Friday, January 29, 2010
You Are My Sunshine
I dreamed I held you in my arms
When I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and cried
You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know, dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away
I'll always love you and make you happy
If you will only say the same
But if you leave me to love another
You'll regret it all someday
You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know, dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away
You told me once, dear, you really loved me
And no one else could come between.
But now you've left me and love another,
You have shattered all my dreams.
You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You'll never know, dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away.
WARKAH BUAT IBU
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
(Oh ibu…setitis airmata mu umpama dosa ku terhadapmu…ampun kan ku ibu, walupun aku tak mengerti maksud airmata yg mengalir itu)
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
(Ibu..aku mohon ampun dan maaf diatas apa yg aku lakukan… meskin pun aku tak tahu apa yang tersirat dihatimu…apakah ada tercalar hatimu kerana salah laku ku? )
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
(Aku hanya merasai kesalahan apa yg dilakukan..tapi aku tak mampu mengolah perasaan mu wahai ibu ku…)
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
(Ibu, kau membesarkan aku dengan kasih sayang…tapi aku salah ertikan kasih sayang mu… kau korbankan usia muda mu untuk membesarkan ku… Ya Allah berdosa nya aku terhadapmu setelah usia dewasaku.. kasih yg kau harapkan tapi kekasaran yang kau dapat…ampun kan aku ibu..)
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
(Ibu mulia nya hatimu kerana kau ibu ku… walau apa yang ku lakukan kau tetap menganggap ku anak mu… kerana ikatan antara kita tak akan putus…walau apa yang aku lakukan…)
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu
(Duhai ibu… ketahuilah…aku sayang pada mu setelah apa yang kau berikan… tak terniat dibibirku untuk melukai hatimu… kerana aku tahu airmata yg mengalir dari pipi mu adalah dosa ku terhadapmu…Ampun kan aku duhai ibu ku…)
RAHSIA DAIRI
“Myda, kenapa ni diam je mama tengok?”. Soal Pn. Norli, mama kepada Myda. Myda masih mendiamkan diri. Giliran papa Myda bersuara, “Myda tidur dulu ye, tak lama lagi kita sampai rumah baru kita, mesti Myda suka”. En. Zali lembut bertutur. Myda masih mendiamkan diri merajuk, keputusan papa dan mama nya yang hendak berpindah ke rumah baru di kawasan perkampungan pantai tidak di setujuinya. Dua minggu lalu papa dan mama nya tiba-tiba membuat keputusan untuk beralih angin untuk tinggal di kampung kerana mahu kan ketenangan di usia 55 tahun itu. “Kenapa perlu berpindah Ma, Pa? Myda dah suka tinggal disini, Myda ramai kawan kat sini, lagi pon sana kampong, Myda dah 19 tahun membesar kat bandar nie. Myda tak mahu pindah!”. Myda merajuk, Papa nya memujuk. “Myda, jangan macam nie, Papa dah beli bungalow kat sana, lagi pun rumah tu lawa tau tepi pantai”. Mama pula menyambung “Lagi pon papa dah dapat tanah untuk buat projek resort kat sana”. Myda membantah, “Kalau mama dan papa nak pindah, ma dan pa je pindah, Myda tak nak!”. Terus Myda lari masuk ke bilik mengurungkan diri dan mendiamkan diri sehingga ke hari ini. “Myda, bangun sayang, kita dah sampai rumah baru ni”. Myda mengosokkan matanya, kepalanya seakan berat mungkin kerana tidur terlalu lama di dalam kereta dan masa yang di ambil dari bandar Metropolises menuju ke Pantai Pulau Berlian, mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Kedatangan mereka di sambut oleh Mak Moon dan Pak Din penjaga bungalow yang di upah papanya selepas membeli bungalow itu. “Semua dah bersih ke Mak moon, Pak din?”. Soal En.Zali kepada dua orang tua itu. Mereka menjawab semua sudah siap dan dibersih seperti yang di arahkan. Myda memerhati kawasan bungalow itu, memang cantik kerana terdapat rumput import di laman isitirehat dan di hiasi dengan pelbagai bunga terutamanya bunga roses. Bungalow itu betul-betul mengadap pantai dan jarak bungalow dengan bungalow yang lain agak jauh, masing-masing mahukan privacy. Perabot didalam di tutupi oleh kain berwarna pink lembut. Myda berasa hairan ‘kenapa berwarna pink? Selalu bukan warna putih ke?, hmm mahukan kelainan kot’. Myda bermonolog sendiri, sejak dari tadi dia diam membisu pertanyaan mama dan papanya sedikit tidak diendahkan. “Cik Myda, ni bilik cik Myda”. Kata Mak Moon pembantu rumah itu. Myda hanya mengangguk, Mak Moon berlalu pergi. Tiba-tiba “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” Myda menjerit, Pn Norli dan En.Zali sejak dari tadi asyik memerhati bilik tidur utama mereka, segera berlari ke bilik Myda. “Kenapa ni sayang?”. Pn.Norli memeluk Myda. “tue haaa atas tu”. Kata Myda menekap muka ke dada mamanya sambil menunjuk keatas meja solek. En.Zali melihat meja solek itu, “Laa…ingatkan apa, lipas rupanya”. En.Zali dan Pn.Norli ketawa. Myda terkejut sejak dari tadi dia asyik membelek alat solek dan perhiasan di atas meje solek itu sehingga jarinya tersentuh bangkai lipas itu. “Mama, Myda tak mahu cadar ni warna pink, Myda nak cadar warna purple, kain langsir pon”. Myda mengarah. En.Zali mengarahkan Mak Moon menukarnya esok.
Sudah seminggu Myda berpindah ke bungalow mewah itu, tetapi seorang rakan tidak di kenalinya, matanya menatap pantai yang terbentang indah dari jendela bilik tidurnya. Myda banyak menghabiskan masanya di dalam bilik, bilik tidurnya di hias mengikut kehendaknya, cadar dan langsir di tukar kewarna purple lembut berkain satin dan dinding biliknya di cat warna putih dan ada belt purple bercorak floral menghiasi dinding itu. Picture besar Myda bersaiz besar di letak di atas kepala katilnya. Di atas katil nya tersusun bermacam-macam bear dan beralaskan comfort yang cukup membuatkan tidur seseorang itu nyenyak. Myda memerhati bilik itu, ada satu peti besi besar dihiasi permata palsu berwarna pink disudut pintu bilik mandinya. Peti itu berkunci tetapi kuncinya tiada entah hilang kemana. Myda pernah mengarahkan papanya untuk keluarkan peti itu dari biliknya tetapi saat-saat akhir dia membatalkan kerana terasa tertarik mahu mengetahui isi peti itu. Mata Myda beralih ke pantai itu, tiba-tiba sahaja ada seorang gadis berambut panjang dan baju pink tersenyum kearahnya, jauh tetapi dapat diamati Myda gadis itu tersenyum kepadanya. Gadis itu berpusing menghadap pantai, dia berjalan perlahan-lahan kearah pantai, kakinya mencecah ke sisir pantai makin lama makin jauh, Myda memekik dari jauh, “heyyyy heyyyyyy!!!!!!”. Myda segera berlari untuk ke pantai, Pn.Norli yang sedang berehat di laman sambil meminum kopi juadah petang terkejut melihat Myda berlari seperti orang gila ke pantai, panggilannya tidak dihiraukan Myda. ‘Aku mesti selamatkan dia, hendak bunuh diri kah?gila’. Myda termengah-mengah memasuki air laut itu, mujur dia pandai berenang tetapi dia hampa hanya kain buruk berwarna pink lusuh dijumpainya. Myda kehairanan kemana gadis itu pergi. Setibanya ke tepi pantai mama dan papa memeluknya. “Myda kenapa buat macam tu? Risau papa dan mama tau!”. Marah En.Zali. Sejak dari tadi dia memancing di titi dekat pantai itu tiba-tiba dia melihat Myda berenang ke dalam air laut itu. “Myda nampak tadi, Myda nampak….”. Nafas Myda tersekat-sekat penat dengan terkejut. “Myda nampak apa sayang?”. Soal En.Zali. “Myda nampak ada budak perempuan nak bunuh diri, dia pakai baju warna pink”. Myda seraya menunjuk kain pink yang dia jumpai. “Ishkk mana ada perempuan, sejak dari tadi papa kat sini satu bayang perempuan takdak, khayalan Myda ja kot”. En.Zali menenangkan Myda. “Dah jom masuk mandi dah dekat senja nie, kemudian kita jemaah maghrib sama-sama”. Kata Pn.Norli kerisauan.
Myda mendaftarkan dirinya di Kolej Tinggi Pulau Berlian, dia memerhatikan keadaan kolej itu kelihatan seperti sudah lama di dirikan, lihat sahaja bangunannya seperti bangunan lama di zaman penjajahan, banyak pokok besar di tepi pagar kolej tidak di urus dengan baik dan kawasan tepi sehingga kebelakang kolej ini dekat dengan kawasan pantai. ‘Semua dekat dengan pantai, mau datang tsunami baru berakai, ishkk mulut! Mintak simpang’. Myda bermonolog seorang diri. “Hai, saya Lily, awak student baru sini ke?” Sapa rakan sekelas dengan Myda. “Ya, Saya Myda”. Jawab Myda ringkas seakan tidak gembira sambung belajar di sana. “Awak dulu asal mana ye?” Soal Lily. “Saya, dari Town Metropolises, ni kali pertama saya datang ke kawasan macam ni”. Jawab Myda bosan. “Owh, saya memang membesar disini, mula-mula datang memang tak best tapi nanti lama-lama awak biasa la”. Terang Lily, dia menyambung “Awak tinggal di mana ye?” Soal Lily. “Saya tinggal di Bungalow putih yang dekat tepi pantai tu. Depan laman dia ada banyak bunga rose tu”. Terang Myda. “Awak tinggal disitu?” Soal Lily terkejut. “Ye, kenapa awak terkejut?”. Soal Myda kehairanan. “Err takde pape, jom kita ke Cape”. Lily mengajak. “Cape?”. Myda pelik. “Opss sorry I meant Café, sini orang panggil Cape”. Terang Lily. Kelas Myda berada di tingkat 2 kolej itu, dan sepanjang perjalanan Myda menuju ke cafeteria ramai student bersidai di koridor dan ada yang berdating di tangga, terdengar suara-suara sumbang mengacau Myda, sudah menjadi kebiasaan student baru di ganggu sebegitu tambahan pula wajah Myda yang cute dan berambut panjang lurus seperti mendapatkan rawatan stim. “Sambil Myda menjamah sarapan pagi di cafeteria, matanya memerhati ke luar pagar yang memisahkan kawasan kolej dengan pantai, Myda ternampak kelibat seorang gadis berbaju pink merenung kearahnya sambil tersenyum. ‘Eh, tue gadis hari itu, apa dia buat disini?’ Myda bermonolog seorang diri. Gadis itu berjalan perlahan-lahan sambil memerhati Myda kemudian terlindung dengan pohon yang besar itu, Myda menunggu bayang-bayang gadis itu keluar dari pohon itu tetapi terus hilang. “Hey, tengok apa tue asyik sangat?”. Tegur Lily. “Tak,tadi saya nampak ada gadis berbaju pink kat luar pagar tu”. Kata Myda sambil menunding jari kearah pagar itu. “Perempuan baju pink? Ishkk merepek la awak ni, mana ada sapa-sapa kat situ, khayalan awak je kot”. Lily kehairanan, segera bulu romanya meremang tetapi di kawal perasaannya.
Myda menunggu pemandu papanya Pak Din datang menjemput. ‘Kenapa lambat sangat Pak Din ni?’. Myda berkata dalam hati fade up. Kebanyakan student disitu, menaiki basikal ke kolej, ada yang bermotosikal dan berskuter. Dalam hati Myda merasakan kawasan itu tidak ramai orang yang berada, tak macam kolej lama nya dulu semua bermotokar besar ada yang di jemput dengan kereta mewah contohnya seperti Myda. Myda melihat Lily berbasikal berwarna pink unik melambai kepada Myda mahu pulang. ‘Hmm comelnya basikal Lily, ada bakul kecil di depan basikal, semuanya berwarna pink kat sana mana ada basikal macam ni’. Myda tertarik dalam diam dia memuji basikal Lily itu. “Hai awak, belum balik lagi?” Soal seorang student lelaki itu. Myda tersenyum dia mengamati wajah lelaki itu kacak seperti kacukan melayu dan bugis, satu kelas dengan Myda. “Erm belum, saya tunggu driver saya”. Jawab Myda ringkas. “Jom naik skuter dengan saya, saya hantar awak balik”. Jawab student itu ikhlas. Myda membuat reaksi muka pelik. “Opss sorry lupa nak kenalkan diri, nama saya Shamil”. Jawab Shamil sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. “Saya Myda, erm takpe lah driver saya dah sampai, nanti kita borak lagi k”. Myda melangkah kaki memasuki ke perut kereta Mercedes hitam itu sambil melambaikan tangan kepada Shamil.
Petang itu Myda berehat di laman rumahnya sambil menikmati air kegemaran nya itu, Hot Choco Coklet bersama karipap dan goreng pisang buatan Mak Moon. ‘Hmm my favorite ni’. Kata Myda dalam hati melihat pucuk dicita ulam mendatang. Pn Norli dan En.Zali keluar ke bandar utama Pulau Pantai Berlian itu dan tinggal Myda keseorangan dirumah ditemani Mak Moon yang sibuk di dapur. Myda membelek-belek paper hari ini sambil membaringkan kakinya ke kerusi rehat. Sedang asyik-asyik dia membelek paper itu tiba-tiba muncul gadis berbaju pink lusuh merenung dihadapannya. Myda terperanjat. “Ya Allah, awak ni terperanjat saya”. Kata Myda kepada gadis itu, gadis itu masih mendiamkan diri, rupanya pucat dan pakaiannya berbaju blouse skirt labuh paras lutut berwarna pink lusuh dan seakan tidak terurus. “Mari duduk minum sama-sama saya”. Myda ramah, gadis itu mengeleng. “Awak dari mana? hari itu saya nampak awak masuk dalam laut tu”. Myda menanyakan kepastian. “saya disini, saja saya nak main hide and seek dengan awak”. Jawab gadis itu. “Hide and seek hihihi”. Myda terketawa kecil. “Saya Myda, awak?” Sambil menghulurkan tangan bersalam. “Syazana”. Salam Myda di sambut, Myda dapat merasakan tangan gadis itu sejuk sekali. Myda terkejut segera menarik tangannya cepat terasa lain sekali bulu romanya meremang. ‘Mak aiii sejuknya tangan dia macam baru keluar dari peti ais je’. Myda berkata dalam hati. “Kejap ye Myda ambil cawan kat dapur, kita makan petang sama”. Myda bergegas masuk kedalam meminta cawan kepada Mak Moon, sambil diperhati tajam gadis itu dari belakang. Selepas Myda keluar dia melihat gadis itu sudah tiada. ‘Kemana pula budak ni, suka hilang macam tu je’. Myda kehairanan dia mencari kelibat gadis itu tetapi hampa tiada. Ponn Ponn hon kereta dibunyikan oleh Pak Din menandakan mama dan papa nya baru pulang dari bandar kecil itu. “Myda, cari apa tu sayang?” Tanya Pn.Norli lembut. “Myda cari kawan Myda tadi dia ada disini sembang-sembang dengan Myda tapi lepas Myda masuk dalam dia hilang. Pn.Norli memandang kepada Mak Moon tetapi wanita separuh umur itu menggeleng tidak tahu. Mak Moon sendiri tidak ternampak sesiapa kerana sejak dari tadi dia sibuk di dapur. “Hmm, kawan Myda tu nama apa?” Giliran En.Zali menyoal. “Syazana”. Myda memberitahu nama gadis itu segera muka Pak Din berubah, segera dia mengawal perasaannya yang terkejut tetapi dapat di lihat oleh En.Zali. “Pak Din kenal anak sapa-sapa nama Syazana kat sini?”. Pak Din menggeleng tipu.
