RAHSIA DAIRI
“Myda, kenapa ni diam je mama tengok?”. Soal Pn. Norli, mama kepada Myda. Myda masih mendiamkan diri. Giliran papa Myda bersuara, “Myda tidur dulu ye, tak lama lagi kita sampai rumah baru kita, mesti Myda suka”. En. Zali lembut bertutur. Myda masih mendiamkan diri merajuk, keputusan papa dan mama nya yang hendak berpindah ke rumah baru di kawasan perkampungan pantai tidak di setujuinya. Dua minggu lalu papa dan mama nya tiba-tiba membuat keputusan untuk beralih angin untuk tinggal di kampung kerana mahu kan ketenangan di usia 55 tahun itu. “Kenapa perlu berpindah Ma, Pa? Myda dah suka tinggal disini, Myda ramai kawan kat sini, lagi pon sana kampong, Myda dah 19 tahun membesar kat bandar nie. Myda tak mahu pindah!”. Myda merajuk, Papa nya memujuk. “Myda, jangan macam nie, Papa dah beli bungalow kat sana, lagi pun rumah tu lawa tau tepi pantai”. Mama pula menyambung “Lagi pon papa dah dapat tanah untuk buat projek resort kat sana”. Myda membantah, “Kalau mama dan papa nak pindah, ma dan pa je pindah, Myda tak nak!”. Terus Myda lari masuk ke bilik mengurungkan diri dan mendiamkan diri sehingga ke hari ini. “Myda, bangun sayang, kita dah sampai rumah baru ni”. Myda mengosokkan matanya, kepalanya seakan berat mungkin kerana tidur terlalu lama di dalam kereta dan masa yang di ambil dari bandar Metropolises menuju ke Pantai Pulau Berlian, mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Kedatangan mereka di sambut oleh Mak Moon dan Pak Din penjaga bungalow yang di upah papanya selepas membeli bungalow itu. “Semua dah bersih ke Mak moon, Pak din?”. Soal En.Zali kepada dua orang tua itu. Mereka menjawab semua sudah siap dan dibersih seperti yang di arahkan. Myda memerhati kawasan bungalow itu, memang cantik kerana terdapat rumput import di laman isitirehat dan di hiasi dengan pelbagai bunga terutamanya bunga roses. Bungalow itu betul-betul mengadap pantai dan jarak bungalow dengan bungalow yang lain agak jauh, masing-masing mahukan privacy. Perabot didalam di tutupi oleh kain berwarna pink lembut. Myda berasa hairan ‘kenapa berwarna pink? Selalu bukan warna putih ke?, hmm mahukan kelainan kot’. Myda bermonolog sendiri, sejak dari tadi dia diam membisu pertanyaan mama dan papanya sedikit tidak diendahkan. “Cik Myda, ni bilik cik Myda”. Kata Mak Moon pembantu rumah itu. Myda hanya mengangguk, Mak Moon berlalu pergi. Tiba-tiba “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” Myda menjerit, Pn Norli dan En.Zali sejak dari tadi asyik memerhati bilik tidur utama mereka, segera berlari ke bilik Myda. “Kenapa ni sayang?”. Pn.Norli memeluk Myda. “tue haaa atas tu”. Kata Myda menekap muka ke dada mamanya sambil menunjuk keatas meja solek. En.Zali melihat meja solek itu, “Laa…ingatkan apa, lipas rupanya”. En.Zali dan Pn.Norli ketawa. Myda terkejut sejak dari tadi dia asyik membelek alat solek dan perhiasan di atas meje solek itu sehingga jarinya tersentuh bangkai lipas itu. “Mama, Myda tak mahu cadar ni warna pink, Myda nak cadar warna purple, kain langsir pon”. Myda mengarah. En.Zali mengarahkan Mak Moon menukarnya esok.
Sudah seminggu Myda berpindah ke bungalow mewah itu, tetapi seorang rakan tidak di kenalinya, matanya menatap pantai yang terbentang indah dari jendela bilik tidurnya. Myda banyak menghabiskan masanya di dalam bilik, bilik tidurnya di hias mengikut kehendaknya, cadar dan langsir di tukar kewarna purple lembut berkain satin dan dinding biliknya di cat warna putih dan ada belt purple bercorak floral menghiasi dinding itu. Picture besar Myda bersaiz besar di letak di atas kepala katilnya. Di atas katil nya tersusun bermacam-macam bear dan beralaskan comfort yang cukup membuatkan tidur seseorang itu nyenyak. Myda memerhati bilik itu, ada satu peti besi besar dihiasi permata palsu berwarna pink disudut pintu bilik mandinya. Peti itu berkunci tetapi kuncinya tiada entah hilang kemana. Myda pernah mengarahkan papanya untuk keluarkan peti itu dari biliknya tetapi saat-saat akhir dia membatalkan kerana terasa tertarik mahu mengetahui isi peti itu. Mata Myda beralih ke pantai itu, tiba-tiba sahaja ada seorang gadis berambut panjang dan baju pink tersenyum kearahnya, jauh tetapi dapat diamati Myda gadis itu tersenyum kepadanya. Gadis itu berpusing menghadap pantai, dia berjalan perlahan-lahan kearah pantai, kakinya mencecah ke sisir pantai makin lama makin jauh, Myda memekik dari jauh, “heyyyy heyyyyyy!!!!!!”. Myda segera berlari untuk ke pantai, Pn.Norli yang sedang berehat di laman sambil meminum kopi juadah petang terkejut melihat Myda berlari seperti orang gila ke pantai, panggilannya tidak dihiraukan Myda. ‘Aku mesti selamatkan dia, hendak bunuh diri kah?gila’. Myda termengah-mengah memasuki air laut itu, mujur dia pandai berenang tetapi dia hampa hanya kain buruk berwarna pink lusuh dijumpainya. Myda kehairanan kemana gadis itu pergi. Setibanya ke tepi pantai mama dan papa memeluknya. “Myda kenapa buat macam tu? Risau papa dan mama tau!”. Marah En.Zali. Sejak dari tadi dia memancing di titi dekat pantai itu tiba-tiba dia melihat Myda berenang ke dalam air laut itu. “Myda nampak tadi, Myda nampak….”. Nafas Myda tersekat-sekat penat dengan terkejut. “Myda nampak apa sayang?”. Soal En.Zali. “Myda nampak ada budak perempuan nak bunuh diri, dia pakai baju warna pink”. Myda seraya menunjuk kain pink yang dia jumpai. “Ishkk mana ada perempuan, sejak dari tadi papa kat sini satu bayang perempuan takdak, khayalan Myda ja kot”. En.Zali menenangkan Myda. “Dah jom masuk mandi dah dekat senja nie, kemudian kita jemaah maghrib sama-sama”. Kata Pn.Norli kerisauan.
