My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Thursday, March 30, 2017

Pengalaman Memakai Braces & Sedang Memakai

Assalamualaikum dan Hi,

Rasanya sudah bertahun aku tidak menulis blog, sebabnya tiada perkara menarik untuk aku share dan ceritakan. Tapi kali aku ada topic menarik iaitu braces @ pendakap gigi.  Aku terpanggil untuk share pengalaman aku memakai pendakap gigi @ braces.  Mungkin tiada picture yang boleh aku share disini sebab aku login dan menulis blog hanya mengunakan telefon android.  Okey sebelum aku teruskan aku hendak para pembaca tahu dahulu ada beberapa kategori braces

1) Conventional braces (lebih trendy & affordable)
2) Self Ligating (More Advance & cepat)
3) Ceramic braces (More expensive & clear)

Yang aku pakai nombor 2. Sebab apa aku pilih no.2? Nanti aku bagitahu.  Sebelum memakai braces memang aku sudah buat research dan survey harga braces mampu milik yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Aku survey klinik gigi bernama A di Sungai Dua, harga untuk conventional braces RM3500; deposit RM1000, monthly installment RM150 dan Self ligating RM5000; deposit RM1500 monthly RM250. Aku tanya boleh @ tidak untuk buat atas @ bawah sahaja. Dia cakap tidak boleh, okey sebab aku cadang memang hendak buat braces untuk atas sahaja jadi klinik A memang tidak sesuai dengan aku.  Aku buat survey lagi kali ini carian melalui blog, dan satu blog ini (nama blog tidak ingat) cerita dia buat braces self ligating di klinik pergigian Dr.J di Kulim. Aku pun terus call Klinik Pergigian Dr.J, perkara pertama yang aku tanya boleh tidak hendak memakai braces atas sahaja, klinik kata boleh, terus aku tanya harga untuk self ligating berapa, dia kata deposit RM800 montly RM150 total RM4000, ok aku mampu terus aku minta untuk set appointment, tapi malang sungguh klinik Dr.J terlalu ramai pelanggan dan wait list sangat lama, masa aku tanya awal bulan 3 2017 tapi 15.5.2017 baru aku boleh buat braces.  Okey kemudian aku search lagi akhirnya perncarian aku ketemu juga, aku pergi ke Klinik Pergigian Dr.Haneesah area Padang Serai aku tanya macam biasa boleh @ tidak untuk buat atas sahaja memandangkan gigi aku diatas sememangnya jarang teruk disetiap gigi hadapan, tetapi gigi bawah aku rapat tersusun rapi. Dr.Haneesah kata okey boleh, terus aku tanya harga. Deposit RM1000 monthly every two month RM150 total RM3500. Appointment aku pada 24 March 2017 Jumaat, jam 0900.

Okey kenapa aku pilih self ligating? Aku dah blogwalking dari satu blog ke satu blog yang lain cerita mengenai braces. Rata-rata memilih conventional braces yang berwarna warni cantik memang cantik sebab pelanggan boleh memilih band ikut warna kesukaan yang nak letak pada braces.  Tapi itu lah hakikat cantik tapi menyakitkan, mereka akan melalui satu persatu step dari check up, mould gigi, x-ray, cabut gigi, spacer (yang ini aku baca dari blog, tanya kawan aku dan aku tengok di you tube rata-rata kata sangat menyakitkan.  Bayangkan gigi kita yang rapat hendak dijarakkan @ lebih senang bayangkan sisa daging terlekat dicelah gigi, sakitkan?) Step seterusnya aku tidak ingat, kamu google sendiri.  Jadi aku tidak merasai pengalaman dari step cabut gigi, pakai spacer dan pilih warna band sebab aku pilih pakej self ligating, besi semua tiada warna-warna.  Jadinya aku tidak merasai sakit cabut gigi dan sakit memakai spacer.  Tempoh pakai self ligating lebih cepat iaitu selama 1 tahun setengah @ 2 tahun paling lama.  Berbanding conventional tempoh 2 hingga 3 tahun, macam kawan aku dia kata tempoh pakai 4 tahun bergantung pada gigi masing-masing.