Myda terpaksa berjalan kaki pulang hari ini selepas tamat waktu kolej, kerana Pak Din dan papanya ada hal penting mengenai projek resort di Pantai Pulau Berlian “Hai awak, hendak pulang ke? Mari saya hantar. Kata Shamil. Myda mengangguk setuju. Shamil memberhentikan skuter nya di hadapan rumah Myda, Pn.Norli sejak dari tadi menunggu kepulangan Myda. “Awak tinggal disini?” Soal Shamil terperanjat. “Ye, kenapa? Soal Myda pelik. “Err takde pape”. Jawab Shamil menyembunyikan sesuatu. “Ok I have to go, see u tomorrow”. Jawab Shamil bagi mengelakkan sesuatu. Myda tidak menghalang dia melambai tangan kepada Shamil. “Myda balik dengan siapa tu?”. Soal Pn.Norli. “Kawan”. Myda menjawab ringkas. Pn.Norli menduga, “Kawan ke pakwe”. Tiba-tiba terjatuh pasu dari atas meja, pasu itu pecah. Pn.Norli dan Myda terkejut, mereka kehairanan macam mana pasu itu boleh jatuh pada hal tiada angin mahu pun ribut. Kalau angin sekali pun mustahil dapat memukul pasu itu jatuh ke bawah pecah. Mak Moon datang mengutip kaca yg bertaburan tu. Suasana sunyi.
Malam itu Myda tidak dapat tidur, entah kenapa hatinya begitu tertarik untuk membuka peti besi itu. Peti besi itu seakan memanggil-manggil nya. Myda ke peti besi itu, dia mencari-cari disebalik peti besi itu mungkin kah terjumpa anak kunci peti besi itu, tetapi hampa. Myda mendapat idea dia teringat semasa di Kolej lama dahulu dia dan rakan-rakan pernah membuka kunci peti besi bilik pengetua dengan dawai dan jarum pin untuk mengetahui soalan peperiksaaan. ‘Hmm lubang dia agak besar, anak kunci ni mesti besar, so aku perlukan dawai yang besar, tapi….mana aku nak dapatkan dawai yg besar tu’. Myda bermonolog sendiri mencari idea, dia memerhati sekeliling biliknya kalau-kalau ada yang boleh di buat sebagai kunci, tetapi kebuntuan tiada sebarang dawai di dalam bilik itu. Myda terlelap, menarik selimut sambil memeluk bear nya. Sedang nyenyak Myda melayari tidur malam muncul seorang gadis berbaju pink muka nya pucat, kaki nya tidak menjejak lantai, matanya mengalirkan air mata darah, menitik jatuh terkena pakaian pink nya yang sudah lusuh dan kotor itu. Gadis itu merenung tajam kearah Myda yang nyenyak tidur, sekejap di tepi katil Myda, sekejap dia menghilang muncul di tepi peti besi, hilang lagi muncul di dalam cermin almari solek kemudian hilang. “Tolongggg….. tolonggg….. tolongggg akuuuu…. huhuhuhuhuhu”. Sayu. Myda termengah-mengah terjaga dari tidurnya, dia bermimpi ngeri “Syazana” Dia menyebut nama gadis tempoh hari. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi, segera Myda beristifar mengucap panjang. Dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Dalam fikiran Myda sudah mula tidak tenang, ‘Syazana, kenapa aku bermimpikan dia dan kenapa dia meminta tolong?arhhh maybe mimpi je kot. Esok pagi aku mesti cari Syazana, tapi macam mana? aku tak tahu dia di mana’. Selesai solat Myda terus mandi, bersiap-siap dan bersolek, sedang dia asyik bersolek dia ternampak seperti anak kunci mempunyai permata pink di bahagian pemegangnya berada di dalam bakul hiasan rambutnya. ‘nie mesti anak kunci peti besi tu, sebelum ni kenapa aku tak pernah nampak pon ada kunci di sini?’. Myda kehairanan segera dia ke peti besi itu, dia memasukkan anak kunci dan peti itu terbuka, Myda membuka dia melihat isi di dalam peti besi itu. ‘Wahhh banyak nya baju lawanya, tapi kenapa banyak sangat warna pink? Hmm mesti anak tuan rumah yang lama dulu suka warna pink…eee jambu’. Myda asyik menyelongkar peti besi itu, tiba-tiba dia tertatap pada satu buku berwarna pink ada corak-corak bunga rose yang menarik hatinya. ‘Apa nie? Dairi…Dairi anak tuan rumah dulu kot, memang jiwa pink hmm tak baik baca dairi orang tapi berkunci plak’. Myda mematikan niatnya untuk menyelongkar peti besi itu lagi, kerana Pn.Norli memanggilnya untuk sarapan, segera dia ke bawah menikmati juadah pagi itu.
Myda berjalan-jalan di sekitar pekan yang berhampiran dengan Pantai Pulau Berlian. Dia singgah di kedai buku dan alat tulis di situ. Myda memilih novel cinta bertajuk “Ku Seru Nama Mu” novel seram berkisahkan pembunuhan kejam dan pembunuh itu adalah kekasihnya sendiri, dan roh kekasih yang di bunuh itu bangun menuntut pembalasan kerana teraniaya. Myda begitu mengemari cerita-cerita seram dia ke kaunter untuk membuat bayaran. “Adik, boleh pakcik tanya sikit? Soal pemilik kedai yang separuh abad itu. “Erm ape dia pakcik?”. Myda hormat “Adik dengan family adik duk kat bungalow tue ke?”. Soalnya penuh ingin tahu. “Ha’ar, kenapa pakcik?”. Myda kehairanan kerana setiap kali di tanya soalan yang sama. “Erm kalau pakcik cerita adik jangan takut plak tau dan janji jangan bagitahu kepada ibubapa adik”. Myda mengangguk dalam hatinya ingin tahu. Sebenarnya bungalow yang adik duduk sekarang ni dah lama tak berpenghuni sejak 2 tahun lalu, pakcik pon dengar cakap orang je la, rumah tu dulu ada orang duduk tapi kerap kali bertukar penghuninya sejak 2 tahun lalu”. Cerita pakcik itu dengan berhati-hati, Myda mengerutkan dahinya, “Yeke pakcik? Kenapa?”. Myda mula merasakan tidak senang. “betul pakcik dengar penghuni itu kerap di ganggu setiap hari dan setiap malam”. Cerita pakcik itu. “Gangguan apa tue?” Myda ingin tahu. “Gangguan hantu”. Jawab pakcik itu seram. Muka Myda mulai pucat mendengar pakcik itu menyebut perkataan hantu. Dia tidak mahu dengar lagi terus dia berjalan pulang. Semasa dalam perjalanan pulang, dia terlihat satu risalah yang di tampalkan di satu stesyen bus, risalah itu seakan sudah lama warna nya juga sudah pudar dan sudah buruk. Myda terkejut, tertera di risalah itu MISSING! 21st June 1999. SYAZANA 16 YEARS OLD, HAVE YOU SEEN THESE GIRL??? PLEASE CALL: MR. SAFUAN AND MRS YATI AT +80116677690. ‘Sekarang sudah 2003,bermakna 4 tahun dah!’ Myda mula merasakan seram-seram sejuk segera dia berlari pulang. “Myda where have you been?” Pn.Norli marah, sejak dari pagi lagi Myda keluar dan sehingga ke pukul 2.00 Myda belum pulang, membuatkan Pn.Norli kerisauan. Myda tidak mengendahkan panggilan mamanya, segera dia ke bilik untuk membaca dairi yang dijumpainya, dalam hatinya dia mula mengesyaki sesuatu. ‘berkunci,tapi takde tempat kunci pon, macam mana nak buka?’. Myda kebuntuan, tiba-tiba terdengar suara sayu tetapi garau dari tepi telinga Myda menyebut SYAAAAZAAAANAAAA, Myda terlepas dairi itu terkejut dia berpusing memerhatikan tiada sesiapa di belakangnya dan bila dia berpaling dairi itu sudah terbuka. Myda mengambil dan tangannya mengeletar membaca dairi itu. ‘Syazana Love Shamil’. Myda membaca dairi itu, dia terkejut kerana terdapat nama Shamil dalam dairi itu. ‘Adakah Shamil yang sama?’. Myda berteka-teki dia membaca isi dairi itu.
DAIRI 1999
“Hai Syaz”. Shamil menegur Syazana. “Syaz, petang nanti kita balik sama ok?”. Shamil mengajak. “Erm Syaz nak naik skuter Shamil ke?”. Soal Syazana malu. “Yela, sayang”. Shamil bergurau, Syazana tersenyum malu mendengar Shamil membahasakan sayang pada nya. “Amboi senyum sakan kawan aku ni, ada orang mengurat la tu”. Lily mengusik. “Ehh pandai-pandai je Lily ni, takde pape lah”. Syazana mengelak. Ala cerita la aku kan kawan kau”. Lily cuba mengoret rahsia. “Takde, Shamil dia ajak balik sekali lepas rehat ni, kemudian dia panggil Syaz sayang”. Syazana malu. “Owh macam tu, erm habis petang nanti aku balik sorang je lah? Hmm nak buat macam mana, ok lah” Lily merajuk. “Hai merajuk ke? Jangan merajuk nanti Syaz belanja Lily time rehat nanti”. Syazana memujuk. “Hai pinky ladies piwittt”. Terdengar suara-suara sumbang mengacau Syazana, Lily hanya memerhati Syazana yang buat tidak tahu. Tidak dinafikan Syazana memang cantik, Lily cemburu akan Syazana kerana baginya Syazana mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang gadis pasti siapa melihatnya terpersona. Tambahan warna kegemaran Syazana adalah berwarna pink sesuai dengan sifatnya yang pemalu dan lemah lembut itu. Tambahan pula sekolah di Kolej Tinggi Pulau Berlian, system pengajiannya agak berlainan dengan Negara yang lain dimana student dari umur 15 sehingga 20 tahun akan terus masuki Kolej Tinggi, di mana pergaulan antara student dan pemakaian ke tempat belajar sangat bebas jadi Syazana mahu pun student disitu bebas berpakaian asalkan tidak terlalu terdedah. “Syaz,kenapa kau tak layan je diorang tu?”. Soal Lily. “Erm malas lah, diorang nak mengusik je tu, lagi pun nanti Shamil nampak merajuk pulak dia”. Jawab Syazana. “Amboi tak habis-habis dengan Shamil je”. Lily bosan.
“Shamil, Jom la balik Syaz rasa dah lewat petang ni”. Pinta Syaz lembut. “Ala nanti la sayang, kata nak tengok matahari terbenam dekat pantai ni?”. Shamil memujuk. Syazana kerisauan tentu mama dan papanya bimbang akan nya sekarang. “Syaz, Syaz sayang Shamil tak?”. Shamil bertanya kepastian, Syazana hanya tersenyum. “Kenapa diam? Syaz tak sayang Shamil ye, takpelah sape la Shamil ni kan pada Syaz”. Shamil merajuk dia terasa sedikit kecewa kerana Syazana hanya mendiamkan diri. “Shamil merajuk ke? Jangan la merajuk, Kalau Syaz tak sayang Shamil takkan Syaz nak duduk disini lama-lama dengan Shamil?”. Syazana memujuk. “Syazana, I Love You, Shamil takkan biar sape-sape rampas Syaz dari Shamil, hanya maut yang boleh memisahkan kita”. Shamil gembira di gengam tangan Syazana erat dan di ciumnya tangan Syazana.
“Syazana, pergi mana ni sayang? Puas mama dan papa tunggu?”. Kata mama Syazana kerisauan. “Jangan la marah, kalau mama dan papa marah berdosa tau”. Kata Syazana memujuk, papa dan mama nya tidak menjadi marah semamangnya Syazana pandai mengambil hati mereka berdua. “Syaz, ni papa beli sesuatu, try buka mesti Syaz suka”. Kata papa Syazana. Syazana membuka dan terdapat dairi berwarna pink, dan dairi itu sangat unik kerana hanya dengan menyebut password baru dairi itu akan terbuka. Syazana meletak password dairi itu atas namanya sendiri Syazana. “Erm papa satu je ke?” Soal Syazana seakan merajuk, papa Syazana tersenyum. “Papa dah agak, kalau benda ni istimewa mesti nak kasi pada seseorang satu lagikan?” Papa Syazana cukup memahami Syazana, kerana sememangnya sikap Syazana begitu kalau sesuatu benda yang dibelinya itu unik dan payah dijumpai semestinya dia inginkan satu lagi dan terpulang kepada Syazana hendak berikan kepada sesiapa sahaja”.
------------------------------------------
Myda terhenti lamunan membaca dairi itu apabila azan magbrib berkumandang, dia membelek dairi itu, ‘Kenapa Shamil tidak pernah cerita pada aku? Dan Lily pon sama hmm…Mesti Shamil dan Lily tahu ke mana Syazana menghilang, tapi dairi ni ada dua pada siapa Syazana beri dairi satu lagi?’. Myda bermonolog segera dia ke ruang tamu mendapatkan mamanya. Myda berlari terburu-buru menuruni anak tangan bungalow itu. “Ma, ni la kawan Myda cakap hari itu”. Myda menunjukkan risalah itu kepada mamanya. Pn.Norli memandang Myda tidak berkata apa-apa dalam hati terasa ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. “Kita tunggu papa dan Pak Din balik dulu ye sayang?” Pujuk Pn.Norli lembut.
“Pak Din, Mak Moon, Awak berdua orang lama di kawasan ini, mesti Pak Din kenal kan kepada gadis ini”. En.Zali menunjukkan risalah yang memaparkan gambar kehilangan Syazana kepada Pak Din dan Mak Moon. Pak Din mengangguk. “Sebenarnya tuan, Syazana ini anak kepada pemilik rumah yang tuan tinggal sekarang ini”. Pak Din memulakan cerita, dan semestinya En. Zali dan Pn.Norli terkejut mendengar kenyataan itu tetapi tidak pada Myda. “Syazana ini kalau tak silap saya usia dia dalam sebaya dengan Myda, kami semua tidak tahu kemana perginya Syazana, sebab seingat saya selepas ibu dan bapa Syazana ni pulang dari overseas memang didapati Syazana sudah tidak ada, di kolej pon tiada, mereka fikir Syazana melarikan diri, tetapi saban hari berita kehilangan Syazana di lupakan sebab pihak polis buntu kemana menghilangnya Syazana”. Terang Pak Din panjang lebar. “Habis ibu bapa Syazana sekarang dimana?” Tanya En. Zali. “Selepas kehilangan Syazana, ibu Syazana jatuh sakit sebab dia selalu mimpikan Syazana meminta tolong sepeti dalam kesusahan katanya, dan disebabkan itu ibu Syazana jatuh sakit kemudian meninggal. Papa Syazana iaitu Dato Safuan disebabkan terlalu bersedih dengan pemergian arwah isterinya dan kehilangan Syazana telah menjual rumah ini dan sekarang saya sendiri tidak tahu kemana Dato Safuan tinggal”. Terang Pak Din lagi. “Satu lagi tuan, dengar cerita orang dekat-dekat sini sebab utama Dato Safuan berpindah sebab dia sering di ganggu mimpi-mimpi ngeri Syazana dan kadang-kadang ternampak bayang Syazana dalam rumah ni”. Cerita Mak Moon tanpa sebarang selindung. Pn. Norli dan En.Zali mula berasa seram-seram sejuk tetapi tidak pada Myda, sepanjang malam itu dia hanya berdiam diri, panggilan Pn.Norli dan En.Zali tidak di endahkan. Myda hanya mendiamkan diri.