Myda mendaftarkan dirinya di Kolej Tinggi Pulau Berlian, dia memerhatikan keadaan kolej itu kelihatan seperti sudah lama di dirikan, lihat sahaja bangunannya seperti bangunan lama di zaman penjajahan, banyak pokok besar di tepi pagar kolej tidak di urus dengan baik dan kawasan tepi sehingga kebelakang kolej ini dekat dengan kawasan pantai. ‘Semua dekat dengan pantai, mau datang tsunami baru berakai, ishkk mulut! Mintak simpang’. Myda bermonolog seorang diri. “Hai, saya Lily, awak student baru sini ke?” Sapa rakan sekelas dengan Myda. “Ya, Saya Myda”. Jawab Myda ringkas seakan tidak gembira sambung belajar di sana. “Awak dulu asal mana ye?” Soal Lily. “Saya, dari Town Metropolises, ni kali pertama saya datang ke kawasan macam ni”. Jawab Myda bosan. “Owh, saya memang membesar disini, mula-mula datang memang tak best tapi nanti lama-lama awak biasa la”. Terang Lily, dia menyambung “Awak tinggal di mana ye?” Soal Lily. “Saya tinggal di Bungalow putih yang dekat tepi pantai tu. Depan laman dia ada banyak bunga rose tu”. Terang Myda. “Awak tinggal disitu?” Soal Lily terkejut. “Ye, kenapa awak terkejut?”. Soal Myda kehairanan. “Err takde pape, jom kita ke Cape”. Lily mengajak. “Cape?”. Myda pelik. “Opss sorry I meant Café, sini orang panggil Cape”. Terang Lily. Kelas Myda berada di tingkat 2 kolej itu, dan sepanjang perjalanan Myda menuju ke cafeteria ramai student bersidai di koridor dan ada yang berdating di tangga, terdengar suara-suara sumbang mengacau Myda, sudah menjadi kebiasaan student baru di ganggu sebegitu tambahan pula wajah Myda yang cute dan berambut panjang lurus seperti mendapatkan rawatan stim. “Sambil Myda menjamah sarapan pagi di cafeteria, matanya memerhati ke luar pagar yang memisahkan kawasan kolej dengan pantai, Myda ternampak kelibat seorang gadis berbaju pink merenung kearahnya sambil tersenyum. ‘Eh, tue gadis hari itu, apa dia buat disini?’ Myda bermonolog seorang diri. Gadis itu berjalan perlahan-lahan sambil memerhati Myda kemudian terlindung dengan pohon yang besar itu, Myda menunggu bayang-bayang gadis itu keluar dari pohon itu tetapi terus hilang. “Hey, tengok apa tue asyik sangat?”. Tegur Lily. “Tak,tadi saya nampak ada gadis berbaju pink kat luar pagar tu”. Kata Myda sambil menunding jari kearah pagar itu. “Perempuan baju pink? Ishkk merepek la awak ni, mana ada sapa-sapa kat situ, khayalan awak je kot”. Lily kehairanan, segera bulu romanya meremang tetapi di kawal perasaannya.
Myda menunggu pemandu papanya Pak Din datang menjemput. ‘Kenapa lambat sangat Pak Din ni?’. Myda berkata dalam hati fade up. Kebanyakan student disitu, menaiki basikal ke kolej, ada yang bermotosikal dan berskuter. Dalam hati Myda merasakan kawasan itu tidak ramai orang yang berada, tak macam kolej lama nya dulu semua bermotokar besar ada yang di jemput dengan kereta mewah contohnya seperti Myda. Myda melihat Lily berbasikal berwarna pink unik melambai kepada Myda mahu pulang. ‘Hmm comelnya basikal Lily, ada bakul kecil di depan basikal, semuanya berwarna pink kat sana mana ada basikal macam ni’. Myda tertarik dalam diam dia memuji basikal Lily itu. “Hai awak, belum balik lagi?” Soal seorang student lelaki itu. Myda tersenyum dia mengamati wajah lelaki itu kacak seperti kacukan melayu dan bugis, satu kelas dengan Myda. “Erm belum, saya tunggu driver saya”. Jawab Myda ringkas. “Jom naik skuter dengan saya, saya hantar awak balik”. Jawab student itu ikhlas. Myda membuat reaksi muka pelik. “Opss sorry lupa nak kenalkan diri, nama saya Shamil”. Jawab Shamil sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. “Saya Myda, erm takpe lah driver saya dah sampai, nanti kita borak lagi k”. Myda melangkah kaki memasuki ke perut kereta Mercedes hitam itu sambil melambaikan tangan kepada Shamil.
