah? Pasti Tidakkan!

Kita perolehi cinta kepada ibu bapa, sahabat, kekasih, anak-anak, diri sendiri
Kita menangis apabila kehilangan mereka
Kerana kita cinta kepada mereka.
Tetapi adakah kita menangis apabila tinggal suruhan Nya?
...................................Cinta kah kita kepada Nya?????

Aku bukan hambanya yang soleh, ilmu agama ku hanya senipis kulit bawang yang mudah hancur, yang mudah melayang di tiup angin,

Oh ibu dan bapaku,
Oh sahabat ku,
Oh kekasih ku
Oh diriku
Bimbinglah aku perolehi Cinta yang satu itu,
Sememangnya aku akui aku masih lagi jauh mencintai Nya yang satu

No comments:

Post a Comment

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^