“Kau diam, aku tak kacau kau, hahahahahaha”. Myda menempik tok imam itu sambil ketawa mengilai. Kaki dan tangan nya sudah dipegang erat oleh En.Zali dan Pakdin. “Sapa kau? Apa kau mahu dari gadis ini?”. Tanya Pak imam itu. Sejak dari kolej lagi perlakuan Myda aneh, dia berpakaian berwarna pink, rambutnya di sisir seakan seorang yang pernah rakan sekolejnya kenali, walhal Myda bukan gadis sebegitu. Pn.Norli terkejut apabila Shamil datang memberitahu Myda meracau dan mencekik Lily yang diajaknya ke tandas kolej, mujur ada student lain sampai di tandas itu tepat pada masanya. “Aku mahu papa aku…Dato Safuan….Dato Safuannnnnn”. Myda menjerit suaranya garau. “Kau siapa?”. Soal Tok Imam tu lagi. “Aku? Hahahahahahahahahaha aku mahu hidup kembali………..hahahahahahaaha”. Myda ketawa. “Aku tanya kau sapa? Satu tamparan dan air khursi hinggap di pipi Myda. Myda menjerit kesakitan. Kemudian menangis dan ketawa. “hahahahaha….aku Syazanaaaaaaa”. Suara Myda garau menyebut nama Syazana. Tok Imam beristifar panjang. “Aku nak kau keluar dari dia, dia tak berdosa pada kau, keluar lah”. Kata tok imam itu, Roh Syazana berkeras tidak mahu keluar akhirnya tok imam terpaksa mengunakan cara kekerasan untuk menghalaunya. Myda tersedar dan badannya lemah, dia tidak mengingat apa-apa, seingatnya malam itu papa dan mamanya berjumpa dengan Pakdin dan Mak Moon kemudian dia ternampak Syazana berbaju blouse pink lusuh dan tercarik merenung tajam kearahnya seperti sedang marah kepadanya.
Lily melarikan diri apabila ternampak Myda. Dia ketakutan akibat Myda mencekik nya tempoh hari di toilet. Myda perasan akan kelainan Lily, dia kemudian mengejar Lily. “Lily, tunggu, Saya nak minta maaf pasal hari itu, Saya tak sedar”. Myda mengharap Lily memaafkannya. “Betul, awak tak ingat apa-apa?” Soal Lily ketakutan, Myda mengangguk. “Erm saya nak tanya sikit, Syazana ni sapa? Lily kenal Syazana?”. Soal Myda, Lily terkejut. “Sebenarnya Syazana ni sahabat saya”. Jawab Lily ringkas. “Sahabat?” Myda terkejut. “Kalau sahabat tentu Lily tahu Syazana kemana?”. Soal Myda. “Saya tak tahu, maaf saya ada hal nanti kita cakap lagi”. Lily berlalu pergi. Myda hanya memerhati. “Syazana….”. Myda mengalih terdengar seseorang memanggil Syazana. “Shamil? Ni Myda bukan Syazana”. Kata Myda terkejut dan kehairanan. “Maaf, Shamil ingat Myda, Syazana disebabkan kejadian hari itu”. Shamil hampa. “Shamil memang cintakan Syazana ke? Kalau Shamil cintakan Syazana mesti Shamil tahu kemana Syazana pergi?”. Soal Myda bertubi-tubi. “Shamil memamg kekasih Syazana dan cintakan dia, tetapi Shamil sendiri buntu kemana Syazana menghilang. Kali terakhir kami berjumpa waktu itu, Shamil ke rumah Syazana papa dan mamanya tiada ke out station dan petang itu kami bertengkar”. Cerita Shamil seakan hilang sabar dengan Myda yang menyoal seperti menyalahkannya diatas kehilangan Syazana. “Bertengkar?”. Myda menyoal lagi. “Ya kami bertengkar kerana Shamil rasa Syazana curang kepada Shamil, tetapi Syazana tidak mahu beritahu siapa orang itu”. Shamil sedih bercampur geram. “Baju terakhir Syazana pakai masa hari awak jumpa Syazana?” Soal Myda lagi. “Seingat saya baju blouse berwarna pink”. Jawab Shamil dan Myda terkejut dia tergamam.
Malam itu suasana suram menyelebungi bungalow itu. Pn.Norli memeluk erat Myda, mereka ketakutan, En.Zali diam membisu dan mengawasi keadaan sekeliling rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi bising dari arah dapur dan terdengar air melimpah dari dalam bilik air berdekatan dapur. Myda menekap mukanya ke dada Pn.Norli ketakutan. En.Zali memberanikan diri melihat keadaan di dapur. “Abang,jangan pergi”. Pinta Pn.Norli. “Awak dengan Myda tunggu disini, jangan pergi kemana-mana walau apa pun yang terjadi”. Pesan En.Zali. En.Zali ke dapur dan membaca ayat-ayat suci al-quran memberanikan diri nya. Dia melihat tiada apa yang berselerak seperti di dengarinya tadi. Dia ke bilik air dan melihat air yang keluar dari pili paip. En.Zali beristifar panjang, air yang mengalir itu bukan lah air biasa tetapi darah yang melimpah-ruah. Dia segera ke ruang tamu mendapatkan ister dan anaknya. “Ada apa abang?”. Soal Pn.Norli. “Tiada apa-apa”. En.Zali berbohong tiba-tiba Pn.Norli menjerit, dia terlihat Syazana merenung kearahnya dengan kaki nya keatas melekat di ceiling dan kepalanya kebawah, ini kali pertama dia melihat Syazana. “Apa kau mahu? Cakap aku akan tolong”. En.Zali memberanikan diri. “Cari Dato Safuan papa aku kemari”. Kata Syazana dengan suara yang garau dan garang, kemudian dia hilang, Myda sejak dari tadi hanya memejamkan mata dia tidak berani lagi seperti selalu.
Tidur Myda tidak lagi nyenyak dan indah sebalinya bermimpikan Syazana. “Syaz, please terima la Remy, remy sukakan Syaz”. Pinta Remy rakan sekolej dengan Syazana. “Remy apa ni please lepaskan tangan Syaz”. Syazana menarik tangan nya dari dipegang Remy dia tidak suka. “Syaz, apa kurangnya Remy berbanding Shamil?”. Soal Remy kasar, Syazana sudah mulai takut dengan Remy. “Remy tenang ok, jangan buat Syaz macam ni, sakit”. Syazana merayu tangannya sakit di cengkam kuat oleh Remy seakan mengila itu. “Remy tak kira, kalau Syaz tak mahu terima Remy, Remy akan pastikan Syaz menjadi milik Remy hari ini juga!”. Remy mula mengasari Syazana, dia memeluk Syazana, bibirnya mencium kasar bibir merah Syazana,. Syazana merayu dan menangis, dia cuba melepaskan diri dari pelukkan Remy, baju blousenya direntap kasar Remy, terdedah dada Syazana yang putih bersih itu, Syazana lemah dan tidak berdaya lagi dia membiarkan remy meratah tubuhnya rakus. Myda terjaga dari tidur. Pn.Norli yang tidak dapat tidur nyenyak terkejut dengan Myda yang terkejut dari mimpi itu. “Kenapa ni sayang?”. Soal Pn.Norli. “Myda mimpikan Syazana bergaduh dengan seseorang nama dia ermm haa Remy”. Jawab Myda. “Sayang tu cuma mimpi ok, tidur esok kita nak ke Kuala Lumpur”. Pn.Norli memujuk.
“Pak Din pasti ke ni alamat dia?”. Soal En.Zali. “Saya yakin tuan, alamat ini saya dapat dari rakan business Dato Safuan. Mereka tiba di hadapan bungalow mewah di Titi Wangsa. “Cuba Pak Din bertanyakan guard rumah ini”. Pinta En.Zali, Pak Din mengangguk. Mereka kini sudah berada di dalam bungalow itu. Sudah sejam lebih mereka menunggu, Myda memandang sekeliling rumah itu, tiada satu pun gambar Syazana. Kemudian terdengar bunyi kereta juagar memasuki bungalow itu. “Assalamualaikum Dato”. En.Zali member salam setelah Dato Safuan memasuki ruang tamu bungalownya, dan Dato Safuan menyambutnya dengan mesra. Myda memerhatikan lelaki tua itu, usianya seakan sebaya dengan papanya, cuma bezanya papanya masih kuat berjalan tetapi lelaki itu memakai kerusi roda dan ada seorang wanita dalam lingkungan 40-an mendampinginya.
Dato Safuan: Perkenalkan ini isteri saya, Datin Sopee, boleh saya tahu hajat Encik datang kemari?
En.Zali: Sebenarnya Dato’ ini berkaitan dengan anak Dato’ iaitu Syazana.
Dato Safuan: “Syazana? Kamu dah jumpa Syazana?” Dato’ Safuan terkejut.
En.Zali: “Ya, saya ada jumpa dengan Syazana”.
Dato Safuan: “Dia dimana? Puas saya mencari”. Dato’ Safuan gembira.
En.Zali: “Maaf Dato’ kalau apa yang saya katakan ini buatkan Dato sedih dan berkemungkinan tidak percaya”. Dato’ Safuan mulai kehairanan. “Sebenarnya anak Dato’ sudah meninggal dunia tetapi kami tak tahu kemana mayatnya”.
Dato’ Safuan: Mustahil macam mana kamu tahu dia sudah meninggal?
En.Zali: Anak Dato’ Selalu menghantui kami sekeluarga sejak kami berpindah ke bungalow yang dato duduk dahulu di Pantai Pulau Berlian, dan kami kemari ini pon atas permintaan anak Dato, memang tidak masuk akal tetapi ini lah realitinya dato’. mungkin dia hendak Dato’ tahu dia sudah tiada dan banyak-banyak lah mendoakan kesejahteraan rohnya.
Dato Safuan mengangguk dan bersedih dengan pemergian anak kesayangannya itu. En,Zali menanyakan kepada Dato Safuan kenapa dia boleh lumpuh, Dato Safuan menyatakan kakinya lumpuh selepas jatuh dari tangga bungalownya itu dan bukan disebabkan terlalu rindukan Syazana, dan kerana itu lah dia tidak lagi dapat mencari Syazana.
Myda ke kolej dan mencari lelaki yang bernama Remy, dia sudah membaca dairi Syazana, memang mimpinya itu merupakan satu pertanda bagi penunjuk Syazana yang Remy memang wujud dan bukan sekadar mimpi biasa. “Myda, kenapa tergesa-gesa ni?”. Soal Shamil. “Saya nak tanya awak, awak kenal tak sapa-sapa di kolej ni nama Remy”.
Shamil: Erm saya tak pasti sebenarnya, kenapa?
Myda: tak, saya baca dalam dairi Syazana dia kenal lelaki ni.
Shamil: betul ke? Jadi dia la lelaki yang saya nak tahu sape itu.
Myda: Kita cari sama-sama ok.
---------------------------------------------
“Aku nak tahu,apa hubungan kau dengan Syazana dulu!?” Shamil geram. “Hoi sapa Syazana? Aku tak kenal”. Jawab Remy marah. “Please awak, saya tahu awak kenal Syazana, semuanya ada dalam dairi ni!”. Giliran Myda bersuara sambil menunjuk dairi Syazana. “Kau tak faham bahasa ka aku kata aku tak kenal Syazana dan dairi ni pon aku tak penah tengok!”. Remy semakin panas. Shamil seakan mahu sahaja menumbuk muka Remy. “baik, kalau awak tak mahu mengaku, saya akan serahkan dairi ini kepada polis”. Myda mengertak. Remy terdiam, dia gelabah lalu melarikan diri, Shamil mahu mengejarnya tetapi dihalang Myda.
Seperti biasa kesunyian malam di bungalow itu dapat dirasai En.Zali sekeluarga kerana Pak Din dan Mak Moon hanya bekerja pada siang hari sahaja. Entah apa yang akan berlaku malam ini mereka tidak tahu kerana setiap malam mahupun siang sering diganggu oleh Syazana. Myda ketakutan dia duduk rapat dengan Pn.Norli dan En.Zali. Tiba-tiba lampu rumah mereka terpadam dan kemudian menyala kembali berlaku berulang-ulang kali. “Apa yang kau mahu kan lagi? aku dah buat apa yang kau suruh”. En.Zali bersuara dan berbekalkan keimanan yang tinggi En.Zali memberanikan diri kerana mereka adalah sama makhluk Allah. Terdengar hilaian suara kemudian asap berkepul-kepul keluar dari atas ceiling bungalow itu. Myda dan Pn.Norli mengikut rapat En.Zali, asap itu kemudianya bertukar menjadi bau yang busuk, En.Zali, Pn.Norli dan Myda tidak tahan dengan bau itu mereka menahannya kemudian En.Zali mencari bau busuk itu datang dari arah mana. Pn.Norli dan Myda mengikut En.Zali, mereka ke atas dan memasuki bilik tidur Myda, asap itu berkumpul di ceiling kemudian En.Zali mengambil tangga dan membuka ceiling itu, dia melihat di atas bumbung itu ternampak kain selimut pink yang lusuh didalamnya terdapat isi. “Norli, Myda hubungi polis sekarang juga”. Arah En.Zali. Setengah jam selepas itu pihak polis datang, didalam kain pink lusuh itu terdapat rangka dan tulang manusia. “Terima Kasih atas kerjasama En.Zali, kami akan bawa rangka dan tulang ni ke unit forensic untuk di bedah siasat dan kami percaya ini adalah rangka Syazana yang hilang 4 tahun lalu dan usaha untuk menjejaki penjenayah yang sebenarnya akan kami jejaki”. Kata Inspector polis itu. “Tuan Inspector sekejap”. Myda bersuara dia mengambil dairi Syazana. “Mungkin ini dapat membantu tuan menjalankan siasatan siapa yang bertanggungjawab keatas pembunuhan ini”. Myda menyerahkan diari itu kepada polis itu. “Cara nak buka dairi ini tuan perlu sebut SYAZANA, dan dia akan terbuka”. Terang Mdya. Selepas itu En.Zali menghubungi Dato’ Safuan mengenai kejadian itu dan selepas seminggu rangka Syazana selamat di kebumikan secara islam.