Petang itu Myda berehat di laman rumahnya sambil menikmati air kegemaran nya itu, Hot Choco Coklet bersama karipap dan goreng pisang buatan Mak Moon. ‘Hmm my favorite ni’. Kata Myda dalam hati melihat pucuk dicita ulam mendatang. Pn Norli dan En.Zali keluar ke bandar utama Pulau Pantai Berlian itu dan tinggal Myda keseorangan dirumah ditemani Mak Moon yang sibuk di dapur. Myda membelek-belek paper hari ini sambil membaringkan kakinya ke kerusi rehat. Sedang asyik-asyik dia membelek paper itu tiba-tiba muncul gadis berbaju pink lusuh merenung dihadapannya. Myda terperanjat. “Ya Allah, awak ni terperanjat saya”. Kata Myda kepada gadis itu, gadis itu masih mendiamkan diri, rupanya pucat dan pakaiannya berbaju blouse skirt labuh paras lutut berwarna pink lusuh dan seakan tidak terurus. “Mari duduk minum sama-sama saya”. Myda ramah, gadis itu mengeleng. “Awak dari mana? hari itu saya nampak awak masuk dalam laut tu”. Myda menanyakan kepastian. “saya disini, saja saya nak main hide and seek dengan awak”. Jawab gadis itu. “Hide and seek hihihi”. Myda terketawa kecil. “Saya Myda, awak?” Sambil menghulurkan tangan bersalam. “Syazana”. Salam Myda di sambut, Myda dapat merasakan tangan gadis itu sejuk sekali. Myda terkejut segera menarik tangannya cepat terasa lain sekali bulu romanya meremang. ‘Mak aiii sejuknya tangan dia macam baru keluar dari peti ais je’. Myda berkata dalam hati. “Kejap ye Myda ambil cawan kat dapur, kita makan petang sama”. Myda bergegas masuk kedalam meminta cawan kepada Mak Moon, sambil diperhati tajam gadis itu dari belakang. Selepas Myda keluar dia melihat gadis itu sudah tiada. ‘Kemana pula budak ni, suka hilang macam tu je’. Myda kehairanan dia mencari kelibat gadis itu tetapi hampa tiada. Ponn Ponn hon kereta dibunyikan oleh Pak Din menandakan mama dan papa nya baru pulang dari bandar kecil itu. “Myda, cari apa tu sayang?” Tanya Pn.Norli lembut. “Myda cari kawan Myda tadi dia ada disini sembang-sembang dengan Myda tapi lepas Myda masuk dalam dia hilang. Pn.Norli memandang kepada Mak Moon tetapi wanita separuh umur itu menggeleng tidak tahu. Mak Moon sendiri tidak ternampak sesiapa kerana sejak dari tadi dia sibuk di dapur. “Hmm, kawan Myda tu nama apa?” Giliran En.Zali menyoal. “Syazana”. Myda memberitahu nama gadis itu segera muka Pak Din berubah, segera dia mengawal perasaannya yang terkejut tetapi dapat di lihat oleh En.Zali. “Pak Din kenal anak sapa-sapa nama Syazana kat sini?”. Pak Din menggeleng tipu.
Myda terpaksa berjalan kaki pulang hari ini selepas tamat waktu kolej, kerana Pak Din dan papanya ada hal penting mengenai projek resort di Pantai Pulau Berlian “Hai awak, hendak pulang ke? Mari saya hantar. Kata Shamil. Myda mengangguk setuju. Shamil memberhentikan skuter nya di hadapan rumah Myda, Pn.Norli sejak dari tadi menunggu kepulangan Myda. “Awak tinggal disini?” Soal Shamil terperanjat. “Ye, kenapa? Soal Myda pelik. “Err takde pape”. Jawab Shamil menyembunyikan sesuatu. “Ok I have to go, see u tomorrow”. Jawab Shamil bagi mengelakkan sesuatu. Myda tidak menghalang dia melambai tangan kepada Shamil. “Myda balik dengan siapa tu?”. Soal Pn.Norli. “Kawan”. Myda menjawab ringkas. Pn.Norli menduga, “Kawan ke pakwe”. Tiba-tiba terjatuh pasu dari atas meja, pasu itu pecah. Pn.Norli dan Myda terkejut, mereka kehairanan macam mana pasu itu boleh jatuh pada hal tiada angin mahu pun ribut. Kalau angin sekali pun mustahil dapat memukul pasu itu jatuh ke bawah pecah. Mak Moon datang mengutip kaca yg bertaburan tu. Suasana sunyi.
Malam itu Myda tidak dapat tidur, entah kenapa hatinya begitu tertarik untuk membuka peti besi itu. Peti besi itu seakan memanggil-manggil nya. Myda ke peti besi itu, dia mencari-cari disebalik peti besi itu mungkin kah terjumpa anak kunci peti besi itu, tetapi hampa. Myda mendapat idea dia teringat semasa di Kolej lama dahulu dia dan rakan-rakan pernah membuka kunci peti besi bilik pengetua dengan dawai dan jarum pin untuk mengetahui soalan peperiksaaan. ‘Hmm lubang dia agak besar, anak kunci ni mesti besar, so aku perlukan dawai yang besar, tapi….mana aku nak dapatkan dawai yg besar tu’. Myda bermonolog sendiri mencari idea, dia memerhati sekeliling biliknya kalau-kalau ada yang boleh di buat sebagai kunci, tetapi kebuntuan tiada sebarang dawai di dalam bilik itu. Myda terlelap, menarik selimut sambil memeluk bear nya. Sedang nyenyak Myda melayari tidur malam muncul seorang gadis berbaju pink muka nya pucat, kaki nya tidak menjejak lantai, matanya mengalirkan air mata darah, menitik jatuh terkena pakaian pink nya yang sudah lusuh dan kotor itu. Gadis itu merenung tajam kearah Myda yang nyenyak tidur, sekejap di tepi katil Myda, sekejap dia menghilang muncul di tepi peti besi, hilang lagi muncul di dalam cermin almari solek kemudian hilang. “Tolongggg….. tolonggg….. tolongggg akuuuu…. huhuhuhuhuhu”. Sayu. Myda termengah-mengah terjaga dari tidurnya, dia bermimpi ngeri “Syazana” Dia menyebut nama gadis tempoh hari. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi, segera Myda beristifar mengucap panjang. Dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Dalam fikiran Myda sudah mula tidak tenang, ‘Syazana, kenapa aku bermimpikan dia dan kenapa dia meminta tolong?arhhh maybe mimpi je kot. Esok pagi aku mesti cari Syazana, tapi macam mana? aku tak tahu dia di mana’. Selesai solat Myda terus mandi, bersiap-siap dan bersolek, sedang dia asyik bersolek dia ternampak seperti anak kunci mempunyai permata pink di bahagian pemegangnya berada di dalam bakul hiasan rambutnya. ‘nie mesti anak kunci peti besi tu, sebelum ni kenapa aku tak pernah nampak pon ada kunci di sini?’. Myda kehairanan segera dia ke peti besi itu, dia memasukkan anak kunci dan peti itu terbuka, Myda membuka dia melihat isi di dalam peti besi itu. ‘Wahhh banyak nya baju lawanya, tapi kenapa banyak sangat warna pink? Hmm mesti anak tuan rumah yang lama dulu suka warna pink…eee jambu’. Myda asyik menyelongkar peti besi itu, tiba-tiba dia tertatap pada satu buku berwarna pink ada corak-corak bunga rose yang menarik hatinya. ‘Apa nie? Dairi…Dairi anak tuan rumah dulu kot, memang jiwa pink hmm tak baik baca dairi orang tapi berkunci plak’. Myda mematikan niatnya untuk menyelongkar peti besi itu lagi, kerana Pn.Norli memanggilnya untuk sarapan, segera dia ke bawah menikmati juadah pagi itu.
