My Blog Story

Hai Si Peneropong Sekalian, Thanks kerana sudi meneropong blog Diedie Yana....

Monday, January 10, 2011

Izinkan Ku Bersastera

Kehkehkeh sebenarnya ai major Kewangan tapi mekcuk asa cam nak bersastera..... Cokey nie nada ceria tau sekarang Mekcuk nak tukar nada yang agak beremosi skit.....

Aku Kekatu,
Yang bebas berterbangan ketika hujan
Mengharapkan cahaya untuk terus hidup
Meniti hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Aku kekatu,
Kerisauan Ketika bumi disimbahi hujan
Mengelak sayapku dari di basahi hujan
Namun sejauh mana ku mengelak
Aku tetap rebah di pertengahan jalan

Aku Kekatu,
Berterbangan mencari cahaya sinar kehidupan
Pabila tubuhku disinari cahaya
Terasa nyaman hilang kesejukan

Aku kekatu,
Setelah cahaya ku temui
Mengapakah kebahagian itu tidak pernah kekal
Aku di duga dengan gergasi besar yang membenci diriku
Niat ku hanya ingin menumpang sedikit sinaran
Tetapi kenapakah gergasi besar itu membenci ku?
Apakah salah ku?

Aku kekatu,
Bersalahkah aku berkongsi nikmat kehidupan?
Gergasi besar menghalau ku
Kaum ku di pijak di cabut sayapku
Sehingga kami tidak lagi mampu terbang
Oh, gergasi kejam nya kamu!

Aku kekatu,
Kadang-kadang langit tidak selalu cerah
Kehidupan tidak selalu di atas
Adakala kita jatuh jua

Aku Kekatu,
Menanti saat2 kematian
Aku tidak mampu terbang seperti dahulu
Kaum ku meninggalkan ku semata-mata aku tidak bersayap lagi
Namun ku mengerti mereka juga seperti aku
Yang tidak akan hidup lama di muka bumi ini
Tiba masa mereka juga akan pergi seperti aku

Saturday, January 8, 2011

Award Untuk Kaki Blog

Hai,  Tangan Mekcuk..terasa gatal-gatal...kaki mengediks sakan nak kasi award nie...jadi kepada kawan-kawan blog, kaki-kaki blog yang menjelajah dan singgah di Mekcuk Blogger .::I Love You::. jemput ye amik award di bawah nie.... Kawan-Kawan boleh pilih nak amik yang mana satu ye... Boleh fikir nak letak kat sidebar kawan-kawan atau kat blog kawan-kawan ye.... Tujuan buat award nie kan sebab mekcuk suka masuk blog-blog korang yang cantik-cantik, yang comel-comel yang da boom da baamm tue....Kawan-kawan cakap je blog kawan2 ape mesti mekcuk pegi lawat nyer (kalau tak busy and takde prob loading page).  Blog yang slalu mekcuk masuk adalah blog CIK IXCA owh BINTANG suka baca yang dier tulis and blog dier yang comel...(mesti ixca kembang kikikiki)...pastu blog KEK KAK SYALINA coklat-coklat tue, bila tengok blog dier asa nak makan kek....(kak ina pls kasi kek sebijik ok! takde puji2 free hehehe) gurau je! Ok, jemput semua ye amik award di bawah nie.... tapi kan...NANTI dulu! korang tak boleh RIGHT CLICK tau! nanti Error Messages keluar...Cara dier kawan2 tekan kat key board CTRL+A untuk highlight code and CTRL+C untuk copy...... Ok selesai sila la... sila la... hihihi.  (p/s: kalo tak boleh gtau eh or ignore je....saya budak baru belajar)

Award First
iluvurblogaward



Award: Cute Blog
cuteblogaward