“Hmm, lawa juga kan rumah awak ni Lily”. Puji Myda. “Ala tak la lawa macam rumah awak kan”. Lily memuji kembali. “Mak Pak awak tiada dirumah ke?” Soal Myda, “Diaorang takde selalu je keluar dengan adik-adik saya dan tinggal saya seorang diri”. Terang Lily, Myda mengangguk faham. “Hmm saya tak sangka kan rupanya yang membunuh Syazana adalah Remy, sampai hati dia buat macam tu”. Lily bersimpati kepada Syazana. “Hmm tue la saya macam tak percaya dia yang lakukannya”. Kata Myda mengiakannya. Selepas di soal siasat Remy di tahan reman atas tuduhan melakukan pembunuhan keatas Syazana. “Tu la kemudian sanggup pula dia rogol Syazana”. Kata Lily. Myda kehairanan macam mana Lily tahu Remy merogol Syazana pada hal dia tidak pernah cerita hal ini kepada sesiapa. “Err macam mana awak tahu Syazana di rogol oleh Remy?” Soal Myda. “Err bukan sudah heboh di kolej ke? Eh awak lapar atau dahaga tak? Saya pergi ambil ok?”. Lily menukar topic. “Erm boleh jugak”. Jawab Myda. Sambil menunggu Lily, Myda membelek majalah-majalah lama kepunyaan Lily, sehingga dia terjumpa sebuah dari seakan dengan dairi Syazana. Myda teringat dalam dairi Syazana ada menyatakan dia memberi satu lagi dairi itu kepada seseorang jadi Lily lah orangnya. Gerak hati Myda terasa hendak membaca isi dairi itu, dia memerhati Lily risau kalau Lily datang dan membuka dairi itu dengan menyebut nama LILY dan dairi itu terbuka. Dalam dairi itu tertulis “LILY LOVE SHAMIL”. Myda terkejut. ‘Shamil?’. Myda membaca isi dairi itu sehinggalah matanya tertumpu pada satu muka surat seakan ada tompokan darah. ‘Hari ini aku puas perempuan itu dah mati ditangan aku, padan muka dia kena rogol dan sekarang aku boleh dapatkan Shamil’. Myda tergamam. “Apa yang kau buat tu?”. Myda terkejut dairi Lily terjatuh. “Awak Lily?”. Soal Myda. “Ya aku, kenapa tak percaya?” Jawab Lily selamber. “Tapi kenapa, awak kan kawan baik dia?” Myda masih lagi terkejut. “Disebabkan kawan baik la aku bunuh dia, semua dia ada aku tak ada, sehingga Shamil pun dia hendak rampas dari aku! Yang Remy hendak kan dia, dia tidak mahu!”. Marah Lily. “Tapi, Syazana tidak merampas Shamil dari siapa-siapa”. Myda menceritakan hal yang sebenarnya. “Tak rampas? Asalnya aku kenal dengan Shamil dulu kemudian dia saje datang buat ayu mengoda Shamil dengan wajahnya yang cantik itu, bukan dia tidak tahu aku suka kan Shamil!”. Lily seperti orang gila. “Kemudian aku dapat peluang, yang Remy tergila-gilakan Syazana dan aku yang ceritakan kepada Shamil, aku kata kan Syazana curang. Petang itu, Shamil datang kerumah Syazana mereka bergaduh. Aku gembira dan kemudian aku memanggil Remy suruh dia datang kerumah Syazana kerana ibubapa Syazana tak ada. Aku lihat sendiri Remy rogol Syazana dan aku puas, kemudian setelah Remy pergi aku pergi berjumpa Syazana”. Lily menceritakan dengan rasa puas. Dia teringatkan saat dia membunuh Syazana dia ketawa. “Lily, tolong Syaz, Syaz sakit, tolong hubungi polis”. Syazana kesakitan dan tidak berdaya setelah diperkosa Remy. “Tolong? Kenapa mesti aku tolong?”. Lily seronok melihat Syazana merayu kepada nya. “Lily kenapa ni?”. Syazana lemah. “Aku rasa kau ni layak mati sahaja, kau rampas Shamil dari aku sekarang cara ini saja yang dapat buat kau dan Shamil tidak akan bersama”. Lily menikam Syazana dengan pisau bertubi-tubi, darah Syazana memancut-mancut keluar, Syazana tidak berdaya lagi, perlahan-lahan matanya terpejam. “Kau!! Lily!!” Marah Myda dia tidak menyangka Lily sanggup melakukan pembunuhan itu semata-mata seorang lelaki. “hahahaha, aku apa? Kemudian selepas membunuh Syazana mayatnya aku bungkus dengan kain selimut kemudian aku rasa ceiling itu tempat paling baik untuk tiada siapa-siapa mengetahui kemana Syazana, dengan kekuatan yang ada aku mengangkat mayat Syazana keatas dan nasib aku baik kerana tiada siapa-siapa mengesyaki, darah Syazana aku lap sehingga tiada kesan Syazana dibunuh tetapi aku buat-buat cerita dia menghilangkan diri”. Lily gembira dan dalam hatinya puas. “u ‘re mentally sick!”. Myda marah. “Yes I’m. dan di sebabkan kau dah tahu rahsia aku, jadi kau juga akan dibunuh seperti Syazana”. Lily memegang pisau dan siap sedia hendak menikam Myda tetapi dapat di elak Myda. Myda menendang pisau di tangan Lily dan pisau itu terpelanting ke pintu, Lily berlari hendak mengambil tetapi tiba-tiba dia ternampak Syazana berdiri di depan pisau itu dengan mata merenung tajam kearahnya dan seakan ingin membalas dendam, Syazana terbang menghampiri Lily. Myda menjerit melihat Syazana, dan dia berlari keluar dan dalam pada masa yang sama pihak polis sampai dan menyerbu masuk kedalam di lihat Lily jatuh pengsan. Setelah disoal siasat Remy didapati tidak bersalah membunuh Syazana tetapi didakwa atas merogol Syazana dan kedua-dua mereka di tahan polis.
“Myda, dah bersiap sedia nak balik ke bandar Metropolises?”. Soal Pn. Norli. “Myda mengungguk dan dia mengucapkan selamat tinggal kepada Shamil. “Semoga berjumpa lagi, hati-hati tau”. Myda menjerit kepada Shamil. Shamil melambai. “Lega rasanya mama papa boleh balik ke Metropolises semula. Erm lepas ni papa dan mama nak cari ketenangan di sini lagi tak?” Myda memerli dan mereka ketawa.
HATI INI HANYA PADA MU
HATI INI HANYA PADA MU
SEMESTER 1 & 2 (TAHUN PERTAMA)
Esha tidak sabar hendak mendaftarkan dirinya di sebuah universiti IPTA pada hari ini, dia sabar menanti dan pada 10.35 pagi dia tiba di College University Engineering Malaysia (CUEM) yang terletak di utara malaysia, bersama-sama keluarganya. Segera dengan tergesa-gesa dia ke tempat pendaftaran pelajar baru dan dalam kekalutannya itu Esha terlanggar seseorang, habis jatuh bertaburan sijil-sijilnya, Esha meminta maaf dan dia sedikit pun tidak berpaling orang yang dilanggarnya itu dan terus beredar ke tempat pendaftaran. Esha beratur menunggu giliran ke tempat pendaftaran, satu persatu wajah dilihat tapi wajah itu begitu asing bagi nya tiada siapa yang di kenalinya. Tiba-tiba “owhh aku jatuh kau jatuh” hahahaha terdengar suara gelak ketawa Esha berpaling dan dilihatnya seorang gadis terjatuh habis fail nya bertaburan, mahu sahaja dia ketawa melihat telatah gadis itu tetapi terasa kesian pula segera dia pergi kepada gadis itu tolong mengangkatnya.
“Hai, nama saya Esha, NUREESHA. Macam mana boleh jatuh nie? Tak cukup lagi ke power dicermin mata tue? hehehe” Ketawa Esha sambil menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.
“Hehehe olaaa…saya Ebby, Abby Abadi, saya pelajar baru kos Diploma Juru Ukur Baju ehh silap Juru Ukur Bahan hehehe” ketawa memperkenalkan dirinya.
“Abby Abadi??? Macam artis laa plak, hihihi…Sama laaa…saya pon kos tue jgk Quantity Surveyor (QS)”
Mereka berdua beratur mendaftarkan diri. Sampai giliran Esha, sijil diperiksa dalam system untuk memadankan kesamaan detail sijil nya dengan system. ‘Yeahh sekarang aku bergelar siswi U yahoo…’’. Esha bersorak riang dalam hatinya setelah dia mendaftarkan diri nya dan mendapat kad nama sementara disemat ke bajunya. Dia menunggu Ebby siap mendaftar untuk sama-sama mengambil kunci dan nombor bilik penginapan di Desa Siswa Siswi sepanjang dia menuntut di situ. Ebby selesai mendaftar dan Esha melihat nama di baju Ebby, tertera SITI BAHIYAH. Ebby perasan pandangan Esha itu segera dia tersengih. “Ooo Abby Abadi konon, mati-mati aku percaya nama kau Abby Abadi, nakal betul! Lepas nie kau jatuh aku tak mahu tolong dah” hahahaha mereka berdua ketawa.
“Esha, pesal ramai sangat orang nie macam ada kenduri je??? Ketiak aku dah berlemoihh dah nie…pada hal bukan kita ke batch yang rasmi U nie??? Mana ada senior lagi…kita laa senior oyeh oyeh”
“Kau pakai deodorant ke tak nie? Patut laa ucukkk… Eheh tak sangka rabun2 kau perasan jugak ehh orang ramai hehehe”.
“Aduhhhh” semua orang terdiam tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan jatuh pengsan. Gadis itu segera di papah oleh staff yang menjaga tempat pendaftaran desa siswa siswi itu.
“Aduhh bikin suspend aja ini budak” kata Ebby dalam dialek
Kunci dan nombor bilik sudah dapat, tertera di tag kunci A1(2-02). Secara kebetulan Esha dan Ebby mendapat bilik yang sama. Mereka berjanji akan jumpa di bilik sahaja kerana ingin mengambil barang-barang dan berjumpa keluarga mereka dahulu.
Esha dan keluarganya ke bilik yang akan menempatkannya sepanjang dia belajar di situ. Setiba Esha ke kamar tersebut ada seorang gadis sampai terlebih dahulu di situ. Esha berkata dalam hati ‘Eh budak nie laa yang pengsan tadi, sekarang ok plak duk tersengih-sengih kat aku’. Sejurus kemudian Ebby tiba bersama barang-barang nya. Mereka berkemas dan setelah siap berkemas mereka bersalaman dengan keluarga masing-masing tanda restu dan doa mereka di U.
“wassupp kawan….nama aku Eda Zuliza, tapi korang boleh panggil aku EZ je. Aku kos QS. Kome berdua nie dah kenal lama ker?? Tengok mesra jerk”
“Olaa nama aku Ebby, Abby Abadi hehehe, aku orang gombak, Ohh kasut gombak jer, kos aku Ukur diri aku sendiri hahaha”
“Banyak laa kau nyer Abby Abadi” kata Esha sambil ketawa “Saya Esha, dia tue perasan nak jadi Abby Abadi, pada hal nama dia Siti Bahiyah” hahahaha mereka bertiga ketawa. “kami berdua baru je kenal tadi, saya orang penang and guess what?? Kita tiga orang satu kos laa”. Sambil berjabat tangan dengan Ez
“Ehh bukan kau ke td yang pengsan??? Soal Ebby setelah dia amati muka Ez.
Hahahaha ketawa Ez kuat. “Yor ler aku laa tadi”.
“Pesal kau ketawa plak??? Ingat lawak ke???” Ebby Pelik.
“Meh sini aku kasi tahu rahsia aku kat kome berdua, kome berdua tak perasan ke?
Satu balingan bantal busuk hinggap ke muka Ez dari Esha. “Nah amik kau nyer bijak, hehehe kalau kena pijak tadi macam mana?”
“Ha’ar betul tue Ez gila laa kau niehh…tapi
Awal-awal pagi lagi Esha bangun untuk memulakan first day sesi perkuliahan. Dia melihat tiga ahli lagi bilik itu sedang nyenyak tidur mungkin penat selama empat hari berorientasi, dan seorang lagi adalah pelajar kos Elektrik Suraya atau Sue dia datang lewat sehari kerana ada masalah semasa pendaftaran. Esha bingkas bangun untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Selesai solat dia menggelengkan kepala melihat kawan-kawan nya yang masih lagi liat untuk bangun walaupun jam sudah berbunyi di tepi telinga.
“Wehhh bangunnnnnn….dah 6.45 pagi nie…korang tak nak gi kelas ke? Karang lambat plak. Cepat bangun subuh pon nak habis dah…cepatttt” jerit Esha.
“Yelaaa aku bangun laaa” kata Ez di turuti Sue. Ebby masih membulat tidur dan menarik selimutnya, segera Esha ke tepi Ebby.
“Ebby bangun laaa lambat karang” Ebby masih tidak endahkan kejutan Esha walaupun di tampar berulang kali Esha. Esha kebuntuan lalu dia bingkas ke bilik air.
“Ebby sayang yuhuuuu bangun laaaa, I mandikan u yeeee” seraya menjurus Ebby dengan air. Ebby tergesa-gesa bangun kesejukan akibat dijurus air.
“Alaaa ko nie jam lonceng leceh laaa, macam nie ke jam lonceng kejut
“Jam loceng? Sejak bila aku register jadi jam loceng kau nie? Amboih…amboihh sedap je ehh…hehehe padan muka sape suruh malas bangun…dah..dah cepat nanti lambat, tengok subuh pun dah habis. Bebel Esha.
“heh heh heh alaa mimpi basah laa” sambil tersengih, Esha siap hendak menjurus air lagi kepada Ebby tapi cepat sahaja dia melarikan diri sambil berkata. ”Alaaa betul laaa
Mereka bertiga sudah berada di dalam kelas, sementara menunggu lecturer tiba sempat mereka berkenalan dengan rakan sekelas. Kelas hingar-bingar seperti pasar borong itu menjadi sunyi sepi apabila lecturer yang mengajar modul Measurement masuk. “alamakk mati kita wei, puan nie laaa….dia laa yang denda kita tue, korang ingat tak? Kata Ez kepada Esha dan Ebby. “mau tak ingat? Sampai hari ini seluar baju aku bau hanyir ikan tau” kata Esha, “ha’ar laaa habis laa kita wehh dia sure tak kasi chance kat kita nyer” jawab Ebby.
“kamu bertiga lambat lagi… Orang lain boleh datang tepat pada waktu nya. Asyik muka kamu bertiga saja yang lambat. Sekarang kamu di denda, saya nak kamu bertiga pergi masuk dalam kolam ikan tu cepat”
“Alaa Puan kami bertiga baru je lepas mandi, lagi pon kolam tu busuk laa cikgu” Ez menjawab.
“Jangan banyak cakap! Saya kata pergi, cepat!” Balas Puan Sakinah
Esha mengikuti dituruti Ez sambil sempat dia berkata, “Leceh laa camni Ez baru masuk dah ada rekod buruk”
“Hah kamu kenapa tak pergi lagi?”
“Err Puan, saya tak sampai hati laaa nak masuk” Ebby bersuara
“Kenapa pula?”
“Saya bukan apa puan tak sampai ati hendak memijak-mijak ikan tue, cukup laa 2 ekor ikan bilis tue masuk dalam kolam ikan tu, keciannnn ikannn”. Kata Ebby sambil mengeleng dan membuat mimik muka kesian.
“betul puan kesiannnnn” Jawab Esha dan Ez mengejek diikuti gelak ketawa student dan lecturer yang lain.
“Sudah kamu jangan nak cari pasal dengan saya, saya tak suruh kamu pijak-pijak ikan tu” marah Puan Sakinah
“Ohh ikan my love I’m coming” Ebby terus berlari terjun ke dalam kolam ikan yang berbau hanyir itu. Semasa di dalam kolam mereka sempat lagi bermain menangkap ikan di dalam kolam itu, seperti sedang bermain air di pantai. Puas di marahi Puan Sakinah tetapi mereka tidak makan saman. Selepas kejadian itu meraka dikenali lecturer dan student yang lain malahan mereka juga bukan di denda masuk dalam kolam ikan tetapi turut di denda lecturer lain kerana kerap menjawab walaupun di marah berulang kali. Bagi mereka marah bukan lah cara untuk menakutkan mereka.
