My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Saturday, June 25, 2011

T34Mw0RK T4L3NT (photography & Make Up)

Hai sekarang nie malas la nak update blog, dd bz dengan tempahan dan aktiviti outdoor.  Selasa baru-baru ni 21 June 2011 dd dengan sepupu dd telah bergabung di mana dia menyediakan pakej fotografi dan dd make up, jadi modelnya kami telah pilih dua orang gadis nie, salah seorang adalah awek photographer hihihihi..... dan hasilnya adalah seperti ini.


Picit di picture untuk pengemukkan


Ok siapa berminat nak jadi model photography dan make up sila inbox dd di facebook,  Tetapi hanya di area berdekatan PENANG, SUNGAI PETANI, KULIM dan PARIT BUNTAR yang berdekatan sahaja.

Wednesday, June 15, 2011

Kalau Aaron Aziz Jadi James Bond??

Haii nampaknya Nora Elena dah nak sampai ke penghujung jalan cerita last esok kan.... And selepas ni mungkin takkan ada orang bercerita lagi pasal cerita Nora Elena.  Watak Aaron Aziz sebagai Seth Tan memang membuatkan dia menjadi sebutan dan impian semua gadis-gadis dan wanita di Malaysia nie mana tak nya wataknya di gambarkan seorang yang romantik, penyabar dan penyayang.  Tapi tadi dd perasan sesuatu dari lakonan Aaron Aziz nie, dia membawa watak dengan cool dan tenang, begitu juga dengan cerita beliau yang lain.  So masa tengok Nora Elena tadi dengan adik(lelaki) dd, terpacul keluar dari mulut Dd, "Ehh adik, dia belakon nampak tenang je, napa tak biar dia jadi James Bond Malaysia je.... hauhauahuahauhau..... Adik dd pon bersetuju....

Camna kalau Aaron Aziz belakon jadi James Bond??? Hahaha dd tau ini agak gila tapi cuba tengok betul2, rupa cam James bond dah ada... Muka kasanova tue errr adik dd kata dah ada .. Body pon dah boleh tahan tue jadi ejen risikan 007 hahahaha...



Cuba kalau picture Aaron Aziz nie di letakkan bersama-sama pelakon yang penah berlakon sebagai James Bond? Agak-agak cunn tak?????



Tapi agak-agak Malaysia boleh tak buat cerita cam James Bond nie????

Monday, June 13, 2011

Make Up Syamzila (mai kazen)

Nie dd make up sepupu, sebenarnya ni dah lama awal bulan 5 aritu, tapi baru hari ni dapat picture dia sebab masa dd make up dia aritu tak sempat amik picture.  Dia ni cikgu :) hari ni hari dia bertunang.  Kulit dia hitam manis and sebenarnya nie 1st time dd dapat make up orang kulit hitam manis jadi ada beberapa kelemahan skit.  Minta maaf ye kalau hasilnya kurang cantik :)



Owh yeah gambar sebelum pon tak sempat amik huhuhuhuhu sorry

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Terengganu Juara Piala FA

Hahahaha 1st dd nak ucapkan tahniah kepada pemain muda Terengganu dan penyokongnya kerana telah memenangi Piala FA yang terakhir.  Dd suka Terengganu menang and memang dd nak Terengganu menang.  Adakah sebab dd ni orang terengganu? hahaha jawapannya sah sah la TIDAK.  Cuma support team terengganu dari belakang.  Mula2 lagi beberapa saat nak habis memang rasa Kelantan nak menang tapi tak sangka saat2 akhir apabila penyokong Terengganu nak meninggalkan stadium terus Goallllll hahahahaha walaupun goal sendiri, rezeki yang telah di tentukan oleh Nya menyatakan Terengganu yang menang malam semalam.  Tapi kalau tak goal sendiri pon rasanya akan goal jugak sebab masih ada 2 orang lagi pemain terengganu di sebelah pemain kelantan tue.  Tapi serious rasa kesian plak kat pemain kelantan yang kasi masuk niat dia murni nak halang bola tue dari masuk gawang goal tapi apakan daya dah ketentuan dan rezeki Terengganu.  Tapi pape pon hahahaha "AKU SUKA TERENGGANU MENANG dari kelantan". hahahahahahahaha

Friday, June 10, 2011

Make Up Latifah (E-day)

Hari ni dd pi make up seorang customer nie, dia nak bertunang, nama dia latifah, sebenarnya latifah nie kawan sekolah rendah dah lama kami berpisah, lepas tamat je darjah 6, memang tak pernah berhubung langsung sampai la ke hari ini kami di pertemukan semula oleh seorang rakan.  Dia minta dd make up kan dia.  Wahhh dah lama tak jumpa rasa nya kalau jumpa kat luar sebelum ni pun memang dd tak kan kenal dia.  Dia pun kata perkara yang sama dd dah berubah.  Slalu orang kata dah lama tak jumpa rasa kekok kan tapi kami berdua rasa macam slalu jumpa je pada hal dah berbelas tahun tak jumpa, maybe masa dulu kami duduk sebelah menyebelah kot.  Ok lah ni muka latifah sebelum di make up dd.