Myda berjalan-jalan di sekitar pekan yang berhampiran dengan Pantai Pulau Berlian. Dia singgah di kedai buku dan alat tulis di situ. Myda memilih novel cinta bertajuk “Ku Seru Nama Mu” novel seram berkisahkan pembunuhan kejam dan pembunuh itu adalah kekasihnya sendiri, dan roh kekasih yang di bunuh itu bangun menuntut pembalasan kerana teraniaya. Myda begitu mengemari cerita-cerita seram dia ke kaunter untuk membuat bayaran. “Adik, boleh pakcik tanya sikit? Soal pemilik kedai yang separuh abad itu. “Erm ape dia pakcik?”. Myda hormat “Adik dengan family adik duk kat bungalow tue ke?”. Soalnya penuh ingin tahu. “Ha’ar, kenapa pakcik?”. Myda kehairanan kerana setiap kali di tanya soalan yang sama. “Erm kalau pakcik cerita adik jangan takut plak tau dan janji jangan bagitahu kepada ibubapa adik”. Myda mengangguk dalam hatinya ingin tahu. Sebenarnya bungalow yang adik duduk sekarang ni dah lama tak berpenghuni sejak 2 tahun lalu, pakcik pon dengar cakap orang je la, rumah tu dulu ada orang duduk tapi kerap kali bertukar penghuninya sejak 2 tahun lalu”. Cerita pakcik itu dengan berhati-hati, Myda mengerutkan dahinya, “Yeke pakcik? Kenapa?”. Myda mula merasakan tidak senang. “betul pakcik dengar penghuni itu kerap di ganggu setiap hari dan setiap malam”. Cerita pakcik itu. “Gangguan apa tue?” Myda ingin tahu. “Gangguan hantu”. Jawab pakcik itu seram. Muka Myda mulai pucat mendengar pakcik itu menyebut perkataan hantu. Dia tidak mahu dengar lagi terus dia berjalan pulang. Semasa dalam perjalanan pulang, dia terlihat satu risalah yang di tampalkan di satu stesyen bus, risalah itu seakan sudah lama warna nya juga sudah pudar dan sudah buruk. Myda terkejut, tertera di risalah itu MISSING! 21st June 1999. SYAZANA 16 YEARS OLD, HAVE YOU SEEN THESE GIRL??? PLEASE CALL: MR. SAFUAN AND MRS YATI AT +80116677690. ‘Sekarang sudah 2003,bermakna 4 tahun dah!’ Myda mula merasakan seram-seram sejuk segera dia berlari pulang. “Myda where have you been?” Pn.Norli marah, sejak dari pagi lagi Myda keluar dan sehingga ke pukul 2.00 Myda belum pulang, membuatkan Pn.Norli kerisauan. Myda tidak mengendahkan panggilan mamanya, segera dia ke bilik untuk membaca dairi yang dijumpainya, dalam hatinya dia mula mengesyaki sesuatu. ‘berkunci,tapi takde tempat kunci pon, macam mana nak buka?’. Myda kebuntuan, tiba-tiba terdengar suara sayu tetapi garau dari tepi telinga Myda menyebut SYAAAAZAAAANAAAA, Myda terlepas dairi itu terkejut dia berpusing memerhatikan tiada sesiapa di belakangnya dan bila dia berpaling dairi itu sudah terbuka. Myda mengambil dan tangannya mengeletar membaca dairi itu. ‘Syazana Love Shamil’. Myda membaca dairi itu, dia terkejut kerana terdapat nama Shamil dalam dairi itu. ‘Adakah Shamil yang sama?’. Myda berteka-teki dia membaca isi dairi itu.
DAIRI 1999
“Hai Syaz”. Shamil menegur Syazana. “Syaz, petang nanti kita balik sama ok?”. Shamil mengajak. “Erm Syaz nak naik skuter Shamil ke?”. Soal Syazana malu. “Yela, sayang”. Shamil bergurau, Syazana tersenyum malu mendengar Shamil membahasakan sayang pada nya. “Amboi senyum sakan kawan aku ni, ada orang mengurat la tu”. Lily mengusik. “Ehh pandai-pandai je Lily ni, takde pape lah”. Syazana mengelak. Ala cerita la aku kan kawan kau”. Lily cuba mengoret rahsia. “Takde, Shamil dia ajak balik sekali lepas rehat ni, kemudian dia panggil Syaz sayang”. Syazana malu. “Owh macam tu, erm habis petang nanti aku balik sorang je lah? Hmm nak buat macam mana, ok lah” Lily merajuk. “Hai merajuk ke? Jangan merajuk nanti Syaz belanja Lily time rehat nanti”. Syazana memujuk. “Hai pinky ladies piwittt”. Terdengar suara-suara sumbang mengacau Syazana, Lily hanya memerhati Syazana yang buat tidak tahu. Tidak dinafikan Syazana memang cantik, Lily cemburu akan Syazana kerana baginya Syazana mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang gadis pasti siapa melihatnya terpersona. Tambahan warna kegemaran Syazana adalah berwarna pink sesuai dengan sifatnya yang pemalu dan lemah lembut itu. Tambahan pula sekolah di Kolej Tinggi Pulau Berlian, system pengajiannya agak berlainan dengan Negara yang lain dimana student dari umur 15 sehingga 20 tahun akan terus masuki Kolej Tinggi, di mana pergaulan antara student dan pemakaian ke tempat belajar sangat bebas jadi Syazana mahu pun student disitu bebas berpakaian asalkan tidak terlalu terdedah. “Syaz,kenapa kau tak layan je diorang tu?”. Soal Lily. “Erm malas lah, diorang nak mengusik je tu, lagi pun nanti Shamil nampak merajuk pulak dia”. Jawab Syazana. “Amboi tak habis-habis dengan Shamil je”. Lily bosan.
“Shamil, Jom la balik Syaz rasa dah lewat petang ni”. Pinta Syaz lembut. “Ala nanti la sayang, kata nak tengok matahari terbenam dekat pantai ni?”. Shamil memujuk. Syazana kerisauan tentu mama dan papanya bimbang akan nya sekarang. “Syaz, Syaz sayang Shamil tak?”. Shamil bertanya kepastian, Syazana hanya tersenyum. “Kenapa diam? Syaz tak sayang Shamil ye, takpelah sape la Shamil ni kan pada Syaz”. Shamil merajuk dia terasa sedikit kecewa kerana Syazana hanya mendiamkan diri. “Shamil merajuk ke? Jangan la merajuk, Kalau Syaz tak sayang Shamil takkan Syaz nak duduk disini lama-lama dengan Shamil?”. Syazana memujuk. “Syazana, I Love You, Shamil takkan biar sape-sape rampas Syaz dari Shamil, hanya maut yang boleh memisahkan kita”. Shamil gembira di gengam tangan Syazana erat dan di ciumnya tangan Syazana.