Jam menunjukkan pukul 10.00pagi, semua student menuju ke cafeteria untuk menikmati juadah yang di jual di setiap café. Esha, Ez dan Ebby memilih untuk makan di MAMA CAFÉ yang berada di hujung sekali.
“Fuhh ketaq nya aku, korang dengar tak ape dia kata tadi? Saya tak mahu kamu semua lambat, kalau lambat sila duduk di luar, jangan masuk kelas saya” Kata Ez mengajuk cara Puan Sakinah memberi amaran.
“Tu laa lepas nie korang jangan lewat k, aku kejut korang mesti bangun, dah laa kelas dia awal pagi pukul 8.00”. Kata Esha
“Bek laa jam loceng hahaha” ketawa Ebby melihat Esha yang menarik muncung seposen. Sedang mereka menikmati juadah pagi itu datang dua orang lelaki memperkenalkan diri
“Hai, boleh kami join hampa tak?” kata salah sorang student lelaki itu.
“Nak join? Tak kenal pon” Jawab Ez.
“Laaa karang kenal laaa” balas nya.
“Join ler kita bukan satu kelas ke? Apa nama korang tadi” Esha menyampuk.
“Aku Zamree, panggil aku Zamree”
“Aku hampa boleh panggil Husni, Hampa bertiga nie best ar tue pasal kami nak join, orang baru masuk still steady lagi tapi hampa dah tunjuk perangai senget hampa tue”. Sambil memandang Esha. Selepas berkenalan mereka berlima bergegas untuk kelas yang seterusnya kerana tidak mahu lambat masuk kelas yang seterusnya.
Sudah tiga bulan lebih mereka berada di CUEM, dan banyak kerenah dan kelakuan yang mereka buat, tetapi quiz dan assignment yang diberikan lecturer tetap maintain perfect. “Weh korang pesal korang diam nie” Ez memecahkan kesunyian bilik setelah semua diam melayan bluess masing-masing.
“Pe dier? Dah korang diam aku pon diam ler” jawab Esha
“Korang
“Err aku tak de la… tak terfikir di fikiran pon,pesal kau? Haa ada ehhh” Esha
“Hehehe orang se cumey aku nie mesti laa ada admire hehehe” Ez tersengih.
“Haahh yeke? Sape? Serentak Sue dengan Ebby Excited.
“Haa korang ingat tak mamat encem kelas elektrik tue. Haa kelas ngn Sue laa”
“Mamat encem? Sape ehh? Budak encem kelas aku, semua nya encem kikiki” Jawab Sue bergurau.
“
“Owhh Asrul ke? Dia memang encem tapi aku rasa dia dah ada awek kot, tapi kalau hang nak kenal ngn dia aku ok je boleh tolong” Jawab Sue
“Set! Dia ada awek pon aku tak kisah, baru awek
Esha: “Uwekk nak terkeluar lidah aku nie hehehe”
Ez: “alaa lex laa jgn jeles, ehh Ebby ngn Sue korang plak?”
Esha: Ha’ar Sue aku tengok kau asyik “bersms” je, ngan sape?
Sue: Aku dah ada pakwe tapi pakwe aku dah kerja sebagai navy kat Rumpai. Umur dia tua
Esha: “waa dah berpunya rupanya patut laa tengok kau matang je pastue selalu bersms dan bergayut tiap-tiap malam. Haaa kau lak Ebby?”
Ebby: “Aku takde, aku tetap setia dengan anak pak leman belakang rumah aku. Walaupon engkau tidak lah se cute aku tetapi moto vespa oren dan kereta kodok hijau berkilat mu tetap menjadi pujaan mata ku hua hua hua”.
Esha seraya membaling bantal busuk nyer ke Ebby yang kerap buat lawak “bodo” nya itu. Semua ketawa melihat reaksi Ebby. Kembali sunyi selepas itu handphone Esha berbunyi message. Esha membuka message dan melihat satu nombor yang tidak dikenalinya. Message berbunyi ‘”Assalamualaikum, hai dah makan ke? Tengah buat apa tu? Macam mana study?’”.
Esha: “Aik nombor sapa nie?” Esha pelik
Ez: “kenapa Esha?”
Esha: “Entah dia tnya aku ok ke?”
Ez: “Haa jawab laa, tanya dia siapa”
“W’slm, sy ok je, dah mkn, tak buat apa2 pn, study ok je, awk nie sape?”
Massage di balas “Saya secret admire awk Master H, selalu memerhatikan awak, boleh saya kenal awk?”
Esha: “Haahh??? Weh dia kata dia secret admire aku, selalu perhatikan aku”
Ez: “Yaka? Sape nama dia? Tanya-tanya”
Esha: “dia kata nama dia Master H”
Ebby, Ez dan Sue: “Master H????”
Keesokannya di cafeteria, seperti biasa waktu tengah hari semua pelajar dan lecturer menikmati juadah yang disediakan pada waktu lunch. Esha merasakan tidak selesa seperti ada mata yang sedang memerhatikan gerak-geri dia.
“Warrgggghh…kenapakah jam loceng cam ku lihat tidak selesa je? Dah habis bateri ke hikhikhik” sergah Ebby.
Ez: Ha’ar pesal kau nie semacam je
Esha: “Memang aku tak selesa nie..kalau sudah diperhatikan macam nie, korang rasa sape Master H tue?”
Ebby: “Hmm aku rasa
“Hoiii pesal korang nie berbisik2? Nak makan pon duk mengutuk ke? Nie sure kutuk Puan Sakinah nie pasal korang kena marah tadi
“Tue laa pasal hampa pandai-pandai duk baling-baling kertas tadi dalam kelas dia, mau dia tak mengamuk” Balas Husni.
Zamree: Tapi
Ez: Orang bijak bistari kata
Zamree: Weh kita satu group laa ehh untuk subjek ekonomi nanti. Boleh tak?
Esha: Ha’ar mmg kami nak join ngn korang pon coz kita
Ez dan Ebby berbisik sambil memandang Husni dan Esha. Selepas itu mereka balik ke bilik kerana sebelah petang nya tiada kelas.
Ez: Esha kami rasa
Esha: Hah yeke? Sape?
Ez dan Ebby: Husni!
Esha: What??? No way, impossible, macam mana korang boleh kata dia pulak?
Ez: yelaa kau tak perasan tadi masa kau cakap tadi dia asyik usha kau je tau, ngan khusyuk lak tue. Pastue nama dia Master H, haa
Ebby: Owhh NUREESHA sungguh sweet pabila nama mu di gandingkan dengan MOHD HUSNI. Kah kah kah kah.
Esha terdiam sejenak, memang dia sendiri perasan Husni sejak dari awal perkenalan mereka selalu sahaja memerhatikan dia walaupun di dalam kelas dan setiap kali mereka berjumpa secara ramai-ramai.
Sejak itu Esha sudah lagi tidak menjawab sms dari Master H itu. Kerana dia bimbang akan menganggu pelajarannya sekiranya memang betul Husni Master H itu. Lagi pun bercinta dalam satu kelas adalah satu perkara yang membebankan bagi Esha, mana
SEMESTER 3
Masuk tahun kedua, mereka masih setia di bilik yang sama setelah bercuti semester selama 2 bulan. Pelajar junior mula bertambah.
Ez: Sue thank tau coz last sem kau tolong aku kenalkan dengan Asrul. And guess what, aku dah keluar dengan Asrul masa cuti semester hari tue.
Sue: No problem, dia sendiri bagitahu kat aku dia pon berminat nak kenal hang jugak.
Esha: Waa cepat ehh kau.
Ebby: Aku pulak masa cuti semester hari tue aku dah nek vespa oren dan keta kodok hijau tue tau, anak pak leman bawak.
Esha, Ez dan Sue: piraahhh….mereka ketawa
Terdengar nada dering lagu Love Story nyanyi Tylor Swift daripada handphone Esha. Tertera di situ nama Master H.
Ez: sape yang kol? Nape kau tak jawab?
Esha sambil menunjuk handphone nya : Master H, malas laa nak jawab tak kenal malas nak layan.
Ez: Meh cnie kat aku, aku nak jawab.
Esha memberi hand phone nya kepada Ez. Ez menjawab terdengar suara, “Assalamualaikum” kemudian talian di matikan.
Ez: Caitt dia wat 3 second call laa…meh cnie aku wat balik.
Esha: 3 second call? Ape tue? Tak penah dengar pon wat habis duit je.
Ez:
Esha: Owhh tapi tak nak laa tak payah laa nanti dia ingat aku ni gatal plak.
Ez: Alaa aku bagitahu aku laa jap ehh aku wat.
Nombor Master H di dail dan menunggu di talian. “Waalaikumussalam, hai..”
Master H: Hai sihat ke?
Ez: Dia sihat ja.
Master H: Dia??
“Saya Ez kwn Esha”. Talian di matikan, “Wah suara dia boleh tahan best arr”
Kemudian nada mesej berbunyi. ‘Esha apa khabar? sihat ke? Knpa Esha tak jawab call sy? x suka saya ke?”
Seperti biasa, Esha mengejutkan Ez, Sue dan Ebby untuk ke kelas. Kadang-kadang mereka kerap lewat ke kelas kerana Ez dan Ebby selalu liat untuk bangun pagi tetapi sikap Esha bukan jenis merunggut dia melakukan kerja nya sebagai seorang kawan dan teman. Dia juga banyak beralah dengan Ez dan Ebby. Di senang berada dengan mereka seperti mereka memang di jodohkan untuk bertemu dan menjadi sahabat. Baik dan jahat di laku
“Maafkan saya, siapa di bilik nie nama NUREESHA BINTI MOHD. NUBHANS” seorang student dari kejuruteraan makenikal kecil molek berkulit cerah datang ke bilik sambil memegang sejambak bunga.
Esha: ye, saya Esha kenapa?
Student: Nie ada bunga untuk Esha. Kampus kami ada buat hari persahabatan antara student dengan student dan student dengan lecturer. semua student dan lecturer CUEM boleh join.
Esha: ok thank you.
Ebby, Ez dan Sue: Cey-cey dapat bunga…dari admire laa tue.
Esha mencari kalau-kalau ada kad, boleh laa dia tahu dari siapa pengirimnya. Tertera di kad itu tertulis ‘Buat Gadis Ku from MASTER H’
Esha bergegas ke kelas seorang dan memberitahu kepada Ez dan Ebby dia ke kelas dahulu. Setibanya di kelas dia menanyakan kepada Zamree di mana Husni. Zamree mengatakan Husni di cafeteria. Esha bergegas mencari kelibat Husni di cafeteria. Dia terlihat kelibat lelaki berkemeja purple bertali leher, tampak kemas sekali dan memanggil Husni. Dalam keadaan tergesa-gesa dia terlanggar salah seorang lecturer lelaki dari kampus kejuruteraan Mekanikal. Habis fail lecturer itu jatuh di atas tangga “Maafkan saya En.Hasrizz, saya tak sengaja” balas Esha lembut tetapi penuh rasa bersalah, dalam hatinya dia mengutuk diri nya sendiri kerana terlalu tergesa-gesa. “Kamu ni mata letak dekat mana? Kepala lutut ke? Ke dekat mata? Masuk kali ini dah dua kali kamu langgar saya”. Esha mengerutkan kening nya, “Dua kali? Tapi baru hari ini saya terlanggar encik”. Jawab Esha pelik. “Kamu
Ebby: Waa kawan ku, apa yang kau bual
Ez: Ooo, tue pasal kau nak datang awal tak mahu tunggu kami, nak date dengan lecturer handsome rupanya.
Esha: Eeee ape pulak? Tak handsome pon tahu tak! Aku baru kena marah dengan dia tadi, tak pasal-pasal je nak marah-marah aku.
Ez: Weh aku dengar lecturer ni dia muda lagi tau dalam 24 @ 25 macam tue laa…bertuah nye sapa yang dapat handsome kemudian ada kerjaya, rumah ada kereta pon ada.
Esha: Weh Weh macam ne kau tahu semua nie, pandai2 jer ehh?
“Well…U Know me…ini Eda Zuliza laa…nak tahu pape petik je jari mesti ada info nyer. Tak caye? Aku tunjukkan” Dia memetik jari dengan tiba-tiba Asrul datang menyapa. “Hai” kemudian berlalu pergi sambil membuat isyarat call, Ez tersenyum mengangguk faham. Niat Esha untuk mencari Husni terbantut. Sewaktu di dalam kelas dia perasan Husni sedang memerhatinya dan membuatkan dia tidak dapat menumpu pada subjek English hari itu. Dalam hati nya dia gelisah ‘pesal mamat nie duk tengok-tengok aku? Sawan ke ape?’ selepas tamat kelas English dia bergegas untuk bertembung dua mata dengan Husni tetapi lelaki itu seakan mengelak. Panggilan Ez dan Ebby tidak di endahkan, yang pastinya dia mesti selesaikan hal ini. Tiba-tiba ada seorang lelaki junior datang memberinya coklat. “Esha, sekejap nie ada coklat untuk awak”. Esha pelik, “Ini hadiah untuk hari persahabatan ke?” Lelaki itu mengangguk ia. Esha melihat ada kad di situ di buka nya, tertulis di situ “Buat Gadis Ayu from Master H. “Err, sekejap, boleh saya tahu siapa yang bagi coklat ini? Soal Esha. “Kalau awak nak tahu cuma melalui kad itu sahaja, err ok ye saya pergi dulu ada banyak lagi buat orang lain tetapi banyak-banyak, hadiah awak paling istimewa”. Lelaki itu berlalu pergi.
Ez: Waa dapat lagi kau Esha coklat plak dah. Romanticnya Master H nie.
Ebby: “Jeles nya aku, takde sape pon nak kasi. Anak pak leman pon tak pernah kasi” Sambil membuat muka sedih.
Zamree: “Waa Esha dapat hadiah persahabatan ke? Hehehe”
Esha: “ Haaa kau mesti tahu
Zamree: Husni??? Wait da minute ooo dalam diam dia mencintai Esha.
Esha: Cakap laa betul-betul dia
Zamree: Sorry laa Esha aku memang baik dengan dia tapi bab-bab awek mengawek nie we keep it secret ok”.
Ez: Laa korang nie kawan jenis apa nie tak
Zamree: Weii ingat kami apa, makpak aku hantar suruh aku mengaji kat cnie bukan suruh aku kongsi awek mana yang kami minat. Lagi pon watpe nak kecoh-kecoh kata dia minat kat awek nie ke awek nu ke. Haiyaaa”
Suasana petang di
Husni: kenapa Esha nak jumpa saya
Esha: Esha nak tanya, kenapa Husni selalu memerhati Esha didalam kelas dan sewaktu kita berlima bersama, kenapa?
Husni: Saya suka tengok Esha, Esha lain dari Ez dan Ebby, nakal tetapi lembut dan selalu beralah dengan Ez dan Ebby.
Esha: Tapi Esha tak suka awak selalu tengok Esha macam tue. Esha tak selesa.
Mereka terdiam seketika dari jauh Ez dan Ebby sedang memerhati. Dari awal-awal lagi Esha sudah berpesan kepada mereka supaya tunggu dia di situ sahaja.
Husni: Esha, sebenarnya saya….. saya sukakan Esha
Esha sedikit terkejut, sememangnya Husni adalah Master H.
Esha: Maafkan Esha, Esha tak ada sedikit pon perasaan kepada awak, Esha cuma menganggap awak cuma seorang kawan seperti Zamree.
Husni: Esha, takkan tak ada langsung peluang untuk saya.
