My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Monday, January 10, 2011

Izinkan Ku Bersastera

Kehkehkeh sebenarnya ai major Kewangan tapi mekcuk asa cam nak bersastera..... Cokey nie nada ceria tau sekarang Mekcuk nak tukar nada yang agak beremosi skit.....

Aku Kekatu,
Yang bebas berterbangan ketika hujan
Mengharapkan cahaya untuk terus hidup
Meniti hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Aku kekatu,
Kerisauan Ketika bumi disimbahi hujan
Mengelak sayapku dari di basahi hujan
Namun sejauh mana ku mengelak
Aku tetap rebah di pertengahan jalan

Aku Kekatu,
Berterbangan mencari cahaya sinar kehidupan
Pabila tubuhku disinari cahaya
Terasa nyaman hilang kesejukan

Aku kekatu,
Setelah cahaya ku temui
Mengapakah kebahagian itu tidak pernah kekal
Aku di duga dengan gergasi besar yang membenci diriku
Niat ku hanya ingin menumpang sedikit sinaran
Tetapi kenapakah gergasi besar itu membenci ku?
Apakah salah ku?

Aku kekatu,
Bersalahkah aku berkongsi nikmat kehidupan?
Gergasi besar menghalau ku
Kaum ku di pijak di cabut sayapku
Sehingga kami tidak lagi mampu terbang
Oh, gergasi kejam nya kamu!

Aku kekatu,
Kadang-kadang langit tidak selalu cerah
Kehidupan tidak selalu di atas
Adakala kita jatuh jua

Aku Kekatu,
Menanti saat2 kematian
Aku tidak mampu terbang seperti dahulu
Kaum ku meninggalkan ku semata-mata aku tidak bersayap lagi
Namun ku mengerti mereka juga seperti aku
Yang tidak akan hidup lama di muka bumi ini
Tiba masa mereka juga akan pergi seperti aku

No comments:

Post a Comment

Mesti LurVe...Mesti Smile...Mesti Comment ^___^