“Syazana, pergi mana ni sayang? Puas mama dan papa tunggu?”. Kata mama Syazana kerisauan. “Jangan la marah, kalau mama dan papa marah berdosa tau”. Kata Syazana memujuk, papa dan mama nya tidak menjadi marah semamangnya Syazana pandai mengambil hati mereka berdua. “Syaz, ni papa beli sesuatu, try buka mesti Syaz suka”. Kata papa Syazana. Syazana membuka dan terdapat dairi berwarna pink, dan dairi itu sangat unik kerana hanya dengan menyebut password baru dairi itu akan terbuka. Syazana meletak password dairi itu atas namanya sendiri Syazana. “Erm papa satu je ke?” Soal Syazana seakan merajuk, papa Syazana tersenyum. “Papa dah agak, kalau benda ni istimewa mesti nak kasi pada seseorang satu lagikan?” Papa Syazana cukup memahami Syazana, kerana sememangnya sikap Syazana begitu kalau sesuatu benda yang dibelinya itu unik dan payah dijumpai semestinya dia inginkan satu lagi dan terpulang kepada Syazana hendak berikan kepada sesiapa sahaja”.
------------------------------------------
Myda terhenti lamunan membaca dairi itu apabila azan magbrib berkumandang, dia membelek dairi itu, ‘Kenapa Shamil tidak pernah cerita pada aku? Dan Lily pon sama hmm…Mesti Shamil dan Lily tahu ke mana Syazana menghilang, tapi dairi ni ada dua pada siapa Syazana beri dairi satu lagi?’. Myda bermonolog segera dia ke ruang tamu mendapatkan mamanya. Myda berlari terburu-buru menuruni anak tangan bungalow itu. “Ma, ni la kawan Myda cakap hari itu”. Myda menunjukkan risalah itu kepada mamanya. Pn.Norli memandang Myda tidak berkata apa-apa dalam hati terasa ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. “Kita tunggu papa dan Pak Din balik dulu ye sayang?” Pujuk Pn.Norli lembut.
“Pak Din, Mak Moon, Awak berdua orang lama di kawasan ini, mesti Pak Din kenal kan kepada gadis ini”. En.Zali menunjukkan risalah yang memaparkan gambar kehilangan Syazana kepada Pak Din dan Mak Moon. Pak Din mengangguk. “Sebenarnya tuan, Syazana ini anak kepada pemilik rumah yang tuan tinggal sekarang ini”. Pak Din memulakan cerita, dan semestinya En. Zali dan Pn.Norli terkejut mendengar kenyataan itu tetapi tidak pada Myda. “Syazana ini kalau tak silap saya usia dia dalam sebaya dengan Myda, kami semua tidak tahu kemana perginya Syazana, sebab seingat saya selepas ibu dan bapa Syazana ni pulang dari overseas memang didapati Syazana sudah tidak ada, di kolej pon tiada, mereka fikir Syazana melarikan diri, tetapi saban hari berita kehilangan Syazana di lupakan sebab pihak polis buntu kemana menghilangnya Syazana”. Terang Pak Din panjang lebar. “Habis ibu bapa Syazana sekarang dimana?” Tanya En. Zali. “Selepas kehilangan Syazana, ibu Syazana jatuh sakit sebab dia selalu mimpikan Syazana meminta tolong sepeti dalam kesusahan katanya, dan disebabkan itu ibu Syazana jatuh sakit kemudian meninggal. Papa Syazana iaitu Dato Safuan disebabkan terlalu bersedih dengan pemergian arwah isterinya dan kehilangan Syazana telah menjual rumah ini dan sekarang saya sendiri tidak tahu kemana Dato Safuan tinggal”. Terang Pak Din lagi. “Satu lagi tuan, dengar cerita orang dekat-dekat sini sebab utama Dato Safuan berpindah sebab dia sering di ganggu mimpi-mimpi ngeri Syazana dan kadang-kadang ternampak bayang Syazana dalam rumah ni”. Cerita Mak Moon tanpa sebarang selindung. Pn. Norli dan En.Zali mula berasa seram-seram sejuk tetapi tidak pada Myda, sepanjang malam itu dia hanya berdiam diri, panggilan Pn.Norli dan En.Zali tidak di endahkan. Myda hanya mendiamkan diri.
“Kau diam, aku tak kacau kau, hahahahahaha”. Myda menempik tok imam itu sambil ketawa mengilai. Kaki dan tangan nya sudah dipegang erat oleh En.Zali dan Pakdin. “Sapa kau? Apa kau mahu dari gadis ini?”. Tanya Pak imam itu. Sejak dari kolej lagi perlakuan Myda aneh, dia berpakaian berwarna pink, rambutnya di sisir seakan seorang yang pernah rakan sekolejnya kenali, walhal Myda bukan gadis sebegitu. Pn.Norli terkejut apabila Shamil datang memberitahu Myda meracau dan mencekik Lily yang diajaknya ke tandas kolej, mujur ada student lain sampai di tandas itu tepat pada masanya. “Aku mahu papa aku…Dato Safuan….Dato Safuannnnnn”. Myda menjerit suaranya garau. “Kau siapa?”. Soal Tok Imam tu lagi. “Aku? Hahahahahahahahahaha aku mahu hidup kembali………..hahahahahahaaha”. Myda ketawa. “Aku tanya kau sapa? Satu tamparan dan air khursi hinggap di pipi Myda. Myda menjerit kesakitan. Kemudian menangis dan ketawa. “hahahahaha….aku Syazanaaaaaaa”. Suara Myda garau menyebut nama Syazana. Tok Imam beristifar panjang. “Aku nak kau keluar dari dia, dia tak berdosa pada kau, keluar lah”. Kata tok imam itu, Roh Syazana berkeras tidak mahu keluar akhirnya tok imam terpaksa mengunakan cara kekerasan untuk menghalaunya. Myda tersedar dan badannya lemah, dia tidak mengingat apa-apa, seingatnya malam itu papa dan mamanya berjumpa dengan Pakdin dan Mak Moon kemudian dia ternampak Syazana berbaju blouse pink lusuh dan tercarik merenung tajam kearahnya seperti sedang marah kepadanya.