“Maaf! Esha tak boleh” Esha berlalu pergi sambil berkata, “Lepas ini hentikan message atau call Esha, satu lagi tak payah habis
Esha membuka scarf yang tersarungkan di kepala selepas habis kelas Pengajian Islam dan memhempapkan badannya di atas tilam. Kebiasaannya dia, Ebby dan Ez tidak memakai tudung, CUEM tidak menghalang pelajarnya hendak memakai tudung atau tidak, tetapi sebagai menghormati pelajaran pengajian islam mereka memakai tudung. Biar orang hendak kata mereka hipokrit atau apa pun sekurang-kurangnya mereka masih lagi menjaga maruah dan tatatusila sebagai pelajar CUEM. Bagi Esha hendak memakai tudung biarlah dari hati yang ikhlas dan bersedia, walaupun mama dan abah kerap menasihatinya tetapi ada sahaja alasan yang diberikan. “Esha, kamu tue dah 18 tahun
Esha: Haii rabun-rabun pon sempat nampak aku senyum ye, senyum pon salah ke?
Ebby: Mau tak salah, kau tu pejam mata kemudian tersenyum sawan ke apa, nah nie makanan yang kau pesan tadi
Ez masuk dengan excitednya: Weh weh Esha waa ramai nya peminat kau wei kau ingat dak masa kita kat library semalam.
Esha: Mamat handsome? Library? Yang mana satu?
Ez:
Esha: “Owhh dia ke?” Esha membaringkan dirinya semula tidak berminat.
Ez: Laaa budak nie tido plak, ape laa.
Ebby: Tah nyer aku yang tak kena mengena nie pon excited. Kalau laa dia mau kat aku sure aku mau encem tue dah tue smart and nampak baik je.
Esha: Amboihh habis anak pak leman kau tue nak letak mana?
Ez: Esha, kau mau ke tak aku dah kasi nombor kau kat dia, nama dia Syahreeza
Esha: What?? nape kasi tak tanya aku dulu.
Minggu study week semua student menggunakan masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya begitu juga Esha, Ez dan Ebby. “Esha, wei kau nak pergi mana tue?” Soal Ebby. Esha tersenyum “Aku nak study kat library dengan kawan”. Sambil mengeyitkan matanya. “Cehh nak study dengan Syah la tue, dulu dia juga yang jual mahal”. Ez mencelah, Esha tidak membalas segera berlalu pergi. “Ehh, kau plak Ez nak pegi mana tue siap lawa-lawa nie”. Ebby pelik. “Aku nak keluar dengan Asrul release tension dekat luar, biasa laa nak exam tekanan, lagi pon aku dah study semalam nak juga relax. Jawab Ez. “Habis tinggal aku sorang je lah? Dah laa Esha takde Sue plak study dengan budak kelas dia, habis aku nak wat pe nie sorang2?” Rungut Ebby. Memang Ebby merasa boring, tiada lagi kerja-kerja gila dan menarik yang mereka lakukan bersama seperti awal mereka kenal. Kadang-kadang dia merasa cemburu, Esha ramai sahaja yang hendak berkenalan tetapi Syahreeza juga yang dipilihnya. Sememangnya dia tidak menafikan Esha seorang gadis yang cantik, baik hati dan lemah lembut cuma apabila dengan mereka sahaja dia menjadi nakal tetapi masih kekalkan ke ayuanya. Sesuai Esha dan Syahreeza. Ez pula asyik dengan Asrul, perangainya yang senget itu telah berubah menjadi betul kembali apabila bersama Asrul. Ebby merasa rendah diri kerana antara mereka bertiga dia sahaja yang tidak mempunyai peminat. ‘Sape laa yang hendak dengan aku nie, berkaca mata tebal…rabun, lain laa macam Esha dan Ez diorang lawa, Esha ayu Ez plak pandai dress up’. Kesian Ebby.
“Sorry Syah, Esha lambat, dah lama Syah tunggu?” Esha rasa bersalah. Syah merenung gadis dihadapannya yang berbaju kurung berambut lurus paras bahu dan potongan rambut layer di bahagian hadapan cukup anggun dan ayu. “Takdelaah tak lama pon, Syah pon baru je sampai”. Syahreeza, tua setahun dari Esha berusia 20 tahun, berasal dari utara berdekatan dengan CUEM. Kedua-duanya masih muda untuk mengharungi kisah cinta yang belum tahu penghujungnya. Mereka meneruskan study bersama-sama sekiranya penat mereka berhenti seketika berborak-borak kosong. “Esha, esok kita keluar nak?” Syah mengajak. “Keluar? Nak pergi mana? Dan naik apa?” Soal Esha. Setahu nya mereka tidak pernah keluar bersama.
Syah: Pergi kemana Esha akan tahu esok, naik apa kita nak moto Syah la. Nak tak?”
Esha: Naik moto? Dengan Syah satu moto?
Syah: Yelaa sayang oiii takkan nak naik asing-asing. Kenapa tak sudi ke naik moto dengan Syah?
Esha: Erm bukan begitu.
Syah: Habis kenapa sayang?
Esha: Nak jumpa dekat mana?
Syah: Macam nie esok Esha naik moto Syah kemudian tunggu Syah dekat bus stop depan CUEM tue boleh?
Esha: Habis Syah macam mana?
“Pasal Syah, Esha jangan risau member Syah
Esha menangis teresak-esak diatas katilnya, Ez sejak dari tadi rancak bercerita kepada Ebby tentang dia dan Asrul terhenti. “Esha, kenapa nie menangis” Ez gelisah tidak pernah dia melihat Esha menangis sebelum ini. “Esha nape nie Syah buat apa dekat kau”. Ebby pula memujuk Esha setelah pujukkan Ez tidak menjadi. Setahu mereka siang tadi dia keluar dengan Syah dan sekarang sudah pukul 10.30 malam kenapa lama sangat mereka keluar pada hal had masa yang ditetapkan adalah sehingga pukul 9.00p.m bagi pelajar perempuan dan pukul 12.00a.m bagi pelajar lelaki.
“Apa kamu berdua buat berdua-duaan di site parking ni” Sergah En.Hasrizz. Esha dan Syah terkejut dengan sergahan En.Hasrizz itu. Esha ketakutan membiarkan Syah sahaja yang menjawab. “Kami tak buat apa-apa pon Encik, Esha cuma nak bagi kunci moto yang dia pinjam dekat saya tue je”. Jawab Syah hormat En. Hasrizz sebagai lecturernya. “Kunci? Kamu tahu tak memberi pinjam atau menaiki motosikal orang lain adalah salah pada undang-undang CUEM” marah Hasrizz tegas. “Kamu berdua dari mana nie? Keluar berdua-duaan dengan berpakaian macam nie? Macam tue?”. Ditunjuknya pemakaian Esha. ‘Apa yang tak kena dengan pakaian aku? Biasa je buta fesyen kot dia nie’ Esha berkata dalam hati. Esha dan Syah diam membisu. Niatnya Cuma hendak memulang kunci kepada Syah sahaja tadi pada hal dia dan Syah baru sahaja berjumpa tetapi secara kebetulan En.Hasrizz turut berada disitu, dari mana kemunculannya mereka sendiri tidak tahu. “Sudah sekarang ikut saya jumpa dengan warden desa siswa siswi”. Didalam bilik warden mereka bertemu pula dengan En.Rahmat yang digeruni itu. puas mereka diberi ceramah dan di marahi kerana berdua-duaan di kawasan yang mencurigakan. Mereka
SEMESTER 4 & 5
“Salam, Hai sayang, dah sampai CUEM ke? Syah rindu Esha”. Message dari Syah, Esha membalas, “W’slm, hai Syah, Esha baru sampai je nie kat bilik, tengah berkemas. Esha Rindu Syah juga”. Esha tersenyum penat rasanya perjalanan hendak sampai ke CUEM. “weh korang pesal Sue dah tak stay bilik dengan kita? Dia tak mau kwn dengan kita ke?” Soal Ebby. “ha’ar dia nyampah ngn kau sebab selalu je tido ngigau peluk dia”. Ez membalas. “Ehh ape aku plak, kau laa selalu je kacau dia tanya pasal Asrul, kawan pon jemu laa”. Ebby membela diri. “Takde laa bukan sebab semua tue laa, dia bagitahu aku tahun ni banyak projek yang libat
Tepat 8.30p.m Esha bergegas untuk berjumpa dengan Syah, dari jauh dia dapat melihat Syah sedang menunggunya di persimpangan jalan besar yang memisahkan bloc siswa dan siswi untuk sama-sama ke café. Esha berlari tanpa menoleh kekiri dan kekanan untuk segera sampai ke Syah, tiba-tiba sebuah kereta PERSONA brek mengejut, Esha terjatuh. Pemandunya segera keluar untuk memastikan gadis itu tidak apa-apa. Esha tergamam dan tangan dan kakinya terluka akibat terjatuh. “haaa awak lagi! dah takdak orang lain. Dulu awak berlanggar dengan saya, sekarang awak hendak langgar dengan kereta saya plak? Ingat awak tue besar sangat ke?” Marah En. Hasrizz, dia sendiri terkejut tiba-tiba ada lembaga melintas dihadapannya, nasib baik kereta tidak dipandu laju. Esha dalam kesakitan masih terdiam dalam hatinya. ‘Dia ingat aku sengaja nak rempuh dia, dah la aku tengah sakit ni’. Syah yang ternampak kejadian itu segera berlari kearah Esha. “Esha tak apa-apa?” Risau Syah, segera memegang tangan Esha melihat tangan yang berdarah, En. Hasrizz berada disitu tidak di endahkan nya. “hey..hey yang kamu pegang tangan dia tue pasal apa, suka-suka hati pegang tangan anak dara orang”. En.Hasrizz marah tercabar ego lelakinya. “Bukan macam tue Encik, tangan dia berdarah nie”. Syah cemas. “Sudah bawa dia ke kereta saya, saya bawa dia ke klinik, haii menyusahkan”. Hasrizz selamber. Syah membawa Esha ke kereta. “haa kamu tak dak luka-luka apa tak payah nak ikut, buat semak kereta saya ja ramai-ramai”. Hasrizz berlagak. Esha dari tadi kesakitan hanya mendiamkan diri, dia sudah merasakan pening-pening lalat. “haii apa laa
Syah mengelamun melayan blues nya, dia terasa bahagia kini dengan gadis yang disayanginya. Esha begitu baik kepadanya, selalu mengambil berat dan tidak pernah timbul masalah antara mereka berdua, mereka saling memahami dan perangai Esha yang kekadang suka berjenaka itu menyenangkan hatinya, dia senang dengan Esha. “Hello brother ada message” terdengar nada message dari handset nya. Syah dapat mengagak tentu message dari Esha, message di buka. “Salam abg, tgh bt aper tu? Sorry kalau Iza ggu. abg sht?” Syah terkejut message dari Iza. Iza gadis yang dipujanya dahulu sewaktu zaman persekolahan menengah muncul kembali dalam hidupnya, ‘kenapa dia muncul tika aku sudah mahu melupakannya’. “Abang, Iza nak cakap sesuatu”. Iza serius. Suasana ditepi pantai diwaktu matahari di ambang senja menyaksikan pertemuan mereka berdua. Syah sejak dari tadi memerhati gadis pujaannya terasa ada sedikit kelainan dari riak wajah gadis itu, membuatkan dia gelisah. Siang tadi dia mendapat message dari Iza untuk berjumpa, urgent katanya ada sesuatu hendak diberitahu, sewaktu itu dia masih dalam kelas matematik di CUEM. “Kenapa ayang? Ayang nampak lain je, ada masalah ye”. Soal Syah lembut sambil menarik tangan Iza, dia kehairanan selalunya Iza membahasakan dirinya ayang tetapi kenapa hari ini lain. “Abang, Iza rasa, lepas ni kita tak payah berjumpa lagi”. Iza berpaling. “Ayang nie suka tau bergurau macam ni, kenapa kena marah ye selalu jumpa dengan abang?”. Duga Syah. “Abang, tak faham ke? Iza tak mahu jumpa abang dah! Lepas ni jangan ganggu Iza lagi! Hubungan kita sampai kat sini ja. Iza fade up. Syah terkejut dengan reaksi Iza. “Kenapa Iza? Apa salah abang?” Syah sedih. Tanpa memberi penjelasan Iza pergi begitu sahaja meninggalkan Syah yang dalam kebingunan. Lamunannya terhenti apabila ada panggilan dari Iza.
Syah berselisihan dengan Husni, dipandangnya Husni. Esha sudah menceritakan kesemuanya mengenai Husni. Husni buat tidak tahu dan terus berjalan menuju kebiliknya setelah penat bermain badminton di kompleks sukan CUEM. ‘Kenapa Esha memilih Syah dari aku, apa kurangnya aku. Aku juga handsome’. Husni sudah sampai kebilik, dilihat Zamree tiada di bilik mungkin belum balik lagi dari membuat jambu. Laci study dibuka, dikeluarkannya sekuntum bunga rose yang sudak kering dan kad tertera ‘I Like And Love You My Girl’. Hajatnya untuk memujuk Esha menerimanya walaupun petang itu niat ikhlasnya tidak diterima Esha. Tetapi dimatikan niatnya, bunga itu tidak sempat diberikan kepada Esha setelah dia tahu Esha sudah bersama Syah student dari course elektrik. “Hoii berangan apa!” Zamree datang segah Husni, bunga yang dipegangnya tercampak jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia mengutip tetapi Zamree sudah melihatnya. “Mana ada aku berangan” Husni buat selamber. “Aku tau hang suka kat Esha, banyak lagi awek cun yang hang boleh dapat”. Zamree
‘Hamm mana Syah nie kata suruh tunggu depan CUEM nie, lambatnya dia, tadi kata dah siap’. Esha merunggut dalam hatinya. Enjin skuter Ego, dimatikan dan dia menunggu di bawah bumbung hentian bus stop. Sejak kejadian dia dimarahi dahulu Esha, Ebby dan Ez sudah membawa kenderaan masing-masing. Tiba-tiba dilihatnya kereta Persona warna putih menyusur laju keluar, Persona dipandu laju. ‘alaa nak tayang kat aku laa tue keta dia, tengok bawak punya laju mau tak terlanggar aku, kemudian marah-marah aku plak’. Esha membebel dalam hati. “Hai Sayang, dah lama tunggu? Sorry Syah ada hal skit tadi”. Kesian pula dia melihat Esha menunggunya. Kalau tidak kerana call dari Iza tadi mesti dia sudah sampai awal. “Takpe selalu Syah tunggu Esha, sekali sekala biar Esha tunggu Syah plak, Erm kita nak pegi mana nie?”. Soal Esha. “kita park moto Esha dulu kemudian Esha naik dengan Syah ok?”. Esha mengangguk setuju, sejak dia mempunyai kenderaan sendiri mereka sering keluar tetapi Syah kelihatan lain sejak akhir-akhir ini handphone nya sering disembunyikan dari Esha dan kadang-kala di silent nya. Esha buat-buat tidak tahu.
“Weh korang, tinggal berapa hari je lagi ni kita nak puasa, aduss 1st time aku berpuasa jauh dari family. Ebby membuat muka sedih. “Ha’ar laa mesti semester ini semester yang best punya”. Jawab Ez penuh dengan planning di fikirannya. “hah ada laa tue plan dia, aku tahu plan apa”. Esha membalas dan boleh menganggak apa yang di fikirkan Ez. Bulan ramadhan yang di nanti-nanti mejelang tiba.
