Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat buat blogger semua, harap sihat semua kehendaknya. Tajuk kali ini masih lagi mengenai braces. Masuk hari ini sudah 3 minggu lebih aku memakai braces. Ok sepanjang 3 minggu ini hari-hari aku belek gigi aku kenapa tiada nampak apa-apa perubahan pun kata fast results. Aku pelik sebab self ligating claim for fast result katanya tapi gigi aku macam tu juga jarang jarang juga. Ok segala persoalan aku terjawab selepas kejadian brackets aku tercabut. Kejap lagi aku bagi tahu kenapa aku tidak nampak apa-apa perubahan.
Dua hari lepas pada waktu yang hampir sama macam sekarang, aku singgah rumah emak aku untuk ambil barang. Sebelum pergi rumah emak aku memang aku sudah inform pada dia. Jadi elok aku masuk rumah emak aku, dia kata "emak ada simpan kulit ayam goreng dengan hati ayam goreng untuk cek" wahhh favorite aku tu. Tanpa berlengah aku pun makan. Elok aku menguyah dalam dua tiga kali pragggg.... rupa-rupanya brackets aku yang dibelakang sekali sebelah kiri tercabut. Terus rasa longgar dari rasa gigi tegang. Aku terus stop mengunyah, aduhhh potong stim sungguh. Okey bila terjadi seperti ini apa yang perlu kau orang lakukan? Ini cara aku:
Yang pertama sekali jangan panic, stop makan dahulu sebabnya takut kau orang tertelan brackets tu sebab benda kecil kan?
Step ke 2: kau orang tarik keluar bracket yang tercabut tu dari besi, jangan dibuang pula, basuh dengan ubat gigi @ listering betul ke tak eja entah lah benda ni harap kau orang faham sudah. Sudah basuh lap bagi kering simpan dalam plastik kecil. Simpan elok-elok jangan bagi hilang sebabnya kau nsk kena bawa brackets ini jumpa doktor untuk pasang balik. Kalau hilang? Haa kau siap siap kan la duit untuk pasang bracket baru. Okey selepas basuh simpan kau orang kumur mulut kau orang takut terluka pipi sebab dawai tu tajam.
Step ke 3: kau rasa aku akan sambung makan ke tak?😀😀😀 kalau kau sambung makan memang kau jenis ahh lantak lah jenis tak kisah tapi tidak aku. Aku terus capai handphone aku terus whatsapp klinik gigi yang aku buat braces. Aku bagitahu brackets aku tercabut dan hendak buat appointment pasang balik kalau boleh hari yang sama sebabnya tidak selesa dawai tu tercucuk cucuk dengan pipi. Tapi malangnya appointment hari ini sudah penuh diaorang minta untuk datang pagi esok. Sebelum confirm kan kedatangan aku tanya dulu ada charge tak kalau pergi pasang balik brackets. Admin doktor tu balas kalau bracket masih ada mereka tidak mengenakan sebarang charge. Nampak tak kenapa aku suruh simpan elok-elok bracket tu?
Step ke 4: Esok pagi kau orang kena on time kalau doktor gigi kata appointment pukul 11 maknanya sharp kau orang kena datang. Sebabnya memang ramai patient yang sedang tunggu. Mungkin masa di U dulu aku sudah di ajar untuk datang sharp jadi tiada masalah untuk aku. Sampai di klinik aku confirmkan kedatangan, aku duduk sekejap terus nama aku di panggil selepas patients lain keluar dari bilik doktor. Kali ni doktor lelaki nama Fakhrulrazi, aku tanpa segan silu terus duduk dikerusi patients. Entah kenapa rasa susah juga bila bracket tercabut ni sebabnya doktor kena buka balik dawai dan pintu bracket 1 persatu. Aku terasa juga la tekanan semasa proses nak buka door bracket tu. Proses nak pasang bracket pun aku terasa seriyau dia berbanding masa mula-mula pasang braces hari itu, terasa susah dia. Dalam 15 minit siap, tapi besi terlebih pula, aku bagitahu pada doktor Fakhrul terasa seperti tergigit besi di belakang doktor perisa dan buang lebihan besi dawai tu. Ok sekarang rasa most better then before sebab tiada lagi lebihan besi. Hari ini rasa tegang pula gigi aku tapi tidak sakit tau.
Okey selepas selesai aku sempat berborak dengan doktor, doktor cakap untuk awal ini besi pertama hanya untuk susun kan gigi bagi di kedudukan yang betul, doktor kata lagi gigi garham aku sudah nampak berada dikedudukan yang betul. Bagi kes macam gigi aku yang jarang mengambil masa yang lama untuk rapatkan. Untuk rapatkan gigi aku perlu tukar besi yang lain, rupa besi aku tu macam mana aku tidak tahu. Doktor tak tunjuk pun cuma dia kata nanti bila kedudukan gigi dah cantik diaorang akan buat dan rapatkan gigi aku, masa tu nanti baru boleh nampak perubahan. Satu lagi doktor bagi tahu bracket bukan fungsi dia merapatkan gigi dia hanya untuk memegang dan mengikat dawai. Dawai atau besi yang mencantikkan gigi patients.
Sekarang baru aku jelas kenapa aku punya gigi tak rapat-rapat pun. Tapi sempat aku kata pada doktor "tak pe doktor lambat pun tak pe" Sebabnya sempat la aku kumpul duit untuk bayar total rm3500 braces cost. Okey sampai sini sahaja cerita aku, nanti aku cerita lagi untuk next appointment 26 April ini. Nampak gayanya raya ni gigi still jarang lagi la gaya nya 😂😂😂😂.
Okey papai adious..chools