Lily melarikan diri apabila ternampak Myda. Dia ketakutan akibat Myda mencekik nya tempoh hari di toilet. Myda perasan akan kelainan Lily, dia kemudian mengejar Lily. “Lily, tunggu, Saya nak minta maaf pasal hari itu, Saya tak sedar”. Myda mengharap Lily memaafkannya. “Betul, awak tak ingat apa-apa?” Soal Lily ketakutan, Myda mengangguk. “Erm saya nak tanya sikit, Syazana ni sapa? Lily kenal Syazana?”. Soal Myda, Lily terkejut. “Sebenarnya Syazana ni sahabat saya”. Jawab Lily ringkas. “Sahabat?” Myda terkejut. “Kalau sahabat tentu Lily tahu Syazana kemana?”. Soal Myda. “Saya tak tahu, maaf saya ada hal nanti kita cakap lagi”. Lily berlalu pergi. Myda hanya memerhati. “Syazana….”. Myda mengalih terdengar seseorang memanggil Syazana. “Shamil? Ni Myda bukan Syazana”. Kata Myda terkejut dan kehairanan. “Maaf, Shamil ingat Myda, Syazana disebabkan kejadian hari itu”. Shamil hampa. “Shamil memang cintakan Syazana ke? Kalau Shamil cintakan Syazana mesti Shamil tahu kemana Syazana pergi?”. Soal Myda bertubi-tubi. “Shamil memamg kekasih Syazana dan cintakan dia, tetapi Shamil sendiri buntu kemana Syazana menghilang. Kali terakhir kami berjumpa waktu itu, Shamil ke rumah Syazana papa dan mamanya tiada ke out station dan petang itu kami bertengkar”. Cerita Shamil seakan hilang sabar dengan Myda yang menyoal seperti menyalahkannya diatas kehilangan Syazana. “Bertengkar?”. Myda menyoal lagi. “Ya kami bertengkar kerana Shamil rasa Syazana curang kepada Shamil, tetapi Syazana tidak mahu beritahu siapa orang itu”. Shamil sedih bercampur geram. “Baju terakhir Syazana pakai masa hari awak jumpa Syazana?” Soal Myda lagi. “Seingat saya baju blouse berwarna pink”. Jawab Shamil dan Myda terkejut dia tergamam.
Malam itu suasana suram menyelebungi bungalow itu. Pn.Norli memeluk erat Myda, mereka ketakutan, En.Zali diam membisu dan mengawasi keadaan sekeliling rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi bising dari arah dapur dan terdengar air melimpah dari dalam bilik air berdekatan dapur. Myda menekap mukanya ke dada Pn.Norli ketakutan. En.Zali memberanikan diri melihat keadaan di dapur. “Abang,jangan pergi”. Pinta Pn.Norli. “Awak dengan Myda tunggu disini, jangan pergi kemana-mana walau apa pun yang terjadi”. Pesan En.Zali. En.Zali ke dapur dan membaca ayat-ayat suci al-quran memberanikan diri nya. Dia melihat tiada apa yang berselerak seperti di dengarinya tadi. Dia ke bilik air dan melihat air yang keluar dari pili paip. En.Zali beristifar panjang, air yang mengalir itu bukan lah air biasa tetapi darah yang melimpah-ruah. Dia segera ke ruang tamu mendapatkan ister dan anaknya. “Ada apa abang?”. Soal Pn.Norli. “Tiada apa-apa”. En.Zali berbohong tiba-tiba Pn.Norli menjerit, dia terlihat Syazana merenung kearahnya dengan kaki nya keatas melekat di ceiling dan kepalanya kebawah, ini kali pertama dia melihat Syazana. “Apa kau mahu? Cakap aku akan tolong”. En.Zali memberanikan diri. “Cari Dato Safuan papa aku kemari”. Kata Syazana dengan suara yang garau dan garang, kemudian dia hilang, Myda sejak dari tadi hanya memejamkan mata dia tidak berani lagi seperti selalu.
Tidur Myda tidak lagi nyenyak dan indah sebalinya bermimpikan Syazana. “Syaz, please terima la Remy, remy sukakan Syaz”. Pinta Remy rakan sekolej dengan Syazana. “Remy apa ni please lepaskan tangan Syaz”. Syazana menarik tangan nya dari dipegang Remy dia tidak suka. “Syaz, apa kurangnya Remy berbanding Shamil?”. Soal Remy kasar, Syazana sudah mulai takut dengan Remy. “Remy tenang ok, jangan buat Syaz macam ni, sakit”. Syazana merayu tangannya sakit di cengkam kuat oleh Remy seakan mengila itu. “Remy tak kira, kalau Syaz tak mahu terima Remy, Remy akan pastikan Syaz menjadi milik Remy hari ini juga!”. Remy mula mengasari Syazana, dia memeluk Syazana, bibirnya mencium kasar bibir merah Syazana,. Syazana merayu dan menangis, dia cuba melepaskan diri dari pelukkan Remy, baju blousenya direntap kasar Remy, terdedah dada Syazana yang putih bersih itu, Syazana lemah dan tidak berdaya lagi dia membiarkan remy meratah tubuhnya rakus. Myda terjaga dari tidur. Pn.Norli yang tidak dapat tidur nyenyak terkejut dengan Myda yang terkejut dari mimpi itu. “Kenapa ni sayang?”. Soal Pn.Norli. “Myda mimpikan Syazana bergaduh dengan seseorang nama dia ermm haa Remy”. Jawab Myda. “Sayang tu cuma mimpi ok, tidur esok kita nak ke Kuala Lumpur”. Pn.Norli memujuk.
“Pak Din pasti ke ni alamat dia?”. Soal En.Zali. “Saya yakin tuan, alamat ini saya dapat dari rakan business Dato Safuan. Mereka tiba di hadapan bungalow mewah di Titi Wangsa. “Cuba Pak Din bertanyakan guard rumah ini”. Pinta En.Zali, Pak Din mengangguk. Mereka kini sudah berada di dalam bungalow itu. Sudah sejam lebih mereka menunggu, Myda memandang sekeliling rumah itu, tiada satu pun gambar Syazana. Kemudian terdengar bunyi kereta juagar memasuki bungalow itu. “Assalamualaikum Dato”. En.Zali member salam setelah Dato Safuan memasuki ruang tamu bungalownya, dan Dato Safuan menyambutnya dengan mesra. Myda memerhatikan lelaki tua itu, usianya seakan sebaya dengan papanya, cuma bezanya papanya masih kuat berjalan tetapi lelaki itu memakai kerusi roda dan ada seorang wanita dalam lingkungan 40-an mendampinginya.