“Adoi penatnya hari nie, dah laa panas”. Ez merunggut. Mereka baru balik dari kelas Measurement. “Sampai bila laa kita nak belajar subjek ini. Aku dah boring la, setiap sem ada ja subjek nie”. Ebby pula merungut. “
“Esha, nak makan apa nie kita order dulu k”. “Esha nak makan nasi goreng ayam chicken chop. Boleh tak? Lepas tue Esha nak sotong celup tepung”. Jawab Esha sambil menatap buku menu di tangan nya. “Banyak nya Esha makan boleh habis ke tue? Nak minum apa?” Gurau Syah. “Minum Esha nak air kiwi”. Syah tersenyum dan membuat pesanan yang sama dengan Esha. Esha asyik memerhati suasana dan decoration restaurant itu, cahaya lampunya malap kebanyakannya meja dan kerusi daripada kayu dan buluh. Esha dan Syah memilih untuk berbuka puasa dibawah pondok beratapkan pohon rumbia yang jauh sedikit dari orang lain. Sambil menunggu masa untuk berbuka puasa terdengar nada message dari handset Syah berbunyi. “Erm mesaj dari sape tue Syah”. Esha bertanya. “Owh dari mbe dia wish selamat berbuka puasa”. Bohong Syah walhal Iza yang menghantar message. “Member lelaki ke perempuan?” Esha
“Jen..jen..jen…tengok nie”. Ez membuat surprise sambil menunjuk bunga api dan berbagai jenis mercun kepada Esha dan Ebby. “Alaaa tue tak sempoi, nah tengok yang aku punya nie teraaaaaa” Ebby membuat kejutan sambil menunjukkan mercun kepunyaannya”. “Ehh nie bukan mercun yang bunga api tue ke?” Kata Esha. “haaa tahu takpe, aku ada macam2 lagi cam mercun roket nie, mercun jet perjuang nie”. Ebby mengeluarkan sejenis mercun berbentuk seperti jet perang. “Ehh yang nie main macam mana?” Soal Esha, “Haaa, main dia macam nie, kita kena cucuh kat sumbu dia nie pastue nanti dia akan terbang macam jet perjuang tue sambil keluarkan api kat sini ekor dia pastue sampai keatas dia meletup pomm…” Cerita Ebby penuh semangat. “Waa gila laa yang nie, sure gempak punya, haaa kau Esha bawak ape?” Ez penuh semangat. Sudah lama mereka tidak buat perangai sejak masing-masing sibuk dengan boyfriends. “Err, aku tak tahu semua nie, aku takde pape, aku tumpang je korang main”. Jawab Esha malu. “Ehh kita nak main bila nie?” Ebby bertanya.
“Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?” Marah En.Rahmat. “orang lain duk syok-syok tidur study kamu bertiga main mercun!” Jam menunjukkan jam 2.35 pagi. “En.Rahmat saya ada tangkap 5 orang lagi dari block siswa”. Kata En.Salleh warden disiplin pelajar. Esha melihat Zamree dan 4 orang lagi dari kos yang lain tidak di kenali mereka ditangkap bermain mercun di dalam desa siswasiswi. “Kamu nak bakar CUEM ni ka? Kalau terbakar sapa nak bayar? Kamu?” Marah En.Rahmat kepada mereka berlapan. Esha rasa menyesal dan malu dengan perangainya yang selalu sahaja dari awal semester membawa masalah kepada warden-warden desa siswasiswi. Sewaktu tadi mereka sedang seronok bermain bunga api sempena meraikan raya yang bakal tiba lagi seminggu. Ebby mengeluarkan mercun jet pejuangnya, dicucuh didalam tin yang didongakkan 45 darjah kemudian dibakar sumbunya melalui lubang bawah tin yang telah ditebuk. Mercun itu terbang seperti kapal terbang mengeluarkan percikkan api berwarna-warni dan akhirnya meletup di angkasa kebabomm, dua tiga kali dimain mereka sehingga di tangkap oleh En.Rahmat dan Ustaz Yaacob warden desa siswasiswi. “Tapi En Rahmat, kami main kat
SEMESTER 6
“Hip hip hureyyyy” Esha, Ebby dan Ez bersorak riang kerana ini tahun terakhir bagi mereka meninggalkan CUEM. “Now, we’re super senior! Yeahhh” Kata Ez bangga. “Ehh aku dengar tahun nie kita dah takde exam dah
Esha ditemani Ez, mereka berpakaian serba hitam seperti hendak memecah masuk merompak sesuatu barang berharga. “Esha, cepat laaa, nie kalau kena tangkap sure kena buang hostel nie”. Ez mengesa risau kalau-kalau mereka ditangkap. Dari jauh dia melihat Ebby kalau-kalau ada isyarat amaran ada orang datang. “shuhh diam laa, kejap je dah nak siap”. Esha memancitkan tayar ke empat kereta En.Hasrizz dia geram dengan perangai Hasrizz yang suka mencari pasal dengan dia.
“Damn it!” Harizz geram. ‘Waktu ni laa dia nak pancit, empat tayar plak tue. Wait da minute takkan tayar kereta boleh pancit keempat-empat sekali gus kalau tiada orang yang buat naya kat aku’. Hasrizz bermonolog seorang diri. “Assalamualaikum, hai pasai apa nie rizz?” Sapa Ustaz Yaacob. Tak tahu la Ustaz, empat tayar ni pancit, tiba-tiba ja, semalam saya tengok ok ja”. Hasrizz binggung. “Empat tayar? Macam mana boleh pancit empat tayar ni?”. Soal Ustaz Yaacob. “Entah la siapa la yang buat naya saya ni”. Hasrizz kebuntuan. “Takpa nanti kita panggil makenik datang tengok”. Ustaz Yaacob memberi cadangan. ‘Aku rasa aku tahu sapa punya angkara, tapi tak
“Esha, marah Syah ke?”. Syah memujuk. Ez dan Ebby segera memberi ruang kepada Syah dan Esha, dan mereka duduk di meja lain. Esha masih mendiamkan diri. Syah mengambil tempat duduk dihadapan Esha. “Esha jangan macam nie, Syah minta maaf, jangan la merajuk sayang”. Sambil memegang tangan Esha. “Taklah Esha tak marah pon, Esha tahu Syah sibuk”. Jawab Esha malas. “Erm betul nie tak marah?” Syah mencari kepastian. “Betul, lagi pon Esha sendiri sibuk banyak projek”. Esha menyedapkan hati Syah. Sesungguhnya dia selalu menjaga perasaan Syah. Tidak pernah dia melukai hati lelaki yang berada di hadapan nya itu. “Syah dengar, skuter Esha dah kena kuarantin sampai akhir sem, betul ke?” Tanya Syah. “Ha’ar, macam mana Syah boleh tahu? Siapa cerita?”. Esha kehairanan macam mana Syah boleh tahu. Seingatnya pada hari dia hendak keluar berjumpa Syah dia hanya memaklumkan dia tidak jadi untuk berjumpa Syah hari itu. Tidak pula dia memberitahu sebab kenapa dia tidak jadi berjumpa dengan Syah. Silap Syah juga kerana selepas itu tidak pula dia mesaj Esha menanyakan hal sebenarnya. Nada message dari handphone Syah berbunyi. Esha fadeup sejak akhir-akhir ini selalu sahaja ada gangguan mesaj dari hand phone Syah. Esha mula curiga ada sahaja alasan yang diberi Syah seakan mengelak sesuatu dan Syah sering mengelak apabila Esha mahu melihat hand phonenya. Esha buat-buat tidak tahu kerana alasan yang sama akan diberikan. Esha sudah mula bosan dan Syah tahu Esha mula mencurigainya.
ALAM PEKERJAAN
‘Rindunya aku kat Ebby dan Ez, apa diorang sedang buat sekarang ye’. Esha teringatkan kawan-kawan di CUEM, terasa sunyi dan kelainan antara alam CUEM dan dunia pekerjaan. “Weh korang esok last laa kita bersama, aku sedih la nak berpisah, korang jangan lupa aku k”. Ebby meluahkan perasaan, tidak pernah Ebby seserius itu. “Ala Ebby, jangan risau lah aku tak
Esha sampai ke rumah nya di taman
Esha: Assalamualikum, Hai Syah buat apa hari ni? Esha rindu la, kita jumpa minggu ni nak?
Syah: Waalaikumusalam, Syah tak buat apa-apa pon sayang baru balik dari keje nie. Sayang dah makan?
Esha: Esha belum makan lagi, lambatnya angkat fon, buat apa tadi?
Syah: Owh Syah tengah drive tadi baru sampai rumah
Esha: Syah, kita jumpa minggu nie nak? Esha pergi
Syah: Erm minggu ni tak boleh la sayang Syah ada hal skit dah janji dengan kawan nak teman dia.
“Owh yeke? Takpe la macam tu, nanti minggu depan plak lah kita jumpa”. Esha kecewa. Setahunya dia dan Syah sudah jarang berjumpa. ‘Orang lelaki nie memang pelik masa sebelum dapat dikejarnya kita sampai tak mau mau sekarang dah dapat buat tak tahu plak’. Esha membebel dalam hati. Selepas berborak dengan Syah talian di matikan.
“Mak aiii banyak nya kerja kat meja aku”. Esha terkejut, setahunya hari sabtu dan ahad mereka bercuti cuma pekerja yang kerja di site sahaja berkerja. “dengan invoice nya bertimbun-timbun, fail berselerak”. Esha merungut. “Haiii nieh duk beletiaq apa ni pagi buta”. Sopie menegur Esha, pagi-pagi lagi sudah dengar bebelan Esha. “ni haa banyaknya kerja, sapa yang letak?” Esha merunggut. “Erm tah laa try tanya QS sorang lagi tengok”. Sopie menunjukkan jari ke arah meja Fizul. Fizul belum sampai ke office lagi. ‘Hmm boleh jadi dia, dia ni kadang-kadang rajin buat ot hari cuti pon, mesti dia punya kerja’. Fizul sampai ke pejabat terus Esha menyemburnya. “Hai Fizul, kau ni semua kerja kau nak bg kat aku ke?”. Esha menunjukkan invoice dan dokumen yang tidak tersusun serta fail yang berselerak. “Opss sorry, setahu aku kerja semak invoice nie memang kerja hang, beside that aku dah kena jaga projek kat Perlin. Hafizul menjawab slamber. “Habis kau sorang la eh jaga projek? Aku tak jaga?”. Esha geram dan mengasingkan invoice-invoice mengikut site. “nah nie projek kau, kau semak”. Seraya meletakkan invoice-invoice dan DO projek Perlin di meja Fizul. “huisyy berkiranya minah ni”. Fizul
Entah kenapa malam itu hati Esha gelisah, dia tidak boleh tidur, dibaring nya kekiri tidak kena, kekanan juga tidak mahu terlena. Jam menunjukkan pkul 1.55pagi, Esha
“Eh, Esha nie asyik mengelamun ja keja dia”. Sopie menegur Esha. “mana ada aku mengelamun, pandai-pandai ja”. Esha menidakkannya. “hurm yelaa tue” Sejak dari pagi lagi dia perasaan ada sesuatu yang aneh kepada gadis itu. Esha tidak riang seperti selalu. Esha menyambung kerjanya, terdengar nada message dari handphonenya cepat-cepat dia mengambil handphonenya, semestinya message dari Syah. Esha membuka dan terpapar nombor +060124412323 ‘ehh nombor sapa nie?’. Esha membaca isi kandungan message itu. “Salam, awak nie Esha ke? Saya Iza awek Syah, Saya harap awak tidak akan ganggu Syah dan jangan ganggu hubungan kami lagi”. Esha terkejut, mengeletar jarinya membalas message dari nombor itu. “W’slm, sape awk ni? Kenapa awak kata mcm2? Saya tak pernah ganggu hubungan sesiapa @ pakwe sape2 pon!” Esha membalas. “Saya nie awek Syah, kami dah couple dari sekolah menengah lagi, awak rampas Syah dari saya, Syah tak pernah pon suka atau cinta awk”. Esha terkejut air matanya mula menitis tetapi ditahannya apabila Fizul sedang memerhatikannya. Segera dia ke toilet membasuh air mata nya. Esha tidak membalas message Iza, dia perlu mencari kepastian daripada Syah. Esha menghantar message kepada Syah. “Esha hendak jumpa Syah sabtu nie, Esha ke
Esha memandang laut yang terbentang luas dari tempat rehat sebelah highway itu, airnya kelihatan tenang tidak setenang hati Esha, cahaya matahari yang memancar ke atas dada air laut membuatkan laut itu seperti lautan berlian yang sentiasa bersinar. Sejak tadi Esha menunggu Syah mereka berjanji untuk berjumpa disitu sahaja. Kereta Waja berwarna Hitam berhenti di sebelah kereta Myvi SE putih milik Esha. “Esha, Syah minta maaf”. Syah bersuara pelahan. “Kenapa Syah? Kenapa Syah buat Esha macam ni? Kenapa Syah tak pernah berterus terang sebelum ini?” Esha sedih, airmatanya ditahan, sebak dadanya. “bukan macam tu”. Syah bersalah. “Habis, macam mana? Macam sekarang nie?”. Esha masih mengawal nada suaranya supaya tidak kelihatan seperti dia dalam kekecewaan. “Syah sayangkan Esha dan Syah juga sayangkan Iza”. Syah berterus terang. “Iza? Sapa Iza nie Syah?”. Esha bertanya kepastian. “Saya Iza”. Kehadiran Iza tidak di sedari Esha. “Saya yang hantar message kepada awak dan saya juga awek Syah sejak di menengah lagi”. Sejak dari tadi Iza memerhati Esha dan Syah didalam kereta waja milik Syah dan dia segera keluar untuk mendengar perbualan Esha dan Syah. “Iza kenapa turun dari kereta,
“Esha are u ok?” Tanya Sopie, dia tahu tentu sukar bagi Esha untuk melupakan peristiwa itu seperti adegan dalam drama berlaku kepada kawan sekerjanya. “Yeah I’m ok” Esha menjawab sambil matanya tertatap ke screen computer. “Sure?” Sopie menduga. “Very sure” ringkas Esha jawab. Esha membuka laman web University Technical Education Malaysia (UTEM). Nombor identity kad nya di taip Esha menunggu penuh debaran. Terpapar ‘Tahniah ada berjaya!’. “Yess…Yesss” Esha bersorak riang. “Ehh dah kena sawan ke apa hang nie Esha”. Kata Sopie terkejut dengan reaksi Esha yang tiba-tiba happy sedangkan tadi diam mencuka. “pesal hang nie Esha menang loteri ka? Tanya Fizul. “ada lak loteri, aku dapat sambung blaja wat degree pendidikan”. Esha senyum gembira. “Wahhh, jadi cikgu la ye hang nanti”. Kata Fizul. “Habis hang berhenti kerja ka Esha?”. Tanya Sopie. “Ha’ar nanti aku kena bagitahu kat undertaker tue la kata aku nak resign”. Kata Esha. ‘Aku mesti bagitahu pada Ebby dan Ez berita nie, macam mana la keadaan mereka
Sudah sebulan Esha mendaftarkan diri di University Technical Education
Esha terasa penat seharian sehingga ke petang dia di libarary UTEM menyiapkan assignment dan tugasan yang diberikan prof. Dia mahu pulang ke bilik, dalam perjalanan pulang untuk ke parking dia ternampak sebuah kereta Persona berwarna putih parking bersebelahan dengan Myvi nya, Persona itu seperti dikenali Esha. Tiba-tiba dia teringatkan lecturer mekanikal semasa dia di CUEM, bagi Esha Hasrizz seorang lecturer di kategorikan macho dan smart ala-ala pelakon kacak Aaron Aziz, tetapi disebabkan dia suka mencari pasal dengan Esha membuatkan Esha tidak suka dengan Hasrizz. ‘Hmm tak
Esha melarikan dirinya dari Hasrizz dia tidak mahu Hasrizz melihatnya. ‘Kenapa kerap sangat aku nampak dia ni, apa dia buat kat sini menganggu hidup aku ja’. Esha membebel. “Hai awak…” Hasrizz memanggil. Esha tergamam dia terhenti antara mahu pergi atau tunggu disitu sahaja. Esha berpaling tersenyum, “Hai En.Hasrizz”. Tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya. “Kamu sambung study di sini ke?” Hasrizz berpura-pura menanya walhal dia sudah nampak Esha di library tempoh hari. “Ha’ar heee bbbyeee” Esha gagap segera dia melangkah untuk pergi. “Esha, kenapa dengan awak ni?” Hasrizz mengejar Esha. “Er tak de pape En.Hasrizz”. Esha gugup. “Laa jangan berencik encik dengan saya, panggil Hasrizz, lagi pon saya bukan lagi lecturer kamu saya pon student disini”. Hasrizz tahu Esha segan dengannya. ‘kenapa dia nie dah buang tabiat ke? Mamun kot dulu punya kasar ngan aku sekarang ok plak’. “Encik Hasrizz pon student UTEM ke?” Esha memberanikan diri bertanya, suaranya lembut perlahan. Hasrizz suka mendengar suara Esha begitu. “Ya, saya buat master dekat sini, la
“Assalamualaikum, Esha tengah buat apa tue? How’s
Lagu Bubbly nyanyian Colbie Caillat dari hand phone Esha berbunyi, Esha melihat di screen panggilan dari Master H. Esha berdebar-debar kerana dia tidak pernah lagi mendengar suara Master H, panggilan di jawab.