Sampai la masa yang ditunggu-tunggu akhirnya ada juga rezeki aku memakai braces, temujanji aku pukul 0900, aku sampai confirmkan kedatangan di kaunter bagi IC dan buat pendaftaran.  Selesai pendaftaran aku tunggu nama dipanggil, suasana klinik Dr haneesah sangat selesa dan kemas.  Sampai nama aku dipanggil pukul 9.15 aku masuk jumpa Dr.Haneesah, sembang-sembang dengan Dr. soalan pertama Dr. tanya aku kenapa hendak buat braces? Jawapan aku "Saya nak gigi cantik Dr. gigi jarang sangat ni". Dr. senyum dan check gigi kemudian Dr. suruh aku ke bilik x ray untuk check jika ada gigi yang tidak keluar.  Sudah dapat result x-ray Dr. datang dan dia kata tiada masalah boleh pakai braces. Yey boleh terus buat hari ini juga tidak perlu aku datang dua tiga kali sebelum boleh pasang braces.  Nampak tidak disitu apa kelebihan self ligating. Step pertama Dr. amik acuan gigi bawah dahulu, okey lagi, kemudian acuan gigi atas, yang ini buat aku tidak tahan berapa kali aku wek wek wek geli tau rasa hendak muntah.  Rasa mould tu tawar tidak ada perasa tapi aku masih geli dan rasa hendak muntah.  Kemudian Dr. polish dan scaling gigi aku, aku tidak tahu apa yang Dr. buat sebabnya mata aku Dr. pakaikan cermin mata untuk halang cahaya terang pada mata aku.  Kemudian aku dengar Dr. kata pada assistance dia untuk ambilkan self ligating braces. Dr. Haneesah memulakan proses memasang brackets satu persatu lama juga la aku ngaga mulut aku terenyih dengan bantuan alat untuk luaskan mulut. Owh terlupa sebelum itu Dr. ambil dahulu picture gigi sebelum. Masa pasang brackets part paling aku rasa susah gigi garham rasa macam hendak terkoyak juga mulut aku ini tapi aku sabar sakit kejap sahaja, kau hendak cantik kan? Ok dah siap pasang brackets Dr. pasang wire, dia kata selepas pasang wire siap sudah braces aku. Sebelum itu aku terdengar Dr cakap pada assistance dia part ini paling mencabar sebab takut wayar terlebih dan boleh buat pelanggan tidak selesa. Part paling susah bila pasang wire di gigi garham, aku pun terasa susah dia. 😂😂😂😂 Okey setelah 40 minit berhempas pulas siap sudah braces aku. Dr.Haneesah buka penghadang mulut dan minta aku kumur.  Dr pesan pada aku memakai braces akan ada kesan kesan dia yang selalu orang akan alami ulser, ulser ini disebabkan pipi berlaga dengan besi besi braces dan menyebabkan luka sebab itu terjadi ulser.  Cara hendak mengatasi dengan meletakkan wax pada besi yang tajam apabila terjadinya ulser.  Aku hari pertama sudah terasa geseran itu jadi aku pakai wax siap siap sebab tidak mahu parah. Aku pakai sampai ulser surut.  Setelah siap aku pergi tunggu depan buat pembayaran deposit RM1000 dan adik di kaunter bagi aku ubat tahan sakit, wax, kad appointment dan berus gigi khas untuk braces.

Okey soalan yang pertama sekali orang tanya aku selepas buat braces. Sakit @ tidak? Awal-awal selepas siap braces aku cuma rasa gigi aku tegang sangat tapi bukan sakit tau.  Balik tu aku makan nasi goreng, aku gigit slow slow sebab masih hendak serasikan dengan suasana memakai braces.  Bagi aku tidak la rasa sakit macam blogger lain kata sampai tidak boleh makan nasi, aku boleh jer makan cumanya kena gigit slow slow.  Aku cuma rasa kebas kebas jer pada gigi.  Masuk hari kedua aku okey lagi gi jalan-jalan sana sini makan pizza. Tapi masuk hari ke tiga aku demam 😂😂😂 aku tidak tahu demam sebab buat braces @ sebab dua tiga hari sebelum itu memang kerja berjalan sahaja, yela gaji kan masuk awal. Tapi gigi aku masih tidak sakit cuma rasa tegang dan hari ketiga ini aku makan bubur sebab hilang selera makan. Hari ke 4 pun sama makan bubur. Hari ke 5 dan 6 makan nasi balik masih makan slow slow sebab rasa tegang dan hari ini masuk hari ke 7, bangun tidur rasa tegang tu berkurang sikit tapi aku cadang hendak makan bubur juga senang tidak perlu aku gigit slow slow lambat doh... Cuma 1 je aku hendak bagitahu untuk orang jenis suka makan macam aku ini, Allah hilang nikmat makan weyyyy 😢😢😢😢 benda kita makan terlekat je dekat besi besi sungguh tidak selesa. Selepas makan kena berkumur dan cuci gigi kalau tidak sumpah aku cakap tidak selesa. Jadi kalau ke mana mana air masak jangan lupa okey.

Semua aku sudah cerita dari klinik, kos braces dan tahap kesakitan, jadi pesanan aku sebelum buat survey dahulu dan pilih hendak pakai jenis braces yang mana satu.

Sekian, Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^