Maaf ye kualiti gambar kurang memuaskan sebab time ni hujan dan suasana gelap.  Yang dalam cermin tue dd ye "terinterframe" skali plak hihihi.

Ok gambar semasa make up tidak sempat di ambil, dan hasil selepas make up di bawah nie.


Gambar ni di ambil jarak jauh ckit sebab kamera dd kamera "cokiaa" "koman" kata orang penang.  So bila ambil gambar dekat flash dier terlalu terang dan menyebabkan muka kawan dd ni jadi putih tak nampak apa.  Jadi terpaksa jarak kan skit.  Kawan-kawan boleh zoom ye,  dd malas dah nak cut edit picture perbesarkan.  Bawah nie dd edit kasi jadi black and white


Kebiasaanya dd selepas make up dd akan balik terus tapi di sebabkan kawan dah lama tak jumpa dd gagahkan juga duduk sampai semuanya selesai, jadi sempat la ambil picture time cincin di sarungkan.


 Asey mata terpejam plak hihihi sory ye.....

Ni dah selesai sarung cincin.  Lepas je majlis sarung cincin dd di jamu mee udang.... walahhh sedap wehhhh udang besar tue, agak malu gak nak makan hihihi tapi nasib baik di paksa oleh Latifah, pastu time nak balik siap bagi bekal mee udang, tapai dan kek lagi wahhhh kek pon sedap.... TQ latifah dan keluarga.  Latifah ada kata rasa sayang plak nak tanggalkan make up ni, and dia kata nak amik dd lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi ye latifah

Sepit Bunga untuk selendang

Hai arini dd nak perkenalkan sepit selendang dalam bentuk bunga plak.  Dua sepit bunga ni sangat laris sekarang di kedai tumpangan jejari halus.  Sebenarnya tak terlintas pon nak buat bunga tapi one customer ni datang dia kata boleh tak dia nak sepit selendang dalam bentuk bunga besar.  So dd pon terfikir macam mana la tue ye, then dd pon buat la satu contoh takut tak laku plak buat banyak-banyak kan, akhir nya ramai plak yang nak, ada yang nak button shine shine ada yang nak button biasa je so dd ikut je.  Bawah ni pixca bunga yang dd maksud kan.  Ok lah papai dd nak siap-siap untuk make up customer tunang plak pukul 1.00 nanti.


Apsal lak terbalik nie eh? pada hal dd dah rotate tadi.... hehehe maaf di atas kesulitan kekekeke

Thursday, June 9, 2011

Cara Mudah Dapat Duit? EK?

Baru-baru ni aku ada dapat messages di inbox facebook dari....... I_ _ ?_ _ A _ _, tajuk messages dia, "Dd nak dapat duit cara senang?"  dia kasi link bagaimana cara mudah nak dapat kan duit, dekat link tue ada tunjuk account statement duit masuk.  Dia kata kat situ ni bukan skim cepat kaya,  and bagitau perbezaan skim cepat kaya dengan cara business online dia tue.  Tapi aku send messages balik dekat dia kata aku tak berminat and thanks.  Tapi hari ni aku buka balik link yang dia bagi and aku tengok eh??? kenapakah sudah tiada? dekat sini aku nak bagitau, 

1st) aku tak percaya dengan semua skim-skim yang di tawarkan ini and seriously aku takde langsung perasaan minat terhadap semua tue.

2) Aku hidup bukan nak jadi hamba duit atau kejar duit, aku wat craft and make up orang coz tue aku minat and just nak dapatkan balik modal yang aku guna.

3) Aku memang kedekut pasal duit...so what? hahaha

4) Aku takdak duit pon nak masuk skim-skim nie.

5) Hello, aku takde la terdesak sangat dengan duit, aku takde duit pon aku usaha sendiri biar la aku susah dengan usaha sendiri.

6) Aku di lahirkan tidak mempercayai insan-insan seperti mereka. hahahaha the end

p/s: mana ada benda senang dalam dunia nie, nak merompak pon ada risiko, nak ke toilet pon kena bayar......

Tuesday, June 7, 2011

Sepit Selendang

Hai nie dd buat lagi sebab ada permintaan di kedai...thanks to my mum coz tolong promote....sapa2 nak pesan inbox me k. wholesaler di alu-alukan

Ni adalah sepit untuk selendang tapi di sebabkan ada request nak dalam bentuk pin kata nya nak pakai dengan tudung yang bukan selendang, so dd ikut je lah kehendak customer.  So ada dua la dalam pin dan sepit

Sunday, June 5, 2011

Pin dan Sepit Ribbon Besar

Sekarang ni ada rasa skit malas nak buat benda ni tetapi memandangkan ada permintaan jadi ku gagahkan diri ku yang sememangnya rajin lagi gagah buat pin ni hihihihi.  Mak aku kata "Cek buat besar skit ada customer nak saiz besar".  So aku pun buat besauuu besauuu tue..... tak nak cakap banyak la zasssss...... kualiti pixca kurang memuaskan sebab time nie battery kamera dah low dah.....kamera handphone plak jahanam...ngerrrrr geram je.....




Friday, June 3, 2011

Awak dah gemuk saya taknak awak lagi

Dia bertanya kepada saya................


Awak, saya dah gemuk tak sama macam 5 tahun dahulu semasa kita kenal. Awak nak saya lagi tak?

Saya menjawab


Taknak lah awak dah gemuk tak encem macam dulu lagi dah tak jambu.  (nada bergurau)


Betul ke? Sampai hati (nada sayu)


Saya memujuk


Awak, walaupun awak gemuk dan tak encem macam dulu, saya tetap dengan awak sebab, rupa paras bukan ukuran yang pasti saya tahu awak yang terbaik buat saya dan sentiasa sayang saya.


Thanks sayang......


Tapi kalau sekarang kita kenal dan tengok awak gemuk macam ni saya taknak lah hahahahahaha wekkkkk.

Thursday, June 2, 2011

Cinta

Hai pagi ni terasa nak buat satu entry pasal Cinta, aku dah perolehi cinta tapi...............

Cinta,
Sesuatu yang sukar untuk di ertikan
Sesuatu yang bukan mudah untuk semua orang miliki
Apakah itu Cinta?

Cinta,
Kebahagian,
Kegembiraan,
Kemewahan
Tangisan
Hormat

Cinta
Apabila kita rasa sayang, itulah cinta
Apabila kita sedih kehilangan sesuatu, itulah cinta
Apabila kita ketawa kegembiraan, itulah cinta

Cinta,
Kepada Allah
Ibu bapa
Sahabat
Kekasih
Anak-anak
Diri sendiri

Cinta Kepada Ibu Bapa
Sekiranya anda rasa hormat
Dan sayang kepada ibu bapa
Berbanggalah anda sememangnya punya cinta

Cinta Kepada Sahabat
Sekiranya anda gembira apabila bersama sahabat
"Outing" bersama, berkongsi cerita
Anda rasa sayang akan persahabatan itu,
Tahniah anda dapat cinta lagi.

Cinta kepada kekasih,
Sesuatu cinta yang murni yang diberikan Allah untuk hamba Nya
Sekiranya anda punya kekasih
Pasti perasaan sayang itu ada,
Pasti tawa dan air mata itu ada,
Cinta yang suci anda perolehi
Hargailah ia tidak semua orang perolehi

Cinta kepada anak-anak,
Percaya kah tidak,
Tangisan pertama bayi itu adalah kegembiraan kepada ibubapa 
Sekali lagi anda perolehi cinta
Dari benih cinta yang bahagia itu.

Cinta kepada diri sendiri
Kita hiaskan diri kita cantik dan kacak
Kita beli barang yang kita inginkan untuk kepuasan
Kita jaga kesihatan diri kita
Itu tandanya kita cinta akan diri kita sendiri.

Cinta Kepada Allah
Kita katakan kita cinta kepada Nya.
Benarkah begitu? anda pasti?
Penahkah kita menangis apabila kita meninggalkan suruhan Nya
Penah? Pasti Tidakkan!

Kita perolehi cinta kepada ibu bapa, sahabat, kekasih, anak-anak, diri sendiri
Kita menangis apabila kehilangan mereka
Kerana kita cinta kepada mereka.
Tetapi adakah kita menangis apabila tinggal suruhan Nya?
...................................Cinta kah kita kepada Nya?????

Aku bukan hambanya yang soleh, ilmu agama ku hanya senipis kulit bawang yang mudah hancur, yang mudah melayang di tiup angin,

Oh ibu dan bapaku,
Oh sahabat ku,
Oh kekasih ku
Oh diriku
Bimbinglah aku perolehi Cinta yang satu itu,
Sememangnya aku akui aku masih lagi jauh mencintai Nya yang satu

Wednesday, June 1, 2011

1 June 2011

Entry ni berkaitan dengan 1 June...... isu panas berkaitan penipu....roll bawah ckit untuk lebih tahu.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Sebenarnya tiada apa-apa pon cuma nak kabo hahahahaha anda di tipu bolat-bolat oleh saya kekekeke.....Sekian. Jangan Marah ehhh.... :p
Jangan lupa bagi tindak balas dengan contest survey itu ye :)