Master H: Hai Esha.
Esha: Assalamualaikum
Master H: Opss sorry, Waalaikumussalam, Esha tengah buat apa tue?
Esha: Tak buat apa-apa berehat je ‘hmm sedap juga suara dia tapi kenapa macam pernah dengar je?’
Master H: Saya suka dengar suara Esha, Esha dan makan?
Esha: Suka dengar? Nie
Master H: Eh ye tak ye juga
Esha: Eee sape nak awak suap? Nanti dijangkiti bacteria plak hehehe.
“Esha, Esha kenal saya tak?” Suara Master H berubah nada serius. “Erm saya tak kenal sape awak, saya pelik macam mana awak kenal saya dan tahu saya di mana dan buat apa, saya bukan nyer artis berita nak papar didalam mana-mana majalah” Esha menjelaskan dengan panjang lebar. Terdengar suara Master H ketawa. “kalau macam tu biar laa hidup awak diselubungi misteri”. Esha pula ketawa.
Esha memilih untuk breakfast di café sahaja. Café itu yang terletak di bawah library UTEM, Esha memesan one cup mocha dan 2 eggs cheese sandwich. Setelah membuat pesanan Esha mengeluarkan laptopnya dan mengeksess internet di situ. Dia memeriksa e-mailnya, “YOU HAVE 325 MAIL IN YOUR INBOX” tertera window berwarna pink. Esha membuka email yang penting sahaja. ‘Haa email dari Ebby, wahh dah cun sekarang ni, tak pakai speck siap contact lens lagi wah wah hebat, dah pandai dressing plak tue’. Esha membebel seorang diri dalam hati nya sambil tersenyum melihat picture Ebby yang di emailkan kepada nya. Sedang asyik dia melihat picture Ebby timbul window messenger berwarna purple berlatarbelakangkan bunga rose dah kelopak bunga rose yang jatuh satu persatu berterbangan kemudian hilang.
Master H_A_z: “Hai gadis ku”. Esha membaca, ‘haa dia buat lagi, gadis ku plak dah’ sambil menaip,
Gadis RoseseLa: “Hai…saya tak register jadi gadis awak pon!” nama samaran Esha di ym.
Master H_A_z: Kalau macam tue kasi la form saya hendak register.
Gadis RoseseLa: hehehe =)
Master H_A_z: Awak breakfast apa pagi nie?
Gadis RoseseLa: roti telur je dan 1 cup mocha.
Master H_A_z: tak ajak saya pon.
Gadis RoseseLa: Awak jauh la
Master H_A_z: Mcm mn awk tahu sy jauh?
Gadis RoseseLa: sebab saya rasa awak jauh.
Master H_A_z: Yeke? Kalau saya dekat awak macam mana?
Gadis RoseseLa: kalau dekat? Saya suruh awak byr bil breakfast saya nie sep duit saya hehehe. Master H, diam tidak membalas. Esha menunggu lama ‘Hai diam plak, selalu hilang macam tue je’ Esha menaip ym lagi.
Gadis RoseseLa: Takut nak bayar bil ye? =)
“Morning Esha, semak email ke? May I join you?” Esha terkejut dia tidak perasan Hasrizz juga berada disitu. Cepat-cepat di tutup laptopnya untuk mengelak Hasrizz membaca email nya. “Sure”. Esha membalas ringkas. “Tersenyum ceria je pagi ni, ada berita gembira ka?”. Hasrizz cuba mengorek rahsia. “Erm ada, awak tahu, kawan saya Ebby yang rabun tue, waa dah lain sekarang nie dah cantik, tak pakai cermin mata dah dah cantik dari saya la”. Esha bersemangat cerita. “Yeke? Tapi Esha lagi cantik”. Balas Hasrizz selamber sambil membuka laptopnya, Esha menunduk malu, rambutnya paras bahu lembut turut terjatuh menutupi mukanya apabila Esha menunduk. Esha menjamah sandwishnya yang telah lama dihidangkan. “Erm takde klas ke?” Esha bertanya. “kejap lagi pukul 10.30, sekarang baru 9.30 ada lagi sejam kan”. Jawab Hasrizz sambil melihat jamnya. “Esha plak takde ke?” Tanya Hasrizz. “kelas Esha pukul 12.00 lepas ni Esha hendak ke library.
Master H_A_z: Sorry ada hal skit tadi bukan takut. Ok saya bayar bil awk.
Gadis RoseseLa: hendak bayar dengan apa? pinjam duit saya dulu bayar ehh??? =P
Hasrizz sejak dari tadi memerhati Esha tersenyum, “hai awak nie asyik tersenyum je buat apa tue?” Hasrizz cuba mengorek rahsia lagi. “erm takde pape lak awak”. Jawab Esha. “Taknak kongsi dengan saya ke? Saya kan kawan awak”. Balas Hasrizz. Esha terdiam lama berfikir dan akhirnya dia menceritakan kepada Hasrizz mengenai Master H dari A-Z. “Owhh macam tue melepas la saya sekali lagi”. Esha antara dengar dengan tidak berkata. “Apa Rizz kata tadi?” Terkejut. “Takde saya kata bagus la, ok saya dah ada kelas nanti jumpa lagi ok?”. Jawab Hasrizz hampa. “Ok Hasrizz jalan elok-elok, kalau jatuh dah tak encem”. Hasrizz tersenyum sambil mengeyitkan matanya. Wahh hendak cair juga hati Esha melihat Hasrizz mengeyitkan mata kepada Esha. Setelah menghabiskan sarapannya Esha memanggil pelayan untuk membayar bil nya, tetapi pelayan itu mengatakan bil Esha sudah di bayar oleh orang bernama Master H. Esha kehairanan, ‘biar betul dia nie, memang misteri’.
KISAH SYAHREEZA
‘Apa Esha sedang buat, mahukah dia memaafkan aku? Sudah setahun lebih aku tidak berhubung dengan Esha’. Syah bermenolog seorang diri. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Esha, gadis itu begitu baik dan setia kepadanya, tidak sedikit pun dihatinya mencurigai dirinya yang curang itu. Syah mengambil handphone nya dan jarinya pantas mendail nombor Esha kemudian di matikannya, di dail nya semula kemudian talian di sambungkan, menunggu di talian, terdengar suara Esha, “Hello, Hello.. sapa nie? Cakap la sape nie nape diam?” Esha pelik. “Esha”. Syah memanggil. Esha tergamam, mahu sahaja terlepas handphone di jarinya, suara itu sangat di kenalinya. Sekian lama kenapa Syah muncul kembali dalam hidupnya, Esha baru melupakan Syah kerana ada nya Master H dan Hasrizz yang selalu mendengar masalahnya. “Esha, Esha apa khabar? Sihat?” Tanya Syah.
Esha: Sihat, Syah?.
Syah: Sihat, Esha Syah nak minta maaf.
Esha: Maaf? Kenapa plak? Syah tak buat salah pape pon pada Esha.
Syah: Esha, jangan macam nie, Syah tak pernah pon lupakan Esha, Syah masih sayangkan Esha.
Esha: Hey hey Syah apa sayang-sayang nie? Dah la Syah, perkara lama jangan nak disebut-sebutkan lagi, Esha dah lupakan. ‘banyak la dia punya sayang, kalau sayang ada dia nak buat kat aku macam tue?’. Esha mengerutu dalam hati.
Syah: Esha, Syah dah tak bersama dengan Iza lagi, Iza dah tinggalkan Syah.
Esha: Habis tue nak Esha buat apa?
Syah: Esha, Syah tau nie salah Syah. Iza tinggalkan Syah kerana dia ada orang lain, Syah tak bahagia dengan dia. Esha dah lupa sewaktu kita bersama dulu?
Esha: Syah please la Esha dah lupa kan hal kita tue. Tentang apa yang terjadi antara Syah dan Iza, sorry Esha tak mau dengar. Ok lah Esha ada kelas esok, Esha nak tido dah lewat ni.
Syah: Esha nanti dulu, Syah nak Tanya apa tiada lagikah peluang untuk Syah perbaiki kesilapan Syah.
Esha terdiam, dia sudah mengalirkan airmata, banyak air mata di curahkan kepada lelaki itu. ‘Kenapa semua ini terjadi kepada diriku ya Allah’. “Maaf Syah, we talk about this later k, bye assalamualaikum”. Esha mematikan talian. Syah hampa, dia menyesal dengan perbuatannya sendiri, kerana harapan yang diberikan Iza hati seorang gadis yang setia terluka.
KISAH HASRIZZ
Hasrizz menatap screen computer riba nya, pantas jari jemarinya menaip perkataan membalas yahoo messenger Esha. Hasrizz teringat kisah antara dia dan Esha semasa di CUEM dahulu. Sewaktu itu Esha masih lagi bergelar student CUEM dan dia baru bergelar TUTOR di CUEM tetapi terasa diri seperti pensyarah. Kali pertama dia melihat Esha pada hari pendaftaran dimana Esha melanggarnya kerana sikap kelam kabut Esha. Dia tahu Esha bukan seorang student yang nakal kerana dari tutur bicaranya, mungkin kerana dia berkawan dengan rakan yang nakal. Dia selalu memerhatikan Esha tanpa di sedari Esha. Masih dia ingat bagaimana dia selalu sahaja mencari kesalahan Esha, bukan kerana benci tetapi kerana dia ingin mendekati gadis itu. Kenangan paling dia tidak boleh lupa sewaktu Esha memijak kakinya yang hanya bersandle ketika itu dan rambutnya di tarik geram, kerana itu kakinya lebam. Satu lagi perluang yang ditunggunya untuk bersama Esha sewaktu dia nyaris-nyaris melanggar Esha. “Awak nie tak boleh ke tak nyusahkan hidup saya?” Marah Hasrizz, “tergopoh gapah, tengok
Gadis RoseseLa: Hai awak nie selalu je tau hilang, mesti berangan nie hehehe
Master H_A_z: Esha, Esha suka saya tak?
Gadis RoseseLa: Suka, sebab awak selalu ada tika saya bersedih
Master H_A_z: Suka sebab tue ke?
Gadis RoseseLa: Habis?????
Master H_A_z: Esha tak mahu tahu sape saya ke?
Gadis RoseseLa: Nak laa awak dah banyak misteri dalam hidup saya nie. Saya nak kasi kes kat misteri nusantara lah bongkarkan misteri awak.
Master H_A_z: hahaha, tak perlu sampai misteri nusantara, kita jumpa.
Gadis RoseseLa: Jumpa? Bila?
Master H_A_z: Hari sabtu jam 6.00petang di Village Garden, LakeTown Bandar Shah Alma. Esha tunggu di sana ok.
Gadis RoseseLa: Macam mana nak kenal?
Master H_A_z: Saya message awk.
Esha kegelisahan, sejak 5.45 dia sudah berada village garden, walhal dia dia akan berjumpa dengan Master H pada pukul 6.00 petang. Dalam hatinya memuji Master H yang romantic dengan mengajaknya berjumpa di garden seperti taman enggeris dan sedikit campuran dengan keadaan di kampung. Suasana nya cukup nyaman dengan terdapat bunga rose dan kedengaran pancutan air dari replica berbentuk love yang diukir dari kaca.
Esha sedang sibuk mengemas biliknya, sudah lama dia tidak pulang kerumahnya di penang. Terasa rindu dengan family terubat dan dia sekarang gembira bersama Hasrizz. Sedang asyik Esha mengemas terdengar bunyi enjin kereta dan suara orang memberi salam diluar rumah. Esha melihat siapa yang datang, dilihat dua buah kereta berkeluarga di depan rumahnya di jemput oleh mama dan abah nya mesra. ‘Ehh Rizz nie, suka tau buat surprise macam nie tak pernah ubah-ubah nak meminang pon bagitahu la dulu nasib baik aku dah mandi’. Ngomel Esha dalam hati tetapi gembira. Sedang Esha memerhati ternampak seseorang yang sangat dikenalinya. ‘Ehh tue Syah, apa dia buat kat rumah aku nie? Ohhh no jangan-jangan…aku mesti halang semua nie dah sasau kot Syah nie, tapi macam mana nie?takkan aku nak pi serbu macam nie kot’. Esha gelabah.
“Hmm nasib baik saya cepat hari tu memang saya nak buat surprise kat awk hari tu” Kata suami Esha. “Ape plak saya awak abang nie”. Kata Esha sambil mencubit manja suaminya, “Abang laa”. Mereka ketawa “Yelaa kalau abang tak cepat datang hari tu mesti orang lain sambar sayang dari abang, dah lama abang tunggu sayang nak pujuk bukan senang”. Dia tersenyum sambil menatap kad kawin tertera nama HASRIZZ BIN DATO ISKANDAR DAN NUREESHA BINTI NUBHANS yg akan diedarkan kepada ahli saudara dan kenalan. “Ala lama tunggu konon masa kita study kot nak kenal-kenal dengan kita cakap suka, takut laa tu, dah la tu abang kedekut dulu buat miscall, message and 3 second call je”. Esha mengungkit. “Yelaa abang dulu baru je jadi tutor bukan nya pensyarah betul-betul lagi” Kata Hasrizz sambil mencubit pipi Esha isterinya. “Yela kata anak dato?” Balas Esha. “Oo ingat anak dato semua harap kat papa diorang la eh?” Jawab Hasrizz. Esha tersenyum “abang sekarang ada lagi tak 3 second tue?” Soal Esha kerana sudah lama tiada 3 second call itu. “Dah takde laa sayang, tapi abang kasi bunga dan coklat selalu tau, sebab abang tetap setia dan, Hati Ini Hanya Padamu sayang”. Jawab Hasrizz separuh berbisik sambil mencium pipi isterinya. Esha bahagia bersama Hasrizz. Seperti mereka aku dan kita semua ada kisah masing-masing mahukan kebahagiaan.