Dato Safuan: Perkenalkan ini isteri saya, Datin Sopee, boleh saya tahu hajat Encik datang kemari?
En.Zali: Sebenarnya Dato’ ini berkaitan dengan anak Dato’ iaitu Syazana.
Dato Safuan: “Syazana? Kamu dah jumpa Syazana?” Dato’ Safuan terkejut.
En.Zali: “Ya, saya ada jumpa dengan Syazana”.
Dato Safuan: “Dia dimana? Puas saya mencari”. Dato’ Safuan gembira.
En.Zali: “Maaf Dato’ kalau apa yang saya katakan ini buatkan Dato sedih dan berkemungkinan tidak percaya”. Dato’ Safuan mulai kehairanan. “Sebenarnya anak Dato’ sudah meninggal dunia tetapi kami tak tahu kemana mayatnya”.
Dato’ Safuan: Mustahil macam mana kamu tahu dia sudah meninggal?
En.Zali: Anak Dato’ Selalu menghantui kami sekeluarga sejak kami berpindah ke bungalow yang dato duduk dahulu di Pantai Pulau Berlian, dan kami kemari ini pon atas permintaan anak Dato, memang tidak masuk akal tetapi ini lah realitinya dato’. mungkin dia hendak Dato’ tahu dia sudah tiada dan banyak-banyak lah mendoakan kesejahteraan rohnya.
Dato Safuan mengangguk dan bersedih dengan pemergian anak kesayangannya itu. En,Zali menanyakan kepada Dato Safuan kenapa dia boleh lumpuh, Dato Safuan menyatakan kakinya lumpuh selepas jatuh dari tangga bungalownya itu dan bukan disebabkan terlalu rindukan Syazana, dan kerana itu lah dia tidak lagi dapat mencari Syazana.
Myda ke kolej dan mencari lelaki yang bernama Remy, dia sudah membaca dairi Syazana, memang mimpinya itu merupakan satu pertanda bagi penunjuk Syazana yang Remy memang wujud dan bukan sekadar mimpi biasa. “Myda, kenapa tergesa-gesa ni?”. Soal Shamil. “Saya nak tanya awak, awak kenal tak sapa-sapa di kolej ni nama Remy”.
Shamil: Erm saya tak pasti sebenarnya, kenapa?
Myda: tak, saya baca dalam dairi Syazana dia kenal lelaki ni.
Shamil: betul ke? Jadi dia la lelaki yang saya nak tahu sape itu.
Myda: Kita cari sama-sama ok.
---------------------------------------------
“Aku nak tahu,apa hubungan kau dengan Syazana dulu!?” Shamil geram. “Hoi sapa Syazana? Aku tak kenal”. Jawab Remy marah. “Please awak, saya tahu awak kenal Syazana, semuanya ada dalam dairi ni!”. Giliran Myda bersuara sambil menunjuk dairi Syazana. “Kau tak faham bahasa ka aku kata aku tak kenal Syazana dan dairi ni pon aku tak penah tengok!”. Remy semakin panas. Shamil seakan mahu sahaja menumbuk muka Remy. “baik, kalau awak tak mahu mengaku, saya akan serahkan dairi ini kepada polis”. Myda mengertak. Remy terdiam, dia gelabah lalu melarikan diri, Shamil mahu mengejarnya tetapi dihalang Myda.
Seperti biasa kesunyian malam di bungalow itu dapat dirasai En.Zali sekeluarga kerana Pak Din dan Mak Moon hanya bekerja pada siang hari sahaja. Entah apa yang akan berlaku malam ini mereka tidak tahu kerana setiap malam mahupun siang sering diganggu oleh Syazana. Myda ketakutan dia duduk rapat dengan Pn.Norli dan En.Zali. Tiba-tiba lampu rumah mereka terpadam dan kemudian menyala kembali berlaku berulang-ulang kali. “Apa yang kau mahu kan lagi? aku dah buat apa yang kau suruh”. En.Zali bersuara dan berbekalkan keimanan yang tinggi En.Zali memberanikan diri kerana mereka adalah sama makhluk Allah. Terdengar hilaian suara kemudian asap berkepul-kepul keluar dari atas ceiling bungalow itu. Myda dan Pn.Norli mengikut rapat En.Zali, asap itu kemudianya bertukar menjadi bau yang busuk, En.Zali, Pn.Norli dan Myda tidak tahan dengan bau itu mereka menahannya kemudian En.Zali mencari bau busuk itu datang dari arah mana. Pn.Norli dan Myda mengikut En.Zali, mereka ke atas dan memasuki bilik tidur Myda, asap itu berkumpul di ceiling kemudian En.Zali mengambil tangga dan membuka ceiling itu, dia melihat di atas bumbung itu ternampak kain selimut pink yang lusuh didalamnya terdapat isi. “Norli, Myda hubungi polis sekarang juga”. Arah En.Zali. Setengah jam selepas itu pihak polis datang, didalam kain pink lusuh itu terdapat rangka dan tulang manusia. “Terima Kasih atas kerjasama En.Zali, kami akan bawa rangka dan tulang ni ke unit forensic untuk di bedah siasat dan kami percaya ini adalah rangka Syazana yang hilang 4 tahun lalu dan usaha untuk menjejaki penjenayah yang sebenarnya akan kami jejaki”. Kata Inspector polis itu. “Tuan Inspector sekejap”. Myda bersuara dia mengambil dairi Syazana. “Mungkin ini dapat membantu tuan menjalankan siasatan siapa yang bertanggungjawab keatas pembunuhan ini”. Myda menyerahkan diari itu kepada polis itu. “Cara nak buka dairi ini tuan perlu sebut SYAZANA, dan dia akan terbuka”. Terang Mdya. Selepas itu En.Zali menghubungi Dato’ Safuan mengenai kejadian itu dan selepas seminggu rangka Syazana selamat di kebumikan secara islam.
