Dedikasi ini aku tujukan kepada emak..... Emak, hari ni masuk hari ke 8 umat islam berpuasa, dan sepanjang 8 hari ini dan sepanjang dewasa ku ini emak yang hidangkan sahur, kecuali ketika aku berusia 14 tahun aku bangun hidang sahur sendiri sebab emak berkerja sampai lewat pagi. Itu kali terakhir aku sediakan sahur hampir-hampir baju ku di sambar api dapur gas. Tetapi sejak aku tinggal di sekolah berasrama ketika umur 16tahun aku sudah tidak lagi sediakan sahur dan perkara ini berlanjutan sehingga sekarang. Kebiasaanya aku tidak akan makan ketika sahur hanya minum je. Kenapa aku tidak makan? sebab aku ada sejenis penyakit di mana sekiranya aku makan, siang keesokkannya perut aku akan rasa pedih dan tekak rasa berlendir, korang penah rasa tak betapa peritnya tekak dan perut yang pedih? Sejak bila perkara itu berlaku aku tak sedar.
Setiap kali emak kejutkan aku untuk bangun sahur, aku akan bangun dengan @__@ masih ~___~ (perkataan di rahsiakan), malas!. Pernah sekali dahi ku terhantuk ke dinding dan kaki tersadung semua ini kerana aku berjalan sambil @___@ ~_____~. Emak selalu ketawakan aku melihat gelagat aku yang berjalan seperti zombie tu, tetapi ahhh berat betul @___@ aku ni nak ^____^ biar pun aku di gelakkan oleh emak. Tetapi dua tiga hari ini aku sedar, usia ku sudah cukup dewasa untuk bangun menyediakan sahur dan membantu emak. Aku terlalu di manjai oleh emak, memang aku manja pon! Dan seketika itu aku terfikir mungkinkah ini ramadhan terakhir emak menyediakan sahur untuk aku. Jadi aku gagahkan juga untuk makan makanan yang emak sediakan walaupun aku sebenarnya mengalami simptom yang tidak menyenangkan disiang hari, tetapi oh damn!!! aku masih lagi makan dengan @___@ yang ~___~, emak ketawa lagi melihat gelagat aku... ahhhhhh sampai bila nak jadi macam nie? aku terfikir tidak lama lagi anak dara emak ni akan mengakhiri zaman bujang tetapi ahhh aku masih macam tu lagi susah benar @_@ nak ber ^____^..... tak kan nak suruh laki aku nanti yang sediakan sahur plak???? hahahahaha...... En.Tunang anda sudi tak ganti emak saya????
Tapi apa-apa pon emak adalah yang terbaik, aku sedar emak sebenarnya mengomel dalam hati dia sudah tua tetapi anak perempuan dia yang sorang ni masih lagi liat..... kesian emak coz tak dapat makan makanan yang disediakan oleh si anak ketika bersahur. Terima Kasih emak kerana sediakan sahur untuk saya.