“Hmm, lawa juga kan rumah awak ni Lily”. Puji Myda. “Ala tak la lawa macam rumah awak kan”. Lily memuji kembali. “Mak Pak awak tiada dirumah ke?” Soal Myda, “Diaorang takde selalu je keluar dengan adik-adik saya dan tinggal saya seorang diri”. Terang Lily, Myda mengangguk faham. “Hmm saya tak sangka kan rupanya yang membunuh Syazana adalah Remy, sampai hati dia buat macam tu”. Lily bersimpati kepada Syazana. “Hmm tue la saya macam tak percaya dia yang lakukannya”. Kata Myda mengiakannya. Selepas di soal siasat Remy di tahan reman atas tuduhan melakukan pembunuhan keatas Syazana. “Tu la kemudian sanggup pula dia rogol Syazana”. Kata Lily. Myda kehairanan macam mana Lily tahu Remy merogol Syazana pada hal dia tidak pernah cerita hal ini kepada sesiapa. “Err macam mana awak tahu Syazana di rogol oleh Remy?” Soal Myda. “Err bukan sudah heboh di kolej ke? Eh awak lapar atau dahaga tak? Saya pergi ambil ok?”. Lily menukar topic. “Erm boleh jugak”. Jawab Myda. Sambil menunggu Lily, Myda membelek majalah-majalah lama kepunyaan Lily, sehingga dia terjumpa sebuah dari seakan dengan dairi Syazana. Myda teringat dalam dairi Syazana ada menyatakan dia memberi satu lagi dairi itu kepada seseorang jadi Lily lah orangnya. Gerak hati Myda terasa hendak membaca isi dairi itu, dia memerhati Lily risau kalau Lily datang dan membuka dairi itu dengan menyebut nama LILY dan dairi itu terbuka. Dalam dairi itu tertulis “LILY LOVE SHAMIL”. Myda terkejut. ‘Shamil?’. Myda membaca isi dairi itu sehinggalah matanya tertumpu pada satu muka surat seakan ada tompokan darah. ‘Hari ini aku puas perempuan itu dah mati ditangan aku, padan muka dia kena rogol dan sekarang aku boleh dapatkan Shamil’. Myda tergamam. “Apa yang kau buat tu?”. Myda terkejut dairi Lily terjatuh. “Awak Lily?”. Soal Myda. “Ya aku, kenapa tak percaya?” Jawab Lily selamber. “Tapi kenapa, awak kan kawan baik dia?” Myda masih lagi terkejut. “Disebabkan kawan baik la aku bunuh dia, semua dia ada aku tak ada, sehingga Shamil pun dia hendak rampas dari aku! Yang Remy hendak kan dia, dia tidak mahu!”. Marah Lily. “Tapi, Syazana tidak merampas Shamil dari siapa-siapa”. Myda menceritakan hal yang sebenarnya. “Tak rampas? Asalnya aku kenal dengan Shamil dulu kemudian dia saje datang buat ayu mengoda Shamil dengan wajahnya yang cantik itu, bukan dia tidak tahu aku suka kan Shamil!”. Lily seperti orang gila. “Kemudian aku dapat peluang, yang Remy tergila-gilakan Syazana dan aku yang ceritakan kepada Shamil, aku kata kan Syazana curang. Petang itu, Shamil datang kerumah Syazana mereka bergaduh. Aku gembira dan kemudian aku memanggil Remy suruh dia datang kerumah Syazana kerana ibubapa Syazana tak ada. Aku lihat sendiri Remy rogol Syazana dan aku puas, kemudian setelah Remy pergi aku pergi berjumpa Syazana”. Lily menceritakan dengan rasa puas. Dia teringatkan saat dia membunuh Syazana dia ketawa. “Lily, tolong Syaz, Syaz sakit, tolong hubungi polis”. Syazana kesakitan dan tidak berdaya setelah diperkosa Remy. “Tolong? Kenapa mesti aku tolong?”. Lily seronok melihat Syazana merayu kepada nya. “Lily kenapa ni?”. Syazana lemah. “Aku rasa kau ni layak mati sahaja, kau rampas Shamil dari aku sekarang cara ini saja yang dapat buat kau dan Shamil tidak akan bersama”. Lily menikam Syazana dengan pisau bertubi-tubi, darah Syazana memancut-mancut keluar, Syazana tidak berdaya lagi, perlahan-lahan matanya terpejam. “Kau!! Lily!!” Marah Myda dia tidak menyangka Lily sanggup melakukan pembunuhan itu semata-mata seorang lelaki. “hahahaha, aku apa? Kemudian selepas membunuh Syazana mayatnya aku bungkus dengan kain selimut kemudian aku rasa ceiling itu tempat paling baik untuk tiada siapa-siapa mengetahui kemana Syazana, dengan kekuatan yang ada aku mengangkat mayat Syazana keatas dan nasib aku baik kerana tiada siapa-siapa mengesyaki, darah Syazana aku lap sehingga tiada kesan Syazana dibunuh tetapi aku buat-buat cerita dia menghilangkan diri”. Lily gembira dan dalam hatinya puas. “u ‘re mentally sick!”. Myda marah. “Yes I’m. dan di sebabkan kau dah tahu rahsia aku, jadi kau juga akan dibunuh seperti Syazana”. Lily memegang pisau dan siap sedia hendak menikam Myda tetapi dapat di elak Myda. Myda menendang pisau di tangan Lily dan pisau itu terpelanting ke pintu, Lily berlari hendak mengambil tetapi tiba-tiba dia ternampak Syazana berdiri di depan pisau itu dengan mata merenung tajam kearahnya dan seakan ingin membalas dendam, Syazana terbang menghampiri Lily. Myda menjerit melihat Syazana, dan dia berlari keluar dan dalam pada masa yang sama pihak polis sampai dan menyerbu masuk kedalam di lihat Lily jatuh pengsan. Setelah disoal siasat Remy didapati tidak bersalah membunuh Syazana tetapi didakwa atas merogol Syazana dan kedua-dua mereka di tahan polis.
“Myda, dah bersiap sedia nak balik ke bandar Metropolises?”. Soal Pn. Norli. “Myda mengungguk dan dia mengucapkan selamat tinggal kepada Shamil. “Semoga berjumpa lagi, hati-hati tau”. Myda menjerit kepada Shamil. Shamil melambai. “Lega rasanya mama papa boleh balik ke Metropolises semula. Erm lepas ni papa dan mama nak cari ketenangan di sini lagi tak?” Myda memerli dan mereka